June 16, 2009

Taman Negara Pahang

Ni gambar2 di Taman Negara, Pahang Darul Makmur. Sungguhpun aku ni org phg sejujurnya, aku tak penah pun g tmn negara. Malah aku tak menyimpan impian utk melawat kesini pun. Geli pacat kot..tapi ada ke pacat? Aku rasa ada..tapi mungkin tak kacau org.
Dari masa kecik2 sampaila skang, salah satu sebb aku tak suka camping ialah pacat, ulat gonggok, dan mcm2 lg...Jadi, bila ada camping, jungle tracking, atau panjat gunung aku sikit pun tak berminat. Cam yg penah aku ckp...aku ni kategori wanita yg lembik (bukan sotong yer cuz aku original woman), kurang lasak & xder terlibat ngan sebarang aktiviti lasak. Jadi aku tak suka nak berpenat lelah memanjat, mengharung sungai, mahupun sekadar memasang khemah & berkhemah. Tapi...setakat jalan2 di hutan taman negara ni bukan lasak pun kan?


Haii...gambar sapa la aku ambik ni...maklumla ambik kat internet so, hentam jer la gambar muka sapa pun. Cam seronok jer naik perahu nie...agak2nya dlm tak air sungai ni yer.

Ni lagi satu orang tengah berposing, dah sah2 la ni pic dorang, tentu la wajah dorang...aku yg ambik sesuka hati masukkn lam blog aku..so, kalau mereka2 ni terbaca/tertengok blog aku ni harap halalkn gambar2 ni semua. (free promotion ni, xkan tak suka kot..cam rancangan JJCM yg secara x langsung telah mempromote sesebuah gerai or restaurant tanpa bayaran. Cuma bagi makan free jer)
Cantik jugak tempat2 di taman negara ni. Sejukkk mata memandang. Patutla mak aku suka.
Memandangkn mak aku nak sangat jalan ke taman negara ni, ala..mak aku tu bukan tak penah datang sini pun dulu2, tapi saja nak jalan umah kakak sepupu dia tu. Mentang2 ada kakak sepupu dia kat sini..hehe. Aku tau la mak aku tu. Bukan ngumpat kan? So...aku, kakak & abg ipar aku dah buat keputusan nak bawak mak kami ke sini minggu depan, Insyaallah.

Actually aku nak g melaka tapi mak aku tak nak..sebb dah selalu pegi. Aku plak asyik2 Melaka, dpt suami org melaka baru tau..tak reti bosan ke g melaka tu? Dah la kawan2 kat pat keja ni pun ramai org melaka. Dulu pun aku pernah duduk melaka..patutla mak aku tak nak walaupun dia tak pernah duduk kat melaka ni. (citer pasal melaka plak). Kalau g taman negara nanti bolehla bawak mak aku panjat jambatan dan naik perahu (perahu ke boat?) melalui sungai ni..Insyaallah.
TAPI........kena naik boat lagi ke? Setahu aku tak payah rasanyer cuz dah ada jalan yg menghubungkn Jerantut ngan Taman Negara. If I'm not mistaken..x salah abah aku ckp hari tu. Tapi kalau salah...means aku salah dengar la tu.

No comments: