January 22, 2009

Aku dan Kesepian

Sebelum aku teruskan coretan, takziah buat abg man di atas kehilangan isteri tersayang...kak mas yg telah kembali ke rahmatullah pada Ahad lepas. 11 January 2009 setelah beberapa bulan berperang dengan kanser yg pernah aku coretkan dlm blog ni. Semoga roh kak mas ditempatkan bersama golongan hamba2Nya yg beriman. Amin.

Kehilangan...
Itulah apa yg aku rasa ketika ini...atau memang sedari dulu. Kehilangan tak semestinya berpisah mati. Mungkin itu jugalah apa yang dirasai oleh orang lain bila mana kakak, abang, atau adik mereka akan mendirikan rumahtangga.
Berkongsi kasih dengan orang yang asing bagiku. Seorang yg amat rapat dan dekat dihati aku. kakak aku yg akan mendirikan mahligai bersama insan yg disayanginya.
Berkongsi kasih bukan hanya dengan bakal suaminya tapi juga ahli keluarganya. Ye lah, kalau dulu...bila2 masa saja aku boleh luangkan masa berbual atau berkongsi cerita atau apa saja dgn kakak aku, tapi semua tu dah tak ada lagi bila dia dah ada yg istimewa dlm hidupnya. Pada mulanya, aku sedih...(sampai hari ni ketika menaip ni pun aku tetap sedih) tapi aku mesti redha dengan ketentuan takdir.


Dulu aku mungkin satu-satunya adik perempuan dia yg rapat dengannya, nak2 plak usia yang tak berbeza mana. Tapi sekarang dia dah ada adik perempuan baru...bakal adik iparnya. Kalau aku nak berkongsi cerita atau apa saja, kenalah tunggu kakak aku sorang2 balik ke rumah. Kalau dia balik kerumah dgn tunang dan adik iparnya, aku tak bolehla nak berbual panjang. Maklumlah, kakak aku dah pindah duduk dirumah lain, berdua dengan bakal adik iparnya......masa aku dgn kakak aku pun dah tak seperti dulu....amat terhad.
Tapi...
ini adalah hakikat yang aku perlu telan dan aku tahu aku mesti bersyukur dgn apa saja takdir yg telah tersurat, kerana inilah kehidupan. Tak perlu dikesali atau disedihkan...

2 comments:

Nur Imaan Qalisya said...

mmg sakit rasanye sebuah kehilangan...tak kira mati ataupun masih hidup..sehingga kini sy masih lagi rasa kehilangan yang amat besar...bagaimana untuk teruskan hidup bile rasa kehilangan tue sentiasa bermain dlm diri...

rasa sepi dan seakan segala kegembiraan sudah tiada...Ya Allah, kuatkan hatiku agar aku sentiasa bersemangat untuk meneruskan hari2 yang mendatang... :)

Suzi said...

Ingatlah pdNya byk². Hanya Dia penyembuh duka, kesepian, kesedihan dan apa saja yg melemahkn semangat kehidupan kita.