December 31, 2011

Anak Gajah Enggan Ditimbang

'Eh...eh. Aku xnak, xnak la!! Tarik-tarik belalai plak.....!? Ko kenapa hah??' Kalau anak gajah ni boleh berckp mungkin tulah yg dia akan ckp. Ataupun ucapan yg lebih sopan lagi.......'Maaf, saya tak mahu ditimbang......harap jgn tarik belalai sy.'
WUPPERTAL, Jerman - Dua keping gambar menunjukkan seorang pekerja menarik belalai seekor anak gajah untuk memujuk haiwan itu menaiki sebuah alat penimbang di Zoo Wuppertal, di sini kelmarin.

Pekerja berkenaan menarik belalai anak gajah bernama Uli itu untuk merekodkan berat haiwan tersebut dalam prosedur rutin di zoo berkenaan. Namun, Uli yang ketakutan enggan memberi kerjasama apabila haiwan tersebut meundukkan kepalanya bagi mengelak ia ditarik ke atas penimbang tersebut.

Anak gajah itu kemudian akhirnya berdiri di atas penimbang tersebut dengan seorang kakitangan membelai kepala haiwan tersebut. - Agensi - kosmo

Bakar Diri Kerana Cinta

Sedih. Kenapa wang yg menjadi penghalang? Jika dia Islam, Islam itu memudahkan. Hanya kita manusia yg 'menyusahkan' dgn bermcm syarat yg akhirnya menyukarkan sebuah pernikahan. Sedangkan dlm Islam nikah itu hanyalah 'akad' dan 'nikah'. Bukannyer perbelanjaan yg besar!

Jika dia non-muslim, aku tak tau. Mungkin 'wang' adalah syarat utama bagi mereka utk berkahwin? wallahuaklam.

*************************************

KUCHING: Selepas lebih dua minggu bertarung nyawa, seorang gadis yang melecur seluruh badan selepas menyimbah minyak tanah dan membakar diri sendiri ketika bertengkar dengan teman lelakinya di bilik sewa mereka di Tatau, Bintulu dekat sini, akhirnya meninggal dunia, kelmarin.

Mangsa, 18, yang identitinya enggan didedahkan keluarga meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, jam 11 malam kelmarin, selepas menderita melecur tahap tiga membabitkan 70 peratus badannya sejak dipindahkan ke hospital terbabit, dua minggu lalu.

Kakak mangsa yang mahu dikenali, Sima, 23, mendakwa adiknya membakar diri selepas kecewa dengan kekasih berusia 30-an yang sudah dua kali menolak pelawaan mendirikan rumah tangga, kira-kira jam 10 malam pada 14 Disember lalu.“Adik saya tinggal bersama kekasihnya sejak mereka menjalin hubungan dua tahun lalu. Malah, adik juga pernah mengajak kekasihnya mendirikan rumah tangga Jun lalu, tetapi ditolak dengan alasan masalah kewangan,” katanya ditemui Harian Metro, di sini, semalam.

Menurutnya, anak bongsu empat beradik itu dikatakan ‘melamar’ kekasihnya untuk kali kedua, dua minggu lalu, namun sekali lagi ditolak lelaki itu atas alasan sama menyebabkan tercetus pertengkaran antara mereka.

“Kekasihnya memberitahu belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana menghadapi masalah kewangan. Jawapan diberikan lelaki itu menyebabkan adik saya kecewa sebelum mengambil minyak tanah yang disimpan dalam sebuah bekas sebelum menyiram ke seluruh badannya,” katanya.

Sima berkata, adik kemudian menggunakan pemetik api dan membakar dirinya sebelum kejadian itu disedari teman lelakinya yang bergegas untuk cuba menyelamatkan kekasihnya itu.

“Lelaki terbabit yang terkejut dengan tindakan adik membantu memadamkan api yang membakar tubuh adik dan menghantarnya ke Hospital Bintulu sebelum dirujuk ke HUS pada 17 Disember lalu kerana keadaannya semakin serius,”.

Katanya, keluarganya menerima apa yang berlaku sebagai suratan takdir walaupun sedih dengan apa yang berlaku. - Harian Metro - gambar xder kena-mengena

Perogol Hampir Dibakar

Kesian?? Nak tergelak pun pada. Serve him right. Lain kali, gatal miang merenyam lagi nak rogol anak dara org! Apa yg Tuhan tak bagi, itulah yg ko nak buat. Jadi rasakan. Tu baru atas dunia, dlm kubur dan akhirat nanti?? Sendiri mau ingat.

Yg pmpuan pun sama, tutup²lah aurat tu, jgn nak pakai dedah sana-sini org tgk pun x senonoh. Memang padanlah kena rogol kalau aurat yg Allah suruh tutup pun tak reti² nak tutup.

********************************

JAKARTA - Seorang peniaga yang cuba merogol seorang wanita berumur 20 tahun di sebuah pangsapuri di utara Jakarta, Indonesia, hampir dihukum mati tanpa dibicarakan apabila orang ramai yang marah cuba membakarnya, kelmarin.

Orang ramai memukul Mindu Wijaya, 30, serta mengugut untuk menyimbah petrol dan membakarnya hidup-hidup, namun lelaki itu sempat diselamatkan polis.

Kes serupa berlaku pada 2009 di timur Jawa, apabila seorang bekas guru, Muhammad Zarkasyi terbunuh selepas dibakar sekumpulan pelajar sekolah yang berang dan menuduhnya melakukan hubu-ngan seks dengan pelajar perempuan di sekolah mereka. - sinar harian

December 30, 2011

Ayam Kotor???

Video dari negara jiran Indonesia. Tak taulah penjual ayam ni muslim atau tidak, kalau muslim kita pun tahu kebersihan amatlah penting & mesti di utamakan. Kalau kotor mcm gini alamatnyer memang tak berkatlah rezeki. Dgn keturunan sekali akan rosak kerana memakan makanan yg kotor. Kpd semua saudara Islam baik di Msia mahupun Indonesia, sama²lah kita jaga dan perhatikan ayam yg kita beli. Pastikan dijamin halal dan bersih.

Puting Tipu vs Menangis

Comelnyerr budak² ni. Ada yg menangis, ada yg sedang menikmati puting tipu. Kesian, mentang²lah dorang ni x reti nak pilih n suap sendiri lam mulut, makanyer mak- bapak dorang selamba badak jer bagi puting tipu yg bermacam bentuk. Bentuk jongang? bentuk khinzir? Semua ada. Kalau boleh pilih sendiri confirm bebudak ni pun xnak pilihan mak-bapak dorang nie.....lalala.









Akibat Mabuk!!

Kita dah biasa tgk gambar org² mabuk akibat minum air kencing setan. Ni pun aku cuma upload beberapa gambar yg x terlalu teruk dan over, kalau tak tapis memang mcm² gambar dan aksi ada. Sebenarnyer pempuan pun ramai mabuk.....bukan lelaki jer. Kat Msia apa kurannyer, bersepah penggemar air kencing syaitan nie...............!









December 27, 2011

Buku Dirawat Seperti Pesakit

SEBUAH buku yang mengandungi lubang akibat dimakan anai-anai dipamerkan di Institut Pemuliharaan dan Pemulihan Buku-Buku Rosak pada 20 Disember lalu.
ROM, Itali - Sebuah buku lama yang dimakan anai-anai dipamerkan di sebuah muzium di Institut Pemuliharaan dan Pemulihan Buku-Buku Rosak pada minggu lalu di sini.

Buku-buku dan manuskrip lama yang rosak akibat terbakar, peperangan dan dimakan anai-anai dirawat di institut tersebut seperti seorang pesakit di hospital.

Institut yang ditubuhkan pada 1938 itu turut menyimpan pelbagai manuskrip lama termasuk salah sebuah kitab al-Quran paling tua di dunia. - AFP Kosmo

December 23, 2011

Motor Baru Saya........

Cun x? Kau ada? ~ Ayat tipikal yg membuatkan telinga menyampah nk dengar. Sememangnyer tinggi imaginasi kanak² ini, TAPI......aku rasa, ketuanyer mestilah yg pakai helmet dan tukang candid gambar. Bukan budak² lagi, tp bapak budak. Tak dpt nek motor, jadi motor pun jadilah. Zaman kanak² memang seronok.....kalau org dewasa yg buat mcm ni confirm org ckp 'giler' atau 3Suku.
asiantown.net

Wow Oh Wow.....!!

Amazing kan??! Mcm petai pun yer. Gambar ni aku ambil dari asiantown.net. Jaket yg dibuat oleh negara China ini sesuai utk dibawak berjln², melancong, bercuti umah maklong atau nenek, atau jugak ketika ke pusat peranginan yg sejuk lagi mendinginkan.......! Boleh jugak bawak kemana² saja yg anda suka..hatta kerumah jiran sebelah anda. Per yg menarik tentang jaket nie? Iaitu boleh disumbat dlm botol dan bekas kecil dgn mudah. Ajaib kan? Tak boleh bayangkan betapa lembut dan ringannyer jaket nie hinggakan boleh di peronyok mcm tu jer. Yg pasti memang lain dari yg lain. Tak pasti plak sama ada mudah terkoyak atau tidak? Tapi......ada aku kisah..?? Hee......