June 29, 2011

Di Sihir @ Santau

Pengalaman Ustaz Kazim yg pernah disihir. Memaafkan itu bukanlah mudah bila hati sudah diseliputi dendam & benci. Kecuali hamba yg soleh. RM30k bagi aku bayar utang pun lagi bagus......

Dunia Dan Bangkai

Bawah: Kambing yg ditembak mati oleh Israel.
Teringat sepotong hadis Rasulullah SAW. Satu hari Rasulullah SAW melihat bangkai seekor kambing yg dibuang oleh tuannya. Lalu baginda bersabda kpd sahabat:

'Dunia ini disisi Allah SWT lebih hina dari bangkai kambing ini kpd tuannya. Andainya dunia ini bernilai walau hanya sebesar sebelah sayap nyamuk, pastilah Allah tidak akan memberikan minum kpd org² kafir walaupun seteguk air.'

....Lalu mengapakah ramai yg terkejar² akan pangkat? Harta? Kekayaan? Nama? Darjat? Paras-rupa? Kesenangan? Pujian? dan Sanjungan dunia? Sedangkan hakikatnya semua itu lebih hina dari bangkai kambing ini. Yg terbaik, sederhana. Ambil yg perlu, tinggalkan yg tidak perlu utk dijadikan bekalan di akhirat kelak. Peringatan utk saudara² muslim n buat diriku sendiri.....

Note: Yahudi ni, kambing pun dibunuhnya. Sejahat² manusia. Dgn kambing pun rasa terancam?

June 28, 2011

ASB Sah Haram

Dah berzaman aku x menyimpan dlm ASB....aku prefer Tabung Haji. Biarlah bonus x byk pun asalkan x haram.
Ustaz Azhar ni memang best n kelakar. Ramai anak² muda yg suka ceramah dia yg bersahaja dan x membosankn. Nasihat ustaz azhar ni memang sgt berguna utk kita ambil pelajaran wpun cuma jawapan ringkas didlm fb.

June 24, 2011

Pendusta Pembohong

Bersumpah, menipu, berdusta, ckp besar, angkuh, dan sombong adalah perkara biasa bagi manusia yg merasa dirinya sempurna & mulia. Berpura² baik ketika ada kepentingan. Al-Munaafiquun.

June 23, 2011

Memoirs of Genting

Nurul ajak aku pegi Genting lagi..release tension katanyer? Aku jawab, 'Jom pegi Broga Hills, nak tak?' Ajak p tempat lain plak. Broga hills bleh tgk sunrise. Sebenarnya, aku tak minat sgt Genting. Pun begitu byk kami ambil gambar masa kesana last time. Tapi x dpt share kat sini. Tak sesuwai, hanya koleksi peribadi. Yg dibawah ini yg sudah ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (+ gambar yg blambak kt internet). Kami pegi hujung tahun lepas. Kiranya ni cuma mengimbau kenangan silam. Cabel Car Genting kat bawah ni mengingatkan aku pd Langkawi...rindunyer. Tapi Genting punyer lagi tinggi.
Ketika kali pertama menjejakkan kaki ke Genting Highlands, aku berazam dlm hati takkan sekali-kali naik game yg meraban-raban tue. Sebb aku ni berjiwa sentimental, sukakan pemandangan yg indah² & kedamaian. Aku ke Genting sekadar melihat tempat yg menjadi tumpuan org. Aku lebih suka Cameron Highlands, jln² sambil makan strawberry atau keropok lekor beli kat pasar mlm Cameron. Kalau setakat jalan² cam kt bawah ni....aku tak kisah. Kena dgn jiwa aku. Ni adalah salah-satu tempat yg boleh dilawati di Genting. Ripley's Believe it or Not.

Ataupun boleh juga main² salji. Aku enjoy jer layan salji walaupun tpaksa pakai pakaian seragam. Mcm kumpulan kugiran pulak. Cuma aku x suka sebb sejukk sgt....kalau kulit muka atau badan yg tak tahan alahan cuaca sejuk melampau tu aku nasihatkan eloklah elakkan diri dari masuk ke tempat mcm ni, sebb anak saudara aku abis muka dia merah² dan gatal² sebb tak tahan duduk dlm peti salji nie. Bila dah beberapa jam keluar dari tempat ni baru kulit dia pulih semula..............

Gambar² di bwh inilah antara game yg kami bertiga main. Jalan² di atas cuma dgn family. Masa dgn nurul xder istilah jln² ni, yg ada jerit² ketakutan layan game dari pagi sampai ke petang. Balik masing² kepenatan dan sakit badan.



Mcm nak tercabut jantung pun ada naik benda² ni, pam tak hingat². Bukan setakat berdebar kencang, dlm mind time tu tawakkal jer. Kata nurul ada gak yg jerit 'berentiii...berentii..." Mengarut jer, tgh laju sapa nk berenti....?? ..takot punyer pasal mcm² jeritan keluar. Termasuklah kami berdua yg perasan berani nie. TAPI, dalam pada tu yg aku tabik....ada jugak yg rileks n cool jer. Biasanya lelaki la. Ada ke?? maybe la.......Lelaki yg dekat kami pon menjerit, n adik lelaki aku pun masa naik roller coaster dulu pun sama menjerit. So, kalau ada lelaki yg rileks n tenang jer naik menda ni dgn senyuman macho aku memang respek la.


Gambar atas, roller coaster. Gambar bawah, game ni adik lelaki aku naik rilek jer....aku tgk ramai lelaki yg lambai² tangan masa berenti sekejap tu. Tak mencabar kot pada mereka, perempuan pun ada yg hepi jer naik game ni. TAPI, yg menangis pun ada. Mcm aku lah, menangis tu takderla....tapi setiap kali tgk gambar kami yg ditayangkn lepas habis game, muka aku mesti muka ketakutan. Muka nurul plak muka panik...sama la tu kan?

Gambar bawah ni kami rileks jer sebb x mencabar langsung. Tapi, biasalah ada jer yg suka jerit². Enjoy the game. Seharian disini, aku dan nurul sempat layan 8 game jer.....mana sempat nak layan semua. Itu pun pilih yg mencabar. Setakat mengayuh perahu kat tasik, atau duduk dlm cawan tu memang tak layan lah......hehe ckp besar plak. Sehari tak cukup utk main semua, satu game saja pun dah penat menunggu. Terpaksa beratur panjang...

Hakikatnya....aku memang x suka nak layan game² ni semua. Tak sangka, dlm keazaman dan ketakutan tu akhirnya aku naik jugak menda² ni sumer. Terfikir jugak dlm benakku, kalau terjatuh dan mati adakah akan dikira mati syahid..........?? Ataukah mati katak? Sedangkan dlm suasana berhibur, berseronok, dan bercampur-gaul tanpa batas. Utk kesekian kalinya, aku sekali lagi berazam takkan layan game² ni sumer.............cukuplah sekali. Setakat jln² xper.

Bersih Kemas Teratur

ermm......lega rasanyer dh jual semua bahan kat bilik belakang tue, skang bilik tu dah kemas dan teratur. Barulah sedap mata memandang.

Ni tgh lepak hilangkan penat........... ~ Nampak penat kan? Biasalah jarang wat keja camni. 10 tahun sekali kot........

Nasihat Dan Pengajaran

dari Kisah Luqman Al-Hakim di dalam Al-Quran


1. Menjauhi Syirik

Allah berfirman (maksudnya): “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di ketika beliau memberi pelajaran kepadanya: “Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (mensyirikkan) Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.” (Surah Luqman, 31: 13)

2. Mentaati ibubapa

“Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat kebaikan kepada dua orang ibu-bapanya; di mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang ter-amat, dan menyapihnya (mencerai susu) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat engkau dikembalikan.” (Surah Luqman, 31: 14)


3. Setiap perkara akan diberi balasan walau sekecil mana perbuatan itu

“(Luqman berkata): “Wahai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui”.” (Qs. Luqman, 31: 16)

4. Mendirikan solat dan mencegah mugkar serta bersabar

“(Luqman berkata) “Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang diwajibkan (oleh Allah).” (Surah Luqman, 31: 17)



5. Jangan bersikap sombong dan angkuh

“(Luqman berkata) “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Surah Luqman, 31: 18)


6. Bersederhana dan berjalan di atas dunia dengan tawadhuk

“Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan serta lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.” (Surah Luqman, 31: 19)

Cara Sembunyikan Password

Agak² kalau taknak org tau password atau aktiviti kita, bleh la guna cara dibawah ini. Terutamanya ditempat awam seperti bank & sebagainya........Nak save budget boleh buat sendiri benda ni dari guni. Pastikan guni yg berbulu tue...............bukan guni plastik. ~miang tanggung sendiri :)









June 21, 2011

Penat Tapi Puas Hati

Penatnyerr............baru lepas mengemas bilik belakang (Scanning room) dgn nurul. Byk benda kami nak jual...buat duit la tu. Tapi bukan utk kami, utk library. Jual newspaper, cd, cassete, video, confrence report, newspaper, articles. newsletter, dan sebagainya......pasni barula cun sikit bilik tu. Kalau tak rimas btol rasa walaupun kami tak duduk disitu. Bilik tu jarang kami gunakan,bila aku n nani ada nak scan apa² bahan atau nak cari kotak n stationery jer.

Aku dah call uncle tempat jual bahan² ni, Insyaallah besok sambung lagi keja kami yg belum selesai tu n suruh dia ambil semua menda² yg menyemak tu.

Ni aku tgh rehatkan badan, otak, n minda..... :)

June 20, 2011

Bersih Untuk Bersih

Waahhh....no wonder la B eNd sgt takot dan gentar dgn Perhimpunan Bersih rakyat yg akan diadakan pd 9 July nanti sebb ramai yg telah dtg berhimpun pd tahun 2007 dulu. Insyaallah 2011 ni lebih ramai menyertai. Aku cuma menyokong dr belakang jer. Org size kecik cam aku ni kang lemas plak dok bersesak reramai camni............... :) ~ teringat kata kwn aku yg pegi sejuta belia di Putrajaya baru² ni, jgn kata sejuta.....10 ribu pun tak sampai. Itupun nk tgk konsert...time siang budak skolah jer yg ramai main mcm² acara (tringat masa skolah dulu kena paksa join aktiviti :) ........kesian.









Aku pun pelik, kat tempat keja aku nie dalam 20 org staff tu, cuma sorang atau dua org jer yg sokong umno, yg lain² semua PAS dan PKR....tapi bila pilihanraya tetap kalah?! musykil....
kat opis kakak aku dulu pun sama...majoriti adalah penyokong PR...tapi time PRU tetap umno & BN yg menang. Ajaib. Memang wajar perhimpunan bersih ini diadakan supaya SPR lebih telus dan bersih.

Mengantuk



Dah kenyang lepas lunch ni mengantuk la pulak......... :( Haruslah bersabar tahan rasa mengantuk ini ~ ^_^ ZZzzz
Apa tgk²....? x penah rasa ngantuk ke?


Tidur jerla memana pon

Janji ilang ngantuk

Erkk...sini pun boleh Zzz..

Madu Lebah dan Jerawat

OK.......aku pun x pasti nk katakan apa yg tumbuh di wajahku dulu sebagai jerawat atau sebagai bapak jerawat. Kerana besar dan siap ada yg menasihati aku supaya jumpa pakar. Tapi aku malas.......sebb aku yakin, itu cuma alahan makan jer. Atau bleh jadi jugak resdung? Sebb ketika terasa ulat merayap-rayap itu aku yakin...yg melepak diwajahku ini bukan jerawat biasa. TAPI buah hatiku ckp....aku salah guna produk. Haha...apa² jerla. Kakakku pula ckp aku gatal tangan usik muka. Adik aku plak ckp '..kan dah kena..' kalah ngan muka dia yg ada jerawat remaja tu...at least dia masih skolah...

Skang alhamdulillah...jerawat ku itu sudah pulih. Seperti yg aku janjikan, aku nk sharekan apa yg aku pakai utk menyembuhkan bapak jerawat itu? Kalau nk tahu...selepas penat dan kecewa dgn tomato, kayu-manis, Oxy dan seangkatan dgnnya (mereka x besalah, cuma mereka x sesuwai dgn kulitku) aku pun mengambil keputusan pakai econazine. Seperti lam gambar itu. Tapi, krim ni kan racun dan bukan utk muka jer. Utk gatal² kat seluruh bahagian tubuh. So, hari² sental racun...lelama jerawat ku tetap x sembuh sepenuhnya, dahla tu gatal dan pedih jugak bila selalu pakai. Isskk...nama pun racun. LALU aku mengambil keputusan pakai madu lebah asli plak. Seperti lam gambar itu. Hasilnya, memuskan hati. Dgn izin Allah jerawatku kecut dan kecut....paling penting ketika pakai madu, muka aku tak gatal dan x pedih ketika mencucinya. Namapun madu kan....mestilah x menyakitkan mcm racun. Kulit aku pun lebih lembut dan licin selepas mengamalkan madu asli nie.

Madu HPA ni kat kedai HPA byk. Harga RM24, nak murah sikit jadila member. Aku jadi member sebb selalu beli madu jer.....nk murah. Hari² pakai madu kat muka, malah mlm aku bawak tidur sebb aku tak tahan gatal......lagi plak aku terbaca yg madu lebah ni mampu membunuh bakteria. Dan mengandungi antibiotic. So, aku pun confident utk tepek kat muka aku. Lagipun madu lebah kan sunah Rasulullah SAW yg tercinta, tapi Rasulullah suruh minum, aku minum juga......sangat baik untuk kesihatan.

Jadi....kpd sesiapa yg ada masalah jerawat, blehla mencuba petua yg aku buat ni...manalah tahu kot² berkesan. Kalau ikut petua yg aku memandai buat nie...pakai madu lebah asli tanpa campur apa². Sebb aku malas nak campur. Abah n mak aku ckp elok lau campur limau nipis utk gatal² tu.....tp aku agak malas nak cuba.........heheh.

Satu lagi....abah aku ckp madu yg aku suka minum & pakai ni x sama cam madu yg dia beli kat luar. Memang btol tu.....yg abah aku beli lagi asli cuz bukan dari kilang cam aku. Mana² madu pun boleh asalkan madu yg terjamin keasliannya. Tapi anda kenalah bersabar dan tahan melekit tu.............maklumlah benda manis cam madu ni memang sgt-sgt melekit.

June 17, 2011

Mencintai Insan yg Telah Pergi

Aku pernah post video bertajuk 'Awan Lindungi Pesawat'. Video tentang seorg ulamak yg diiringi berpuluh ribuan manusia ketika pemergiannya, dan pilot yg membawanya memeluk Islam selepas menghantar jenazahnya. Inilah orangnya ketika muda beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memberkati segala perjuangan beliau dlm menegakkan Islam di Malaysia.......didunia & juga diakhirat kelak.



Dulu..aku pun tak kenal dan x ambil peduli sgt siapakah Ust. Fadhil Noor. Yg aku kenal cuma Mahathir. Tapi setelah mengenali dunia luar dan byk membaca & mendengar barulah aku kenal siapakah insan ini.

June 09, 2011

Isteri Macam pelacur

Isteri² disarankan agar melayan suami seperti pelacur kelas pertama? Naik tersentap membaca artikel tentang Dr. Rohaya iaitu naib presiden Kelab Isteri Taat memberikan saranan kpd para isteri.

Ohhh.......haruskah disamakn dgn layanan pelacur serendah itu agar suami tidak makan luar, beperangai elok, tidak curang, tidak menipu, dan tidak khianat? Apakah layanan seperti PELACUR itu akan menyelesaikan masalah?

"Pelacur" itu sendiri membawa maksud yg keji. Malah perbuatan melacur itu dilaknat disisi Allah. Bagaimana utk mencontohi pelacur?

Pelacur kelas pertama? Kedua? Ketiga? Hanya mereka yg terlibat memberikan kelas-kelas tertentu. Hakikatnya pelacur/perempuan simpanan/ kekasih gelap/ penzina semua sama, melakukan perbuatan yg salah. Tiada istilah pelacur/penzina yg lebih baik. Kecuali bertaubat.

Alangkah cantiknya kalau Dr.Rohaya menyarankan agar para isteri melayan suami sebagaimana yg dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu contohnya seperti, Siti Khadijah, Siti AisyahAsiah dan mana² saja wanita solehah yg memberikan layanan TERBAIK kpd suami² mereka dahulu. Itulah contoh yg terbaik dan termulia. Bukannya pelacur.

Perbandingan isteri solehah dgn pelacur / penzina umpama buah epal yg elok dan buruk ini. Jadi,
layakkah epal buruk ini dijadikan contoh? Tidak.

Lagipun, layanan yg baik terhadap suami bukan hanya ditempat tidur, tapi merangkumi semua. Kalau terbaik ditempat tidur pun tapi suka menengking, memaki-hamun dan melawan suami, adakah suami tahan dgn sikap itu? Kemudian pemalas dan pengotor, rambut dan muka pun berserabai ketika dirumah. Bau pun masam. Anak-anak pulak berhingus dan comot terbiar.

Bukankah itu juga menjadi punca suami mencari hiburan diluar bagi melepaskan tension dan bosan?? Jadi, adakah layanan diranjang tadi mampu menghalang dan memagar suami dari mencari hiburan diluar? Jawapannya, tidak. Tidak cukup hanya layanan ditempat tidur.

Hakikatnya kita tahu pelacur cuma menyediakan perkhidmatan zina semata². Ada ke memasak? Mengemas rumah? Menjaga rumah? Mengurus hal-ehwal suami isteri segenapnya? Jadi, layakkah mereka itu pengamal zina dijadikan contoh perkara kebaikkan? Tidak sama sekali.

Seharusnya bukan hanya diranjang yg menjadi persoalan, tapi segenap ruang. Akhlak kita sendiri. Cara berkomunikasi, cara mengurus dan menjaga rumah-tangga, kalau nak dihuraikan terlalu luas. Sebab itulah hanya wanita solehah yg layak dijadikan contoh. Dan kita telahpun ada contoh tersebut, iaitu isteri-isteri nabi, isteri alim-ulama, dan wanita-wanita solehah yg taat dan patuh pd perintah Allah. Kita juga Insyaallah mampu menjadi isteri yg terbaik seperti mereka. Insyaallah.


Kesimpulannya, makan-minum kena jaga sebaik mungkin. Rumah haruslah kemas, jangan dibiarkan bersepah seperti sarang tikus mondok. Penampilan diri pula pastikan sentiasa rapi dan cantik dimata suami. Bertutur pun kena lemah-lembut dan baik.

Akhlak mesti dijaga kerana itulah sumber segala penyelesaian permasalahan. Pokok-pangkalnya mestilah kembali kpd agama. Banyak lagi contoh yg baik, tidak perlu pelacur yg dijadikan contoh.

June 07, 2011

Bakteria Escherichia Coli

Inila paras rupa bakteria E Coli yg dikaitkn dlm keracunan makanan. Gambar² microscop ni biasalah dicantikkn oleh 3d dan warna-warni. Setakat ni telah mengorbankan lebih 20 org mangsa di Jerman dan lebih 2000 jatuh sakit akibat bakteria ini. Dipercayai berpunca dari timun organik dan berita tv semlm turut melaporkan taugeh adalah salah-satu punca wabak bakteria ini. "last² xder sayur pun boleh makan." Kirannya kerajaan Jerman ketika ini terpaksa berjaga-jaga demi mengawal masalah ini dari terus merebak.