June 04, 2018

Siap Tempahan Ketupat Palas 4000 Sendirian

KOTA BHARU: Dalam usia 65 tahun, seorang warga emas di Kampung Kubang Palas, Banggu, di sini, mampu menyiapkan sehingga 4,000 biji ketupat tanpa bantuan sesiapa untuk memenuhi tempahan pelanggannya setiap kali menjelang Aidilfitri.
Siti Mariam Mamat berkata, dia mempelajari membuat ketupat daripada arwah ibunya, Fatimah Awang dan lama-kelamaan semakin mahir sekali gus menyambung pembuatan ketupat palas yang diusahakan oleh arwah sebelum ini.
SITI Mariam mampu menyiapkan sehingga 4,000 biji ketupat bagi memenuhi tempahan pelanggannya setiap kali menjelang Aidilfitri. - Foto Hazira Ahmad Zaidi
"Proses untuk mengarong (mengadun) pulut bersama santan sedikit memenatkan kerana ia sentiasa perlu dikacau menggunakan senduk kayu supaya adunan menjadi lebih sebati selain ketupat juga tahan lama dan tidak cepat basi.
"Terlebih dulu, mak cik akan membuat pengasingan daun palas yang lebar dan muda untuk digulung membentuk kelongsong tiga segi sebelum dibersihkan dan diisi pulut yang sudah dikukus ke dalam kelongsong itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.
Katanya, kebiasaannya dia membuat ketupat palas seawal pagi dengan merendam sekurang-kurangnya enam kilogram (kg) beras pulut sehari kemudian dikukus secara berperingkat. Proses menyediakan ketupat ini berakhir lewat petang dengan membungkus pulut ke dalam daun palas.
"Dalam membuat ketupat, kemahiran membungkus amat penting kerana jika tidak mahir, bungkusan tidak cantik dan tidak semua orang boleh melakukannya termasuklah anak-anak.
"Tiga atau empat hari sebelum hari raya, mak cik akan menghasilkan 400 biji ketupat sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya.
Siti Mariam berkata, dia sudah menutup tempahan pada minggu pertama Ramadan dan kebiasaannya pelanggan akan membuat tempahan lebih awal kerana bimbang permintaan mereka ditolak sekiranya terlambat.
"Bagaimanapun, sepanjang bulan puasa ini, ada juga pelanggan yang membuat tempahan melalui telefon dan tidak kurang juga yang datang ke rumah, namun terpaksa ditolak kerana mak cik kekurangan tenaga kerja selain kesuntukan masa menyiapkan semua tempahan ketupat palas.
"Mak cik membuat empat jenis ketupat iaitu lemak manis dan kosong dijual pada harga RM65, kacang (RM75) dan sambal daging (RM100) bagi setiap 100 biji ketupat palas," katanya yang sudah lebih 20 tahun mengusahakan pembuatan ketupat palas.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, daun palas yang menjadi pembalut ketupat mula dikumpulkan pada pertengahan Ramadan bagi mengelakkan pucuk palas menjadi kering sekali gus menyukarkan untuk membentuk kelongsong tiga segi.
"Kebiasaannya daun palas dicari di kawasan hutan berhampiran rumah dan pucuk palas yang muda dan lebar daripada pokok yang segar menjadi pilihan. Jika tidak cukup, mak cik terpaksa juga membeli daun palas yang dijual di kedai antara RM20 hingga RM25 untuk 100 helai," katanya.
Apabila ditanya mengapa ketupat palasnya menjadi pilihan pelanggan, Siti Mariam memberitahu ia terletak pada kuantiti santan yang digunakan ketika dikacau bersama pulut.
"Semakin banyak santan yang digunakan, semakin lemak rasa ketupat palas. Ketupat yang mak cik buat boleh bertahan sehingga empat hari walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk dan pernah diterbangkan ke Arab Saudi dan Kemboja," katanya.
Berita Harian: https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2018/06/433809/siap-tempahan-4000-ketupat-palas-sendirian

May 30, 2018

Bazar Ramadan VS Pasar Malam

Hari ni akak nak cerita sikit tentang PARAM atau Bazar Ramadan. Ini hanyalah luahan peribadi, tidak bermaksud untuk menghasut atau mencetuskan kemarahan para peniaga dan peminat Bazar Ramadan.

Sejujurnya, setiap tahun bulan Ramadan akak jarang sekali pergi ke Bazar Ramadan. Sebab kecewa bila pergi dan membeli makanan tak seperti yg diimpikan. Rasa yang merosot dan akhirnya bakul sampah memanggil² makanan tersebut. Sangat menyedihkan.

Oh. Bukanlah semua. Ada juga makanan yang sedap² dan menepati citrasa. Tapi mungkin satu dalam 6 menu yang terhidang di bazar. Selebihnya indah khabar dari rupa. Terlihat sangat sedap, tapi rasa yang mengecewakan. Akak bercakap atas dasar pengalaman sendiri. Dan orang² yang tidak gemar bazar ramadan.

Berlainan dengan Pasar Malam atau Pasar Minggu. Selalunya makanan yang dijual tidak mengecewakan. Walaupun adakala terselit menu yang menjemput bakul sampah, tapi mungkin satu dalam 6 menu yang terhidang, selebihnya sedap dan memuaskan hati.

Mengapa begitu? Sebab orang yg berniaga pasar malam dan pasar minggu memang itu profesion mereka. Memasak dan berniaga hampir setiap hari atau minggu. Jadi, memasak pun sudah pakar. Maklumlah mainan harian. Sumber rezeki.

Berlainan dengan param atau bazar ramadan. Ramai yg berniaga disini hanya setahun sekali. Ketika dibulan ramadan saja walaupun tidak pandai memasak, mereka gigih menjual biarlah apapun tanggapan customer.

Walhasilnya, dah banyak kali akak kecewa membeli di bazar ramadan. Akhirnya aku memutuskan masak saja dirumah walaupun menu yg simple asalkan tidak terpedaya dengan menu dibazar ramadan yg terlihat menarik tapi mengecewakan.

Kalau teringin sangat nak beli diluar akak pilih gerai atau restoran yang biasa berniaga hari biasa tanpa menunggu bulan ramadan, Insyaa Allah tidak mengecewakan.

April 17, 2018

Kapsul Manjakani Asli Gred A Suzha Aura

Apa yang menarik kapsul Manjakani Asli Suzha Aura ini selain harga yg murah? Percuma postage setiap pembelian lima botol keatas. Kalau adik kakak berminat nak cuba atau menjual kapsul ini bolehlah hubungi Kak Suzi atau Kak Milokaw di talian www.wasap.my/60122850957











Kapsul Patawali Akar Seruntun Asli Suzha Aura

Harga Kapsul Akar Seruntun Suzha Aura RM13 sebotol 30 biji. Free postage bagi setiap pembelian 5 botol ke atas. Sangat berbaloi-baloi kan? Kelebihannya baca disini. Call / WhatsApp Akak Milokaw/suzi www.wasap.my/60122850957







April 12, 2018

Minyak Urut MMG Kajang, Semenyih, Bangi

Hari ini kak Milokaw nak kongsi satu produk yg sangat bagus dan bermanfaat. Iaitu Minyak Urut Moden MMG. Baunya sangat wangi, berangin, dan menyegarkan. Mak akak pakai minyak urut ni puas hati, segar dan boleh hilangkan sakit atau pening katanya. Insyaa Allah. Akak pun ada satu botol untuk kelegaan ketika memerlukan.

Gambar extra 20 gram ini limited stock. Siapa cepat bolehlah dapat percuma 20 gram.

Untuk membeli minyak urut ini boleh hubungi terus talian www.wasap.my/60122852409/MMGmilokaw  Elvee Sara. Call/WhatsApp laju² ya. 


OK, ni rupa sebenar packaging biasa. Kalau beli dua kak Elvee Sara cakap free postage. Harga RM45 sebotol /120 Gram. Elvee Sara ni akaun fabebook kakak akak, boleh Add kalau nak terus berurusan dengan dia.

March 20, 2018

Tiada dara, Suami Tahu Kah?

Maaf sebab topik ini agak sensitif. Akak hanya mahu membincangkan sedikit saja isu ini tanpa menyentuh perkara² yang lebih dalam.

Pic Credit: Ohbulan

Akak Milokaw pernah ditanya, "Adakah suami tahu jika kita tiada dara?" Soalan ini sebenarnya amat sukar untuk akak Milokaw menjawabnya. Sebab, Pertama: akak bukan lelaki. Kedua: Jauh sekali suami orang. Namun, ingin juga memberikan sedikit jawapan yang mungkin dapat membantu persoalan itu sedikit-sebanyak.

March 14, 2018

Bayi Dua Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta

Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga tabah menghadapi ujian Allah SWT. Anak syurga ini menanti kalian disyurga.
***

BAYI perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, hari ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu. "Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri. "Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Mac 2018 @ 4:19 PM

Gambar & berita Atas: Harian Metro

March 12, 2018

Tukar Sendiri Soket Dinding

Hari yang cerah ini Kak Milokaw nak kongsi sedikit ilmu. Yang mungkin bermanfaat kepada para pembaca diluar sana. Weekend semalam akak duduk rumah soket dinding bilik terbakar, bau hangit ingatkan apa rupanya dari plug dinding.

Tanpa berlengah masa akak whatsApp tuan rumah supaya tolong betulkan soket ni, malangnya dia berada di PD So, tak dapatlah nak repair minggu ini. Minggu depan baru balik. Akak berpeluh kepanasan. Jadi aku putuskan untuk merepair sendiri (bukan main lagi kak milokaw) Apalagi....akak pun google cara nak repair dan apa bahan²nya (Ingat ni masak kek ke) barang²nya.

March 09, 2018

Misteri Jalan Lipis-Jerantut

Akak nak share pengalaman sebagai pemandu wanita yang memandu dimalam hari bersendirian, di tengah malam, melalui hutan dan kampung². Kisah ini ketika akak melalui jalan Lipis-Jerantut seorang diri di tengah malam.

Gambar hiasan - credit: officerhush.com

March 08, 2018

Misteri Jalan Benta-Jerantut

Hari ni akak Milokaw nak kongsikan sebuah kisah yang agak lucu misteri. Kisah ni berlaku pada bulan lepas February 2018.

Kisah bermula ketika akak balik ke jengka 16, singgah Bandar Jengka sekejap menjenguk ibu angkat yang terlantar sakit yang kini telah kembali ke Rahmatullah dua-tiga hari selepas kami menjenguknya. Selepas melawat aku berdua dengan mak meneruskan perjalanan balik ke Merapoh rumah nenekku-yg kupanggil 'wan'. Sebelum bertolak, di hospital kawan ibu dan ayah angkatku pesan hati² jangan laju² lalu jalan Bukit Tujuh jalan teruk. Lagipun musim hujan dan jalan licin. Masa tu dah dekat pukul 6 petang. Aku ketawa kecil dengar saranan tersebut sambil jawab, "Tak lalu Bukit Tujuh sebab Highway Padang Tengku ke Merapoh dah lama siap. Jadi kami ikut highway.

Gambar Hiasan Duniawi - Credit pic: India.com

March 07, 2018

Kapsul Manjakani Suzha Aura di Aeon Equine Mall Seri Kembangan

Kepada kakak², adik², kawan² yang tinggal dikawasan Seri Kembangan atau berdekatan dan sering mengunjungi Mall Aeon di Taman Equine Seri Kembangan, bolehlah dapatkan Kapsul Manjakani Suzha Aura di sini. Terutama bagi anda yang mengamalkan jamu manjakani ini.

Harga di Aeon Mall ini RM15, pastilah lebih murah dari harga pos iaitu RM17. Kedai ini terletak di Ground Floor, berdekatan dengan KFC. Kedai jamu dan ubatan tradisional.

Atau, macam biasa Call/ WhatsApp www.wasap.my/60122850957

Credit pic-Cartoola




March 01, 2018

Manjakani Murah RM10

Manjakani Murah dan berkhasiat, Suzha Aura Kapsul Manjakani Asli. Gred A RM10. Call/ WhatsApp www.wasap.my/60122850957





February 28, 2018

Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu, Sabah

Hai pembaca semua, ni akak Milokaw nak bagitau sesiapa yang pergi bercuti ke Sabah, kat bawah ni ada gambar kereta dan nombor telefon untuk mereka yg berminat untuk mencari kereta sewa murah, Axia baru, auto. Hanya hubungi nombor yg tertera 0146593499.

Harga jangan risau, boleh nego. Kena gaya baik hati dan beriman Insyaa Allah boleh dapat harga yg lebih 'kasih-sayang' kata orang. Apa lagi, jangan buang masa fikir². Call lah sekarang kalau anda sedang mencari kereta sewa :))

Oh ya, pastikan anda berada di Sabah kalau nak sewa. Jangan kat Gua Musang pulak. Tak dapek den nak tolongg, TAPI kalau nak booking mungkin boleh. Tapi kena tanya tuan empunya badan 0146593499



February 22, 2018

Iklan Facebook Akak Milokaw Didn't Approved?

Adoi doii doi. Tak tahu nak cakap apa, nak marah ke, nak geram ke, atau nak pasrah dan redha saja. Ya, mestilah kena pasrah kan. Akak ni dah lah lama tak update Milokaw ni, tetiba update luah perasaan pulak kan.

Selama ni dah berbulan-bulan akak iklan berbayar Kapsul Manjakani Suzha Aura di facebook tak pernah pula Mark Zukerbeg dan teamnya rejected iklan tu, tiba² lah semalam dia reject? Sebab tak ikut rules & regulations katanya. Ada unsur² seks katanya. Ok, ya di akui Manjakani ni elok untuk rapatkan otot  organ wanita, tapi selama ni kau approved jer iklan akak? Ha, cuba pembaca tengok bawah ni, dah ramai yg like kan dan komen kan? Itu hasil iklan facebook lah. Baru sekarang lah kau nak reject iklan hakak. Ishh--ish macam² lah kau jutawan Mark Zukerberg.

November 15, 2017

Kapsul Patawali Akar Seruntun Suzha Aura

Mari selami kelebihan Akar Seruntun atau dipanggil Patawali, Brokowali, dan pelbagai nama lagi diberi mengikut negeri, negara, dan daerah masing².

Sebenarnya banyak sangat kelebihan akar Seruntun atau Patawali ni, akak akan ceritakan secara ringkas. Pertama sekali, Akar Seruntun adalah tumbuhan menjalar yg banyak memanjat pagar²  mencuri pokok² dirumah orang² kampung, ada yg menanamnya. Ada juga yg tumbuh sendiri.

November 13, 2017

Tiada Kenangan Manis Bersamamu Untuk Aku Kenang

Salam min.. tolong hide fb aku.. kisah aku ni panjang utk tauladan gak pada suami kat luar sana.. hargailah ape yg ada dn jagala sebaik2nya... aku dh kawin dgn isteri aku N dh 17thn anak 5 yg sulong 15,12,10,4 dan 2tahun... aku kenal N 18 tahun dulu ... aku x pernah jatuh cinta dgn mana2 girl walaupun gf aku ramai semua yg aku kawan aku main2 jer gf aku yg lebih...


sampai aku kenal N tngh aku nak serius dgn N dtng sorang laki ni mengaku ex bf N dia pun cerita kisah2 hitam dia dgn N terlanjur bagai... ada yg N mengaku tp ade gak yg N ckp dia tokok tambah biasalaa hati dh panas.. lepas kejadian tu hati dn persaan aku mcm biasa je pada N syg pun aku rasa mcm ada x de je tp aku tetap kawin dgn N sbb aku redha itu jodoh aku...lepas kawin aku layan N biasa je x mcm isteri tp N sabar..

November 10, 2017

Kenangan Nasi Lemak Wak Kentut

Tahun lepas March 2016 akak Milokaw pergi ke MMU Nusajaya, Johor atas urusan kerja. Kat sana petang dan malam tu sempatlah kami berjalan² dan makan² bersama beberapa org kawan sekerja. Dari MMU Cyberjaya ni cuma akak bertiga. Campur staff di Johor dan dari MMU Melaka, adalah 5-6 orang.


Tengahari tu kami lunch kat sebuah restoran Melayu iaitu nasi Beriani Gam. Tak jauh dari MMU Nusajaya. Tak ingat pula nama restoran tersebut, yg pasti sangat crowded dan pelanggan chinese pun ramai makan disini. Mana taknya, harga sangat murah dan berpatutan. Nasi beriani daging akak order ni pun cuma RM10. Lembut dan lazat you all. Tetibalah 'you all'.

November 09, 2017

Mengapa Suzha Aura

Nama yg Akak Milokaw pilih untuk bisnes akak ini ialah Suzha Aura Enterprise. Bagaimana tercetusnya nama Suzha Aura ini? Sebenarnya.......panjang ceritanya. Ok, sebenarnya pendek jer. Akak saja cakap panjang.


Suzha Aura adalah cantuman nama akak sendiri Suzi, dan ha tu pula merujuk kepada nama suami akak. Nama dia Halv.... . TAPI, bukan merujuk dia sorang saja, sebaliknya nama mak dan abah akak juga.

November 07, 2017

5 Tanda Anda Berpasangan Dengan Seorang Psiko Emosi

Senang cakap lebih kurang macam gila atau mental lah. Gila pun mcm² gila kan. Ni salah satu daripadanya. Akak Milokaw copy-pasta dari fb Aliff Channel. Jom baca!

Gambar sekadar hiasan

Apabila hubungan berakhir, kita mula menganalisis apa yang berlaku dan mencari sebab sebenar pemisahan itu. Sememangnya ia sukar untuk memahami dengan segera sama ada ia hanya satu kebetulan atau perasaan emosi. Tapi jangan risau, kami ingin membantu anda mengenali orang yang bersikap mencurigakan ini.

November 02, 2017

Lewat Malam di Bukit Tujuh

Minggu lepas 26 Oct 2017 aku baru saja balik ke Merapoh, 4 hari 3 malam. Balik hari Khamis petang, sampai di Merapoh dalam pukul 9 malam. Ahad petang aku balik ke Seri Kembangan.

Wajah insan² yg ku sayang...Nenek dan ibuku ketika di Merapoh sebelum bertolak ke Seri Kembangan

Seronok balik kg, sebab agak lama juga aku tak balik. Last balik bulan 8 hari tu, bulan 10 baru balik. Macam biasa, bawa mak, wan dan ibu saudara aku jalan-jalan di Gua Musang. Itu saja yg terdekat. Nak ke Cameron Highlands sekarang musim hujan, tak seronok juga nak berjalan.