January 27, 2010

Menghina Dan Dihina

Di petang yg hening ini, diluar angin bertiup lembut sepoi2 bahasa..(aku nampak daunan pokok bergerak2 dari tingkap kaca cermin ni) Dan.......Aku terasa nak mengomel sikit.........

Sekarang kecoh pasal aduka taruna yg menghina almarhum sultan johor. Entahlah, aku tak peduli sangat tentang mana2 sultan & raja2 atau keturunannya. Bagi aku yg utama adalah akhlak masing2. Tak kira walau setinggi mana pun darjat seseorg tu apa yg penting adalah akhlak dan budi-pekerti yg baik. Jika kita mempunyai akhlak yg buruk seperti mulut celupar, kaki arak, berzina, rasuah, makan duit haram, sombong, angkuh, bangga diri, dan segala sifat2 tercela maka tak adalah bezanya kita dgn haiwan walaupun berdarah raja sekalipun. Kita tahu haiwan hanya memenuhi perut mereka dgn makanan & nafsu syahwat semata. Untunglah, haiwan tak mempunyai akal.

Cuma sebagai manusia kita mestilah saling hormat-menghormati. Hormatilah mereka sebagai sultan atau pemerintah kita. Apatah lagi pemerintah atau sultan yg mempunyai budi-pekerti dan akhlak yg baik. Bukannya bersikap kurang ajar atau biadab terhadap mereka, apatah lagi yg telah pergi........Kalau yer pun nak menegur, gunakanlah bahasa yg sopan dan baik. Tegurlah dgn cara yg berhemah. Islam tak ajar kita sombong, biadab, atau angkuh memaki hamun org lain.

Aku tak bersetuju bila kata2 kesat ataupun celupar dilemparkan pada sultan johor yg telah mangkat. DAN YANG PALING AKU TAK BERSETUJU IALAH, penghinaan aduka taruna kepada isteri Rasulullah S.A.W, Aisyah RA.

Isteri2 nabi & rasulullah yg menegakkan Islam samalah seperti ibu kandung kita sendiri. Itulah antara sebab kenapa diharamkan berkahwin dgn isteri2 rasulullah selepas kewafatannya. Sanggup & tergamakkah kita menghina ibu kita sendiri? Jawapannya? aduka taruna sanggup! Sebab itulah dia melabelkan Aisyah sama seperti Rosmah. Sedangkan Rosmah isteri PM Najib dgn Aisyah RA isteri Rasulullah SAW umpama langit dgn bumi!

Entahlah, pelik betul pemikiran aduka taruna yg mengaku islam ni. Tapi.......bila difikirkan, apa nak dihairankan bila dia menghina para2 ulamak atau sesiapa saja, kalau isteri rasulullah pun sanggup dihinanya......? Entahlah, dunia akhir zaman.

Pengajaran yg aku dapat dari peristiwa aduka taruna ni ialah, Hidup jgn suka menghina orang. Akhirnya tanpa kita sedar diri kita pula dihina seluruh kerajaan langit & bumi. Ingatlah, satu jari kita menunding orang lain..sepuluh jari menunding kita kembali. Jika isteri Rasulullah SAW tercinta pun sanggup dihinanya apatah lagi kita insan biasa yg penuh noda dan dosa................?!
Siapa Aduka Taruna itu?? Dan Mulia sangatkah dia hingga bebas berbahasa kesat kepada sesiapa saja?

No comments: