February 24, 2011

Let His Love Remain

Penat..........Kurang Tidur?

Mood aku agak kurang sket ari ni...time rehat pas makan ni baru rasa semangat. Semlman x tdur lena.... makan pun x ambil berat. Sudahnya mak bising aku x peduli pasal makan...nak buat camana selera aku memang ada masa down. Kira ok per, malas makan tapi x malas mandi...lau dua² malas lagi teruk.

Biasanya mak memang akan bising..dua org jer anak perempuan dia...kakak aku dah kawen, mak x sibuk nak jaga lg sebb dok jauh...tapi kalau depan mata, memang mak jugakla yg bising itu-ini. So, aku la yg masih dlm perhatian dia. Kadang² aku seronok kalau mak balik kg lama²...sebb time tu la aku akan berdikari segala hal...tapi......rindu plak bila mak xder. Sunyi....

February 19, 2011

Baraka Allahu Lakuma - Maher Zain

Lagu² Maher Zain memang best. Aku beli dua cd...satu utk aku sendiri. Ni salah satu lagu yg paling aku suka...play byk kali dlm keta. Yg paling mahal dlm lagu ni mestilah doa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW tercinta...........

Hasbi Rabbi Jallallah

February 08, 2011

Dua Lelaki Mati Leher Dikelar

Note: Pembunuhan ni berlaku dekat area seven E kat rumah aku jer..depan tempat aku parking keta hari². Sekarang nyawa tak lagi berharga dimata org lain. Bunuh-membunuh selamba saja. Semoga Allah SWT melindungi sekalian umat Islam...amin ya rabbal ala min.

Mymetro: Setempat


SERI KEMBANGAN: Dua lelaki warga Myanmar maut dalam keadaan mengerikan apabila badan mereka ditetak bertubi-tubi dan leher mereka dikelar menggunakan pisau pemotong daging di sebuah asrama pekerja di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, semalam.

Pembunuhan berlaku sekitar jam 3 hingga 6.30 pagi ketika mangsa berada di tingkat tiga asrama pekerja yang terletak di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam, kira-kira jam 6.30 pagi terus ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa pertama ditemui di ruang tamu berlumuran darah akibat ditetak 10 kali di dada manakala rakannya ditemui di bilik tidur dengan 12 kesan tetakan di leher.
“Siasatan mendapati mangsa mungkin bergelut dengan pembunuh berdasarkan kesan percikan darah di merata tempat di asrama berkenaan.
“Bagaimanapun kami masih mengesan dua lagi rakan mangsa yang melarikan diri bagi membantu siasatan,” katanya.

Abd Razak berkata, suspek juga dipercayai mengalami kecederaan dalam pergaduhan itu dan dipercayai lebih daripada seorang.
“Mangsa bekerja di sebuah syarikat kitar semula dakwat mesin cetak, namun identiti mereka belum dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.
“Majikan mangsa pula tidak dapat dihubungi lagi kerana sedang bercuti di Hong Kong,” katanya.

Menurutnya, polis turut menemui satu pisau pemotong daging di tempat kejadian yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa.
“Susulan kejadian itu, polis memeriksa 30 warga asing yang berada di sekitar kawasan kejadian bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan,” katanya.