July 02, 2009

Kisah dia yg lembik

Aku baru masuk keja jer ari ni. Demam since last Friday. Aku balik Phg mlm jumaat, g Taman Negara hari Sabtu dan balik ke sini hari Ahad. Monday aku memang saja apply leave. Tuesday & Wednesday doc bagi MC. Demam panas + batuk + sakit pala etc.

Hari ni datang keja tapi badan masih lemah..batuk masih bersisa. Selipar opis aku plak hilang, yg heran selipar 10ringgit tak hilang selipar yg mahal sikit plak hilang…tah sapa la yg curi…waallahuaklam. Yg pasti kakak2 opis memang tak tau, lagipun size kaki dorang semua besar pada aku lagi…aku pun tak tuduh dorang, Allah SWT jer tahu keja siapa.

Percutian ke Taman Negara tu memang x menyeronokkn langsung bagi aku. Ditambah lagi dlm keadaan aku yg x sihat tu. Nak nangis aku rasa. Nak plak sandal aku pakai kena lumpur..lagi la aku rasa tension jer…yg pasti aku memang salute kat wanita2 kat luar sana yg suka kan aktiviti lasak..jalan bercuram, dirintangi akar2, becak, & memenatkn. Memang perlukan stamina yg kuat. Tapi bukan aku. So, aku tabik ngan mereka2 yg kuat menghadapi rintangan ni. Tak sempat pun aku sampai ke jambatan gantung, cuz dah terlalu letih dan give up aku patah balik jer. Sambil tu bebel2 gak la bila habis seluar aku kotor..hampir nak terjatuh pun ada. Lam ati terpk gak..napa la aku perlu ikut semua ni, tapi kira pengalaman beharga jugak bagi aku…bertapa la percutian ditempat2 seperti Cameron, Langkawi, Pangkor, TC, PD, lebih mengembirakan aku.

Oklah, aku takkan mengomel panjang sebb mood + tenaga aku masih belum pulih sepenuhnya. Aku stop dulu.

No comments: