December 24, 2008

Mak Nyah & Pengkid


Sabda Rasulullah SAW ;

“Allah MELAKNAT lelaki yang menyerupai wanita dan juga MELAKNAT wanita yang menyerupai lelaki.”

(Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Abu Dawud (4098); and Ahmad 2/325; dan Ibn Hibban (1904); dan lain-lain)

November 15, 2008

SEPI

Sepi.....
Bukan lagu sepi, Tapi kisah "sekeping hati" yg sepi (Fuh, jiwang la plakk).
Teringat ayat adik lelaki aku yg skang belajar kat Pekan, Kuantan..."Sekeping hati yg tak berpenghuni" lukisan dan kata2 yg dia simpan kat bilik. puas aku dan kakak aku gelakkan dia. Apa tak nyer...jiwang sgt. Tapi dia buat muka toya (selamba) jer bila kami gelak.............mungkin bengang kot kena gelak ngan kakak2 nyer.

kehidupan ini amat singkat utk diselitkan dgn perasaan duka dan air mata derita. Mungkin benar....menerima sesuatu suratan takdir dengan "redha dan pasrah" akan menghilangkan perasaan duka dan sedih. Hidup ini indah bila tiada duka dan derita.

Mungkin itulah juga, orang yg sakit menderita menunggu ajal...bahagia bilamana dia "redha" menerima suratan takdir Allah swt yg dia akan pergi kembali menyahut panggilanNya. Redha itulah yg membahagiakannya menerima segala suratan takdir. TAPI, bila dia tidak redha...maka dia akan menderita. Dan kehidupannya akan penuh dengan duka dan air mata hinggalah mati menjemput. Alangkah baiknya jika kita menjadi antara hambaNya yg "redha"..itulah bahagia yg dicari.

Sepi...hanya sebuah fasa kehidupan sebelum menempuh hari-hari yg sibuk. Sepi takkan ada kalau hati sentiasa sibuk mengingatiNya. Sepi juga takkan terasa kalau kita yakin dan percaya dihujung sepi itu ada bahagia yg menanti.


~layan feeling~

November 04, 2008

Aku dan waktu free

Lately ni aku agak bz. Balik pun ada masanya lambat. Sampai kena kacau la ngan satu Iswara color putih WHT. Dia follow aku sampai umah masa aku balik ke rumah lepas kul 11 mlm. Jgn cakap la camana dia ganggu, Awalnyer, tiba2 jer ada keta yg saja beriringan ngan aku dan hon2. Pastu masuk depan aku. Kebetulan keta lain takder..cuma aku ngan iswara tu jer. Aku musykil napa dia slow camtu dan aku pun drive laju n tinggalkan dia TAPI dia laju gak pastu potong aku semula dan slow depan aku balik. Memang menakutkan. Aku tanak dia buat apa2..himpit keta aku or cederakan aku....

Kepada wanita2 yg terbaca blog aku nie, jika memandu berhati2 lah. Jangan berhenti kalau ada lelaki yg mengekor atau menggangu dihadapan. Zaman sekarang macam2 yang tak diduga...ada saja gangguan dimana2. Kalau bleh terus drive ke Balai Polis atau mana2 tempat yg selamat (kita tak nak mereka tau dimana kita tinggal). Jgn cam aku tu balik umah tup2 dia follow sampai umah, Secara tak langsung dia terus tau dimana aku tinggal. Sebenarnya, Masa tu aku agak nervous n gabra dan tak sempat fikir mana2 tempat yg selamat selain cepat2 turun dan naik kerumah. Kalau mereka tau kat mana kita tinggal itu lebih membahayakan.............lagi2 plak kalau memang ada yg berniat jahat. Kalau setakat usik2 sikit tu mungkin kita dah lali. Jangan sampai kita menjadi mangsa org2 jahat yang tak diingini. Sekadar peringatan....