September 02, 2010

Perompak Iblis

Jun 2010 LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya.

Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu.

Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan hingga 17 tahun tidur nyenyak.

Difahamkan, empat penjenayah ‘iblis’ itu menceroboh masuk rumah mangsa dengan memecahkan pintu belakang sebelum mengejutkan penghuni rumah terbabit.

Menurut sumber, suspek memasuki dua bilik dalam rumah itu sebelum mengacukan parang kepada mangsa lelaki dan mengikat tangannya bersama isteri dan seorang anak.

“Dua lagi anak yang tinggal di bilik berasingan tidak diikat tangan, tetapi diarah tidak melakukan tindakan ***** yang boleh mengancam nyawa mereka.

“Mangsa lelaki itu dipukul keempat-empat suspek supaya memberitahu tempat dia menyimpan barangan kemas dan wang tunai,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang takut menyerahkan barangan kemas termasuk rantai, cincin dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000.

Bukan itu saja, penjenayah terbabit turut merampas wang RM1,300 milik mangsa.

Malangnya, derita suami itu tidak berakhir di situ apabila dia berulang kali dipukul keempat-empat perompak yang menuntutnya mendedahkan tempat barangan kemas lain disembunyikan.

“Mangsa hanya mampu memberitahu tiada lagi barangan berharga mahupun wang tunai disembunyikan dalam rumah,” katanya.

Bagaikan tidak puas hati dengan kenyataan mangsa, mangsa sekali dikejutkan dengan tindakan seorang daripada penjenayah terbabit apabila tergamak merogol isteri mangsa di depannya.

Lebih menyayat hati, seorang anak mangsa yang tidur bersama pasangan itu dipaksa melihat ibunya diperkosa perompak terbabit.

Katanya, si suami hanya mampu merayu kepada penjenayah terbabit namun rintihannya tidak diendahkan, malah isterinya tetap dirogol sambil disaksikan rakan jenayah lain yang ketawa seolah-olah melihat pertunjukan.

Puas dengan perilaku tidak berperikemanusiaan itu, keempat-empat warga Indonesia terbabit merampas kunci kenderaan milik mangsa sebelum melarikan diri dengan Proton Wira itu.

Selang beberapa minit kemudian, mangsa melepaskan diri dengan bantuan dua anak lain sebelum melaporkan kejadian di balai polis berhampiran.

Difahamkan, tiga beranak terbabit turut mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini dan mereka kini trauma selepas terpaksa melalui peristiwa menyayat hati itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan kejadian yang menimpa lima beranak terbabit dan pada masa sama berjanji melakukan operasi besar-besaran bagi memberkas empat suspek terbabit.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan keempat-empat suspek bukan menetap secara langsung sekitar daerah ini dan disyaki melakukan jenayah secara berpindah-randah.

“Namun itu tidak membataskan tindakan kami untuk mengesan mereka.

“Kami akan bekerjasama dengan pasukan anggota penguat kuasa di seluruh negara dalam misi mengesan penjenayah terbabit supaya mereka didakwa di muka pengadilan dan dihukum atas kekejaman dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau menyeru orang awam yang menjadi saksi atau mempunyai maklumat kejadian itu supaya segera hadir di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini, polis sudah menemui semula kenderaan milik mangsa yang dilarikan penjenayah terbabit dalam semak sekitar daerah ini, kira-kira 24 jam selepas kejadian itu dilaporkan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 kanun sama kerana melakukan jenayah pecah rumah secara berkumpulan.

Pembantu Rumah Diburu

(pic-Hiasan)
MyMetro: Amah hilang sebaik bayi disahkan mati

SERDANG: Seorang pembantu rumah warga Indonesia diburu bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi berusia 15 bulan dipercayai didera, 24 Ogos lalu.
Wanita terbabit, Rita Rohayati, 25 yang berasal dari Majalengka, Jawa Barat menghilangkan diri sejurus mengetahui kematian bayi itu di sebuah pusat perubatan swasta di Pusat Bandar Puchong, kira-kira jam 4.43 petang.

Ketua Polis Serdang, Superintendan Razak Abd Elias, berkata pihaknya menerima maklumat kematian Tan Jin Yong dari seorang kakitangan pusat perubatan berkenaan yang menghubungi polis.

“Siasatan awal mendapati pada hari kejadian, suspek menghubungi bapa mangsa yang bekerja sebagai peniaga memaklumkan anaknya tidak boleh bernafas menyebabkan bapa mangsa meminta bantuan adiknya untuk menghantar bayi berkenaan ke sebuah hospital swasta.

“Suspek pergi bersama dan sebaik diperiksa, doktor mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia dan mengarahkan seorang kakitangannya menghubungi polis selepas pemeriksaan mendapati terdapat kesan dera pada bayi berkenaan,” katanya.

Menurutnya, sebaik saja mengetahui bayi itu meninggal dunia, suspek yang bekerja dengan keluarga terbabit sejak setahun lalu menghilangkan diri.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum laporan bedah siasat mengesahkan bayi berkenaan mati akibat didera.

“Laporan pakar patologi mengesahkan terdapat penderaan fizikal termasuk kesan cekik pada leher bayi itu yang menyebabkan sesak nafas dan pendarahan otak,” katanya.

(Pic-Hiasan)

Razak berkata, selain itu mangsa juga mempunyai kesan lebam serta kesan penderaan lama termasuk pernah mengalami keretakan pada tulang kaki.

“Identitinya suspek sudah dikenal pasti berdasarkan pasportnya yang kini masih berada dalam simpanan ibu bapa mangsa,” katanya.

Orang ramai yang mengetahui wanita itu diminta menghubungi polis dengan menelefon Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berdekatan.

September 01, 2010

Bunuh Kerana Facebook?

Tikam Bekas Isteri Hingga Mati Kerana Status Facebook

UK : Ini bukan cerita baru tetapi kejadian ini berlaku pada Januari 2009 dimana Edward Richardson, 41 dalam keadaan mabuk menikam bekas isterinya yang sedang tidur kerana isterinya Sarah Richardson,26 tahun menukar status di facebook dari “married” kepada “single”.

Akibatnya, Edward telah dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah.

Terdapat lebih kurang 13 tusukan pisau pada bahagian dada mangsa.

Mereka berpisah 3 minggu sebelum kejadian pembunuhan itu berlaku selepas mereka bertengkar kerana Edward kaki mabuk dan menolak untuk memiliki anak bersama Sarah.

Credit: Selangor2u

Ya Allah...Ya Latiff...