June 09, 2008

Minyak Naik, Pengusaha Bas Biadab

Sudahlah rakyat terpaksa menanggung kos hidup yg semakin tinggi gara2 harga minyak yang melambung, sekarang pemandu2 dan konduktor2 bas sudah pandai pula mengugut penumpang dan berlagak seperti samseng! (dah terang dan nyata memang ramai yang samseng suka bawak bas laju2 tanpa mempedulikan keselamatan penumpang2 dan pemandu2 kenderaan yang lain).

Hairan, memang menghairankan. Kenapa penumpang bas perlu menjadi mangsa kebiadapan mereka? Sedangkan bukan orang yang bawak atau berkerja dgn bas saja terasa beban kesan kenaikkan minyak, malahan semua org merasakannya. Walaupun aku drive dan tak naik bas tapi aku meluat bila terbaca laporan yang mengatakan pengusaha mengenakan tambang 10ringgit tambahan jika mahu meneruskan perjalanan atau turun saja dari bas! Kalau betul nak naikkan secara betul buatlah pengunguman, bukannya mengugut dan mencekik darah sesuka hati, apa lagi bila penumpang dah naik bas! Tak siapa pun tahu dan nampak perbuatan keji mereka mengugut. Mungkin mereka dah lupa Tuhan sentiasa melihat!

Kepada pengusaha2 bas, jika nak naikkan tambang buatlah secara sopan dan berhemah, bukannya dgn jalan keji mengugut dan mengcekik darah penumpang. Ingatlah, penumpang2 bas juga merasakan keperitan hidup dengan pertambahan kos sara hidup yg semakin melambung tinggi, jika tidak mereka pun tak kuasa nak beratur beli tiket dan berebut naik bas. Janganlah ditambah lagi kesengsaraan yang memang dah terasa dibahu masing2.