March 31, 2011

Pemandu Lelaki Konon Bagus

Pemandu pompuan selalu dilabel lembab, slow, cuai, terkedek² dan segala yg berunsur negatif. Manakala pemandu lelaki plak kononnya cekap, hebat, peka, cool, pandai, bergaya dan mcm² yg positif lagi la......(menyampah aku)

Bung Mokhtar tu kenapa? Lam parlimen pun nak citer pasal bahaya dan cuainya pemandu pempuan. Mcm mengancam keselamatan negara plak? Baik citer pasal rasuah! Habis tu zizie ezzete isteri dia tu x drive ke? Pemandu pompuan gak kan isteri dia tue.....?? Emo plak aku..............

Tadi masa aku temankn nurul pegi hospital kat Cheras masa kat highway Sg.Besi ada satu keta ni memandu agak bahaya dan menghimpit kami, kononnyer nak cepat sgt kot. Kami di lane laju...memang xleh ketepi memandangkn kami x slow pun, dan keta kat lane sebelah byk. So, bila keta yg dah agak berumur tu himpit kami nurul pun hon la bertubi², sebab pemanduan dia tu berbahaya. Tapi dtg pakcik ni (chinese..cam gangster pun ada rupa dia ni, ah long bukit gantang) siap himpit n masuk depan kami dan sengaja break berkali² sebelum berhenti mengejut depan kami. Bayangkn kalau ada keta yg tengah laju belakang kami...??? confirm kena langgar dr belakang selain turut terlanggar pakcik tu. (Actually, xderla tua sgt pon 30+ -40). Tak habis kat situ, dia pun turun dan dtg kat keta nurul ni dan marah kami...tp kami x dengar kemarahan dia tu sebb kami x buka tingkap. Takot kena pelempang dgn lelaki bodoh..(kalau dia bijak mesti dia tak gaduh ngan pompuan punyer). Kami berdua buat muka selamba jer. So, pas marah² pakcik tu pon naik keta dia n terus drive. Sia² jer dia membebel marah cuz kami x dengar sepatah haram pun aper yg dia bebelkan. Tak ingin nak dengar pun kot. Ditambah lagi size kecomelan kami ni (maksud aku kecik) so, xder maknanyer menunjukkan muka atau aksi gangster pada kami berdua..x heran pun kami..control comel jer.

Peristiwa ni bukan yg pertama bagi kami berdua. Selama memandu lebih 8 tahun mcm² pemandu lelaki x btol dah aku jumpa. Nurul pun sama. Yg heran tu, dgn pemandu wanita pun nak rasa tercabar?? Lebih baik la ko lumba ngan kaum sejenis yg sama² hebat dan gagah perkasa tu kan? dari berlumba atau rasa tercabar pd pemandu yg lemah seperti wanita.

Statement bung mokhtar tu memang double standard. Bagi aku, pemandu pempuan atau lelaki sama jer. Dua² ada yg bagus n ada yg x btol.. So, x bleh berat sebelah kalau nak bagi statement. Ingat tu abg Bung! Setiap pemandu tu ada kelemahan dan kelebihan masing², x kira lelaki or pompuan..sama jer OK. Lain kali jgn suka² ati jer bagi statement.

~Semlm balik keja jumpa pemandu 'bergaya', pagi tadi pun jumpa, hari ni pun sama. Semuanya lelaki?? So....sapa yg menace??? Pondan? Oh...tidak........

Rintihan...."Dalam Botol"

Malam tadi aku dan nurul layan citer 'Dlm Botol' (berdasarkn kisah benar) kat pawagam GSC Alamanda. Penonton x ramai, tp filem ni dah box office. Kutipan dah melebihi satu juta. Aku bukan nk citer pasal kutipan sebb peduli apa aku ngan sumer tu...?...x masuk poket aku pon. (Ayat eksenn jer) tapi sebenarnya x eksen pun....

Filem ni pd pendapat aku lebih seronok dan enjoy berbanding filem Magika. Keseluruhan citer ni bleh dikatakan x membosankn kami. Memang kisah gay dikalangan masyarakat bukan lagi baru. Sejak dulu-kala pun sudah ada kaum yg melakukan hubungan sejenis (homoseksual) dan dilaknat Allah SWT iaitu kaum nabi Luth yg akhirnya di turunkan bala dgn diterbalikkan dari muka-bumi Allah SWT.
Semoga gay atau lesbian kat malaysia ni cepat²lah bertaubat, jgn kerana perbuatan anda org lain yg x berdosa pun turut mendapat bala dan malapetaka. Tetapi, sesungguhnya org yg beriman yg tertimpa bala kerana perbuatan ahli maksiat itu sudah pastilah tempat mereka adalah di syurga.....Insyaallah.

Berbalik pd citer 'Dlm botol' ni. Pengajaran dr citer ni yg aku dpt ialah...walau camana cinta sekalipun kita pd seseorg itu, jgnlah ianya melangkaui batas agama..kerana ianya hanya akan memakan diri sendiri. Wajiblah kembali pd agama..dan cintailah Allah & rasul lebih dr segalanya, pasti cinta sesat seperti ini takkan wujud. (Ayat x bleh blah..cam jwb soklan sastera masa skolah plak)

Selain tu, jgnlah sesekali buang segala pemberian Allah hanya utk menurut hawa nafsu..(cinta la konon) akhirnya padah memakan diri. See....bila dah jatuh cinta kat pempuan, dah x bleh nak nikah. Sebb kelelakian dah takder. Menyesal menangis air-mata darah pun takder guna. Kalau rambut bleh la tumbuh balik. Kaki, tangan or aper² jerla, lau dah buang bleh tumbuh balik ke? (sekadar contoh).

Kesimpulannya, cintalah sebagaimana yg disuruh oleh Allah SWT dan rasul. Cinta pd yg layak menerima, yg halal menerima, dgn jalan yg dituntut agama, dan jgnlah cinta itu memakan diri sendiri. Tak salah berkorban, tapi berkorbanlah dijalan Allah. Allah takkan pernah redha pada perbuatan gay, homoseksual, lesbian, pengkid, pondan, atau apa saja yg menyesatkan.

March 30, 2011

Cinta Untuk Nabila

Salah satu lagu paling aku suka. Sebab? lagu ni best. Satu lagi Nabila tu ada sikit kena nama aku..wpun cuma ila jer, ada la jugak kan?  Tak gitu. Sebenarnya, lagu ni sedap didengar. Jadi, nama tu cuma alasan saja..kalau hati dah suka.

Biasanya aku layan lagu ni dalam kereta...time jalan jauh, cam balik kg. Yg paling menarik tentang lagu & kumpulan Melissa ni ialah penyanyinya kini sudah dikenali sebagai Ustaz Radzi. (Gambar kat bwh ni) Dulu rock sekarang ustaz, alhamdulillah..semuanya kuasa Allah.

(Video youtube telah di tukar kpd video tahun 2012, video lama sudah di padam sebab tak boleh view)

Alasan Kenapa Kucing Hilang

Hati² sapa yg ada bela kucing. Nanti hilang sebb kena makan.
Yummy....ermm....cedappnyerr. ngapp..ngap (boring jer muka kucing tue)

Antara Dua Darjat

Bagi yg selalu atau suka tak habiskan makanan, gambar nie bleh dijadikn sebagai ikhtibar. Aku pun selalu payah makan....memilih makan. Sebb tu kurus. Tapi bukan tu yg nak aku sampaikn, betapa kita harus mensyukuri segala nikmat Allah...lihatlah betapa ramai yg melarat, kelaparan dan kebuluran atau hidup dlm kemiskinan. Bersyukurlah bila Allah kurniakn rezeki yg banyak...jgn memilih, membazir atau boros. Bersederhana. Itu yg lebih baik...kalau byk makan, gemuk...byk plak penyakit nanti.................so sederhana saja.












March 28, 2011

Kitaro - Silk Road

Instrumental dr Kitaro memang byk yg sgt sedap didengar..kagum dgn keindahan alam dan alunan irama ciptaanNya. Sebagai seorg yg sukakn pemandangan alam yg indah, air terjun, sungai, gunung-ganang, pantai dan laut video ni cukup menyentuh hatiku......aku rindukn saat² percutian yg menenangkn. Bukit peranginan, jalan ditepi pantai, ataupun mandi-manda di sungai atau air terjun. Bestnyer. Mandi sungai?? seronoknyer..

Instrumental asal lebih slow. Wpun version ni dah diubah kpd lebih rancak tapi x mencacatkn keindahan bunyinya. Tetap sedap didengar.

March 25, 2011

Gempa Bumi di Myanmar

Malam tadi (24 March 2011- Khamis) lebih kurang 8.25 mlm waktu tempatan, berlaku gempa-bumi kuat di Myanmar berukuran 7.0 skala richter. Gempa ni dekat dgn sempadan Thailand, Loas dan China. Sekurang²nya 25 org terbunuh setakat ini. Tapi jumlah ni dijangka bertambah memandangkn masih ramai mangsa yg belum di temui atau diselamatkn memandangkn gempa baru saja berlaku mlm tadi dan operasi menyelamat masih giat dijalankn.

Thailand yg turut merasai gegaran itu dah terlalu hampir sekali dgn negara kita. Beringat²lah....terlalu byk peringatan yg telah Allah berikan..masihkah kita anggap remeh dan biasa?? Renung²kanlah.

March 22, 2011

Penyembelihan Dolphin di Jepun

Ini bukannya satu²nya video 'dolphin slaughter'. Sebenarnya byk lagi video penyembelihan kejam dolphin. Dan bukan hanya di negara Jepun malah ada di negara lain juga turut menyembelih haiwan comel ini. Tak hairanlah bila berlakunya Tsunami dan mcm² lagi bencana alam di atas muka-bumi ini disebabkan kebodohan, kejahilan, dan kezaliman manusia itu sendiri. Tak cukupkah lagi makanan yg berkhasiat didunia ini utk dijadikan makanan...............??

March 17, 2011

Kisah Ikan & Tsunami

Sehari sebelum Tsunami di Jepun, (10 march 2011 - Khamis) media ada melaporkan tentang beribu-ribu-ribu ekor ikan mati (juta) di King Harbor, LA.
Ikan yg mati ini adalah ikan Sardin.

Kejadian ini mengingatkan aku pada kisah Tsunami di Acheh dulu yg telah mengorbankan lebih 230 000 orang di 14 buah negara termasuk Malaysia. Sebelum kedatangan tsunami byk ikan yg mati dan terdampar di pantai...termasuk ikan² yg aneh dan jarang ditemui.

Toksin Dalam Badan

Info kesihatan. Hari ni blog aku bertukar jadi blog kesihatan plak. Tapi cuma satu tajuk. Sebenarnya, aku baru nk mencuba utk pakai foot detox, jadi terfikir utk share gambar tapak kaki yg menerangkan tentang urat² yg bsambung dgn anggota tubuh ditapak kaki. Insyaallah info ni bermanfaat utk pembaca. Pun begitu, foot detox bukan hanya boleh dipakai di bahagian tapak kaki..pinggang pun boleh..........memana pun boleh yg anda rasakan patut. Jgn tampal kat dinding sudah....
Gambar tapak tangan pun ada.

Gambar yg last ni bukan tapak kaki. Tapi tetap berguna sebagai info tambahan kerana ianya menerangkan tentang bahagian² tubuh dan kaitannya dgn mental atau kesihatan minda kita. Bolehlah mencuba urutan yang diajarkan tu.

March 14, 2011

Tsunami Jepun Mac 2011

Jadikan apa yg berlaku sebagai pelajaran & pengajaran bagi kita semua.

Tsunami di Jepun 11 Mac 2011

Gambar tsunami di Jepun baru-baru ini yg menggegar & meranapkn Hangzhou Jepun pada 11 Mac 2011, Jumaat dgn skala ritcher 8.9. Gempa-bumi ke lima paling teruk didunia setakat ini dan terburuk di Jepun selepas 140 tahun. Mangsa yg masih hilang dilaporkan melebihi 20ribu.