January 22, 2009

Aku dan Kesepian

Sebelum aku teruskan coretan, takziah buat abg man di atas kehilangan isteri tersayang...kak mas yg telah kembali ke rahmatullah pada Ahad lepas. 11 January 2009 setelah beberapa bulan berperang dengan kanser yg pernah aku coretkan dlm blog ni. Semoga roh kak mas ditempatkan bersama golongan hamba2Nya yg beriman. Amin.

Kehilangan...
Itulah apa yg aku rasa ketika ini...atau memang sedari dulu. Kehilangan tak semestinya berpisah mati. Mungkin itu jugalah apa yang dirasai oleh orang lain bila mana kakak, abang, atau adik mereka akan mendirikan rumahtangga.
Berkongsi kasih dengan orang yang asing bagiku. Seorang yg amat rapat dan dekat dihati aku. kakak aku yg akan mendirikan mahligai bersama insan yg disayanginya.
Berkongsi kasih bukan hanya dengan bakal suaminya tapi juga ahli keluarganya. Ye lah, kalau dulu...bila2 masa saja aku boleh luangkan masa berbual atau berkongsi cerita atau apa saja dgn kakak aku, tapi semua tu dah tak ada lagi bila dia dah ada yg istimewa dlm hidupnya. Pada mulanya, aku sedih...(sampai hari ni ketika menaip ni pun aku tetap sedih) tapi aku mesti redha dengan ketentuan takdir.


Dulu aku mungkin satu-satunya adik perempuan dia yg rapat dengannya, nak2 plak usia yang tak berbeza mana. Tapi sekarang dia dah ada adik perempuan baru...bakal adik iparnya. Kalau aku nak berkongsi cerita atau apa saja, kenalah tunggu kakak aku sorang2 balik ke rumah. Kalau dia balik kerumah dgn tunang dan adik iparnya, aku tak bolehla nak berbual panjang. Maklumlah, kakak aku dah pindah duduk dirumah lain, berdua dengan bakal adik iparnya......masa aku dgn kakak aku pun dah tak seperti dulu....amat terhad.
Tapi...
ini adalah hakikat yang aku perlu telan dan aku tahu aku mesti bersyukur dgn apa saja takdir yg telah tersurat, kerana inilah kehidupan. Tak perlu dikesali atau disedihkan...

January 09, 2009

Kaki Clubbing

Tuhan tidak pernah zalim terhadap hamba-hambaNya. Sebaliknya hamba-hambaNya lah yg menzalimi diri mereka sendiri. Mensia-siakan segala nikmatNya serta sombong di atas muka-bumi Allah SWT.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"- Surah Al-'Asr

Bila maut menjemput disaat melakukan maksiat, Siapakah yg harus dipersalah kan? Tidak kah kita diberi MASA yang sama saja dengan hamba-hambaNya yg taat untuk melakukan amal soleh? AKAL yg sama? BUMI yang sama? Ataukah mereka-mereka ahli maksiat itu berada dalam DUNIA ciptaan mereka sendiri?

Renungkanlah, sama-sama kita ambil pelajaran dari apa yg berlaku. Hargailah dan syukurilah setiap DETIK dan NAFAS yang dikurniakan olehNya.

January 06, 2009

Senarai Barangan Israel

Kepada saudara Islamku, sama-samalah kita memboikot barangan yg membantu kaum Yahudi Zionis Israel ini. Jika tidak mampu memboikot kesemuanya, setidaknya berusaha ke arah itu. Islam itu bersaudara, sanggupkah kita melihat saudara seagama kita menderita menjadi mangsa kezaliman  Zionis Israel? Jika tidak mampu berperang bersama mereka melawan kekejaman, maka doakanlah saudara kita dari jauh dan jangan menyokong ekonomi puak kafir yg membantu MENGHANCURKAN umat Islam ini
 











 

 

January 01, 2009

Maal Hijrah - 2009

2008 melabuhkan tirainyer. Dah berakhir pun tahun yg penuh kenangan dan tragedi bagi ramai manusia dimuka-bumi Tuhan ini. Tahun baru muncul...tak salah menanam azam sekaligus mestilah berusaha merealisasikannya. Namun ada juga yg baru menjejak ketahun baru dah ditimpa tragedi....kesimpulannya, janganlah terlalu excited menyambut tahun baru cuz kita tak tahu apa bakal kita lalui kelak. Bersyukurlah melalui setiap saat, bukan lalai dengan maksiat atau leka dgn keseronokkan.