December 27, 2010

Imbas: Objek Di Langit 1992

Peristiwa ni terjadi ketika aku masih budak². Hari ni terfikir nak cari info tentang peristiwa yg pernah menggemparkan masyarakat Malaysia satu ketika dulu, dan boleh dikategorikn sebagai ajaib, misteri, kagum dan menginsafkan ini. Sama ada ianya benar atau tidak serta ciptaan manusia atau tidak, haruslah diambil sebagai pelajaran dan peringatan dari Yg Maha Kuasa.
Aku katakan begitu sebb ada yg mengatakan objek yg kelihatan ni hanya sebagai cahaya lampu ciptaan manusia saja. Tidak mahu mengakui jika ianya benar² terjadi dan merupakan salah-satu kebesaran Allah SWT. Kalaulah benar ciptaan manusia...maka lampu siapakah 'gerangannya' itu yg begitu hebat mampu menyuluh dan melukis didada langit?? Teringin jugak aku nak kenal orgnyer tu............Wallahuaklam.
(Terima kasih en.mior 111 yg berkongsi keratan akhbar nie dlm Forum Bandar puncak Alam)

December 23, 2010

Ada Tak Dihargai

Penagih Internet Bunuh Anak

(Gambar Hiasan)
MyMetro
SEOUL: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki membunuh anaknya selepas kepenatan melayan permainan video di Internet, kata polis semalam.
Kejadian di bandar Cheonan itu adalah yang ketiga membabitkan masalah ketagihan permainan video Internet dilaporkan di Korea Selatan.
Dikenali hanya sebagai Kim, polis berkata, wanita itu menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari bermain video sehingga segala kerja rumah dan tugas menjaga dua anaknya diabaikan.

Seorang jirannya berkata, keadaan dalam rumah Kim, 27, tidak ubah seperti tempat pembuangan sampah.
Kadang-kadang, katanya, anak Kim menangis sehingga berjam-jam tetapi masih gagal mendapat perhatian wanita terbabit.
Menurut polis, Kim membelasah anaknya dan mencekik anaknya yang baru berusia tiga tahun itu kerana budak terbabit kencing di lantai.

Perbuatan budak itu, kata polis, dianggap Kim mengganggu tumpuannya kepada permainan di komputer.
“Kim bengang kerana baru saja mahu berehat selepas berjam-jam di depan komputer apabila budak terbabit kencing,” katanya.
Selain mangsa, seorang lagi anak Kim baru berusia setahun.
Selepas membunuh budak itu, Kim membiarkan mayat berkenaan selama tiga hari sebelum iparnya mendapat tahu dan memaklumkan kejadian itu kepada polis.

Menurut sumber, selain berjudi, Kim leka menguruskan ‘haiwan maya’ di Internet. - AFP

December 18, 2010

Saya Gay, Saya OK??

Heboh beberapa hari ni di youtube tentang seorg lelaki melayu Islam yg penuh bangga mengaku dirinya gay. Paling kesian kat mak-bapak dia. Nama ayah dia tu patut dihidekan, x pasal² mendapat malu dpt anak mcm tu. Berapa agaknya dia dibayar utk buat pengakuan camtu?

Aku xkan mengomel panjang pasal nie. Cukuplah aku katakan pengakuan berani mati dia ni memang sgt mempengaruhi golongan Gay & Lesbian, dan mempengaruhi anak² remaja. Memberikan kesan yg sgt negatif pada kaum melayu dan agama Islam sendiri.

Jika ada yg berkata ‘Kubur masing²?’ Betul. TAPI Siapa yg galikan kubur kita? Siapa yg mandikan mayat kita? Siapa yg kafankan kita? Siapa yg hantar ke kubur? Siapa yg tanam? Kita sendiri ke yg gali kubur? Kita sendiri yg mandi? Kita sendiri kafankan? Keranda kita tu terbang sendiri ke kubur? Mcm UFO? Melainkan semua tu org yg buatkan. Lainlah kalau mati dihutan mayat tak ditemui ! SO, jgn angkuh dan sombong nak sokong dgn statement ‘kubur masing². Kalau org bagi nasihat atau menegur, terima..dengar..jgn ingat hidup didunia ni sorang², boleh ikut kepala sendiri jer.

Kalau masih tak faham, cuba tgk monyet, ungka, baboon, kambing, atau memana haiwan..ada tak yg melakukan hubungan sama jantina atau luar tabi’i? Haiwan pun pandai pilih pasangan berlawanan jantina. Mengapa? Sebab haiwan pun tahu naluri yg betul. Tu haiwan, Allah tak kurniakan akal. Kita ada akal kan? Takkan tak boleh fikir? Naluri?? Henti²kanlah menyalahkan naluri dan takdir. Kalau betul boleh salahkn takdir dan naluri, maka tak perlulah Allah menciptakan Neraka? Sebb dah memang takdirkan? Dah takdir saya ni gay. Dah takdir saya ni lesbian. Dah takdir saya ni perompak. Dah takdir saya ni perogol. Dah naluri saya ni sukakan sama jenis. Dah naluri saya ni mak nyah. Dah naluri saya ni pengkid. Amboii…senangnya menyalahkan takdir dan naluri. Kalau macam tu semua masuk syurga sebb dah takdir kan? Kita tak salah. Yg salah takdir dan naluri. Habis neraka tu untuk sapa?? Sama² lah kita muhasabah diri dan bertaubat. Berubah jadi hamba yg lebih baik. Insyaallah. Amiin. Pjg plak aku mengomel.



December 16, 2010

Senyum Pengubat Duka


-->
Senyumlah..walaupun hatimu mungkin terluka atau sedang berduka. Kerana senyuman adalah terapi yang paling mudah dan murah utk menyembuhkan dan meringankan kedukaan serta kesedihan yg kau rasai. Usahlah ditangis atau diratap kesedihanmu kerana tak siapa bisa mengubatinya melainkan kekuatan dlm dirimu sendiri. Kekuatan yg dianugerahkanNya. Tetapi, jika kau ingin menangis juga bagi melepaskan beban yg terbuku didada, menangislah. Asalkn jgn keterlaluan hingga lupa padaNya.

Tak mengapa jika tiada insan menemani saat kesedihanmu..atau org yg kau harapkan dpt berkongsi kedukaanmu tidak mempedulikanmu..kerana percayalah DIA selalu bersamamu. DIA takkan pernah membiarkanmu sendirian. DIA akan tetap selalu menjagamu. DIA mendengar dan melihat saat kau mengesat air matamu. Kau tidak bersendirian sebenarnya. DIA selalu ada. Jadi, senyumlah keranaNYa. Nescaya DIA akan berikan kekuatan padamu utk mengharungi kehidupan.

December 14, 2010

Kesan Puting Beliung

Bukan saja berlaku kemusnahan tempat tinggal, harta-benda atau kemusnahan awam yg dasyat. Malah puting beliung juga banyak mengorbankan jiwa serta menyebabkan mangsa yg hidup menjadi trauma. Pun begitu dunia barat atau org yg jahil sering menganggap bencana alam hanyalah sebagai fenomena alam biasa. Dunia sudah tua katanya. Hakikatnya, Tuhan takkan menjadikan sesuatu tanpa sebab dan musabab.








Puting Beliung

Inilah rupa gumpalan tornado atau puting beliung. Boleh juga digelar taufan yg sering berlaku diluar negara. Syukur kerana negara kita masih selamat dari ancaman ini tapi bukanlah bermakna kita harus menarik nafas lega. Allah SWT tidak akan menurunkn bencana atau musibah melainkan sebagai peringatan atau balasan diatas perbuatan dosa & maksiat kita.










Segala bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, bangunan runtuh, atau apa saja kerosakkan atau kemusnahan yg berlaku di negara kita adalah peringatan dariNya supaya kita meninggalkan maksiat dan kembali taat pada perintahNya. Wallahuaklam. So, jgn tunggu ribut taufan baru kita nak berubah.

Malay: Tepak Sireh

is a Malay traditional metal container for storing betel leaves used for chewing. Used during wedding and engagement ceremony.



Genius!

More than likely you said, 'A bird in the bush,'! and. ......
if this IS what YOU said, then you failed to see
that the word THE is repeated twice!
Sorry, look again.


Next, let's play with some words.
What do you see?

In black you can read the word GOOD, in white the word EVIL (inside each black letter is a white letter). It's all very physiological too, because it visualize the concept that good can't exist without evil (or the absence of good is evil). Now, what do you see?

You may not see it at first, but the white spaces read the word optical, the blue landscape reads the word illusion. Look again! Can you see why this painting is called an optical illusion?

What do you see here?

This one is quite tricky!
The word TEACH refle cts as LEARN.

December 13, 2010

Kurang Rajin

Sungguh xder mood & sungguh malas beberapa hari nie.
Bleh ke camtu??
Mungkin berpunca dari x cukup tidur & byk berjalan. (alasan...)
Keja pun x busy...fyp dah pun aku siapkn last week.
OKla....rajin nanti aku mngomel lagi. Insyaallah. (Malas nk mengarang)