Baru lepas shooting
Perodua dlm lib. Ramai gak crew dorang dlm 30 org termasuk model² iklan. Terpaksa tutup sekejap lib bagi memudahkan dorang buat penggambaran. Insyaallah, iklan ni akan disiarkan lebih-kurang sebulan lagi di
kaca televisyen or plasma.

Lupakan soal tu. Muka aku skang byk sgt
jerawats. Sana-sini aku pegi ramai yg menegur dan terkejut tgk wajah remajaku. Siap ada yg ckp 'chicken pox??' Bukan sorang...dua org yg ckp aku chicken chop. Eh, chop plak....pox la. Malah ada yg
ym aku bertanyakan '
Kenapa byk sgt jerawats'? Sebenarnya kemana² aku pegi ramai yg terkejut dan bertanya................."
Apsal muka tu??" Soalan yg sgt sinonim dgnku.
Setakat '
Renungan Kehairanan' ke wajahku?? Perkara biasa. Sampai penat aku nak explain. Family & buah hati tegur? Jgn cakaplah. Mereka org pertama yg tegur pun............kira dah lama la masalah jerawat aku nie, dekat 2 bulan dah kot lebih-kurang. Tapi takla seteruk lepas dorang tegur. Kiranya time kwn² aku tegur ni lagi byk la pimples.
Puncanya? Masalah ni mula timbul selepas aku minum
susu tepung 'toott' selama dua minggu dlm kuantiti yg byk....mungkin aku x sesuai minum susu tu kot, maka muka ku bengkak² oleh jerawat yg tak bermata utk dipicit. Tapi disebabkan kegeraman aku terhadap encik² jerawat (x sesuai panggil cik sebb besar dan keras) aku tetap menonyoh jerawat ku dgn mcm².....
Oxy 5 ?
Oxy 10? 20? 30? semua aku tibai.
Tomatos? Pun aku sental.
Kayu manis? Kayu masam?
Bedak sejuk? Bedak panas? Semua aku cuba....tapi aku ditertawakan oleh encik-encik jerawat. Lalu semakin byk pula yg tumbuh dan menyerang wajahku yg tak berjerawat seperti itu sebelum ini.
Setakat tumbuh sebiji-dua sebulan sekali tu

biasa lah..........tapi bukan seperti ini, gatal dan merenyam. Hampir menitis air mataku menahan kegatalan.......tp nk tergelak pun ada sebb muka ku menjadi comot oleh mereka......sabar saja la ek. Memang aku tengah sabar ni.. :) Hinggakan ada waktu aku terfikir 'Apakah
jin telah menyerang wajahku?' Ataukah aku
dibomohkan?? Sungguh tak masuk akal imaginasiku itu. Haha...
Sekarang jerawat aku alhamdulillah kembali mengecut setelah berhenti mengambil susu dan kembali kpd produk kegemaranku yg lama. Sebelum ni aku tukar pencuci. Tapi x ada jerawat mengganas...hanya setelah dua bulan menukar pencuci muka dan mengambil susu baru muka aku bengkak² oleh jerawat. Insyaallah.....bila wajahku kembali pulih dan bersih dari jerawat dan parut aku akan kongsikn dgn pembaca apakah produk yg aku pakai dan berhenti pakai.....dan cara menyelesaikan masalah jerawat tersebut. Hehe. Dah mcm rancangan
New York skin kat tv plak.
Seri Kembangan Skin kot...................