July 30, 2011

Misteri : Ilmu Santau.......!

Walaupun zaman kita modern dan boleh dipanggil zaman cyber, TAPI masih ramai yg percayakan bomoh serta mengamalkan ilmu² hitam. Kenapa ilmu ni dipanggil Ilmu Hitam? Kenapa tak dipanggil ilmu merah atau hijau? Sebb Hitam ni biasanya dikaitkan dengan kejahatan, memuja syaitan atau jin. Tapi bukan Jins Shamsudin. Dia tak kena-mengena dgn jin yg aku sebutkan nie......tapi, kalau pembaca nak panggil ilmu color lain pun boleh. Suka hati jer. Asalkan maksudnyer sama.

Aku sentuh topik ilmu hitam atau ilmu sihir ni sebb disekeliling aku pun masih ramai org yg taksub atau sukakan bomoh...sikit² bomoh. Tapi, aku belum pernah jumpa org yg menghantar ilmu santau kpd org lain. Harap² tak jumpa manusia seperti itu....dan minta dijauhkan. Ilmu Santau adalah salah satu ilmu hitam yg masih diamalkan sampai sekarang. Salah seorg yg pernah kena santau ialah Ustaz Kazim. Sekiranya ada pembaca yg mengamalkan ilmu hitam, seperti tangkal, pengasih, pendinding, santau, dan mcm² ilmu hitam lagi....hentikanlah perbuatan tersebut dan kembalilah kepangkal jalan sebelum terlambat. Tidak akan cium bau syurga, apatah lagi utk memasukinya bagi mereka yg mengamalkan sihir........walaupun cuma sekadar ilmu pengasih atau ilmu penunduk utk menundukkan suami atau isteri. Nasihat aku, kita doa pada Allah SWT sudah.............tak payah nak ilmu hitam ke, ilmu jingga ke, ilmu biru ke...........tu semua keja syaitan. Ilmu sains atau ilmu matematik takper. (Gambar hanya hiasan)

Note: nak tau lebih lanjut tentang ilmu santau baca kat sini.

Rumah Pelik Tapi Benar

BOSAN dengan bentuk rumah teres atau apartment yg sama?? Apakata, sesekali ubah citarasa anda kpd bentuk yg ganjil mcm kat bawah ni. Tapi pastikan mendapat persetujuan suami atau isteri anda dulu.....nanti x pasal² ada yg failkan penceraian sebb x puas hati dgn design rumah......aku tak bertangungjawab yer. Satu lagi, pastikan beli tanah dulu baru boleh bina rumah mcm dorang nie. Kalau tak, lupakan jer. Beli rumah yg dah siap sudah.......x payah pening² pkkan design rumah pelik........







July 28, 2011

Aneh: Wanita Leher Zirafah

Biasa orang ckp 'leher jinjang'...........tapi ni Leher Zirafah plak. Tak pasti bagaimana leher mereka ni boleh memanjang? Dari kecil lagi mereka dah mengenakan Neck Ring. Wanita² ni dari negara Myanmar, Laos dan Thailand. Mereka dikenali sebagai Kaum Padaung.

Kalau berminat nak leher panjang mcm dorang ni, boleh try google Apakah rahsia utk mendapatkan leher panjang mcm zirafah. Sebenarnya tiada apa yg perlu dihairankan cuz terlalu byk benda aneh dlm dunia ni...cuma kita jer tak sempat dan x mampu nak menerokai semua keajaiban dan keanehan yg Allah jadikan dimuka-bumi ini.
Gambar atas: Zirafah sedang posing...."ada gak org minat leher aku"










July 26, 2011

Jual Muka, Takder Maruah

Tu bukan ayat aku, tp ayat ustaz azhar. Peringatan utk wanita² yg mengaku beriman kpd Allah SWT. 'Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah Wanita Solehah.'

Kopi Tahi Musang - Highclass!

Gambar² dibawah adalah gambar kopi dan musang yg najisnya sangat berharga kepada pembuat Kopi Luwak. Najis musang ini terdiri dari biji kopi yg tidak hancur (seperti dlm gambar) yg akan dibersihkan dan diproses menjadi kopi. Kopi Luwak ni mahal, secawan pun berpuluh/ratus ringgit...........tak berangan aku nak minum kopi tahi musang ni sampai beratus ringgit. Ni untuk orang² kaya macam carlos slim helu. Aku minum kopi murah 3-4 hinggit sepakej sudah. Pernah aku terbaca, sepakej kecil kopi ni pun mencecah RM300. Tapi berapa gram, aku tak ingat.

Aku tengok kat TV.......Majlis Ulama Indonesia telah mengeluarkan fatwa yg kopi luwak ni halal, kiranya rakyat Indonesia memang minum. Manakala negara kita Malaysia pula masih dalam peringkat perbincangan walaupun wakil jabatan agama Islam kita telah melawat ke Indonesia dan melihat sendiri bagaimana proses pembuatan kopi tersebut.




 





So, apa macam? Tak teringin ke nak cuba? Kalau banyak duit bolehlah minum kopi ni. Jangan terlompat² comel macam musang lepas minum sudahh. Ingat kan tahi minyak jer boleh makan.....tahi musang ni pun boleh.........TAPI hanya selepas proses yg benar² terjamin bersih.

July 23, 2011

Detik Yg Mengerikan

Siti Aisyah menangis teresak-esak apabila mengingati neraka, dan bertanya kpd Rasulullah, apakah baginda akan mengingatinya diakhirat kelak ataupun melupakannya? Lalu baginda Rasulullah SAW menjawab:

3 Keadaan
di akhirat kelak, dimana manusia disibukkan oleh urusan sendiri dan tidak mampu mengingati sesiapa pun sekalipun suami, isteri, anak², ibu-bapa, keluarga mahupun sahabat handai sendiri.

Pertama: Ketika amalan dtimbang Al-Mizan, iaitu dacing Allah untuk melihat segala amalan kita yg manakah lebih berat, amalan baik ataukah amalan jahat. Amalan kita walaupun sebesar zarah akan ditimbang dan dinilai. Solat, puasa, akhlak mulia, penipuan, kezaliman, pengkhianatan, perbuatan, perkataan, hati yg bersih atau kotor, nafsu jahat atau apa pun juga perkara semuanya akan diambil kira utk ditimbang.

Kedua: Ketika malaikat membawa Kitab Amalan untuk diserahkan kpd kita. Berbahagialah jika kita menerima kitab tersebut melalui sebelah tangan kanan. Jika sebelah tangan kiri, menangis sesal, merana, dan celakalah kita. Tangan kanan itu adalah tanda bahawa kita selamat dan bakal memasuki syurga Allah. Manakala tangan kiri pula akan diheret ke neraka.

Ketiga: Ketika Melalui Titian-Sirat - Sebagaimana yg selalu disebut titian ini lebih kecil dari belahan rambut. Jika jatuh kebawah memakan masa 500 tahun (masa akhirat) untuk sampai ke jurang atau lembah neraka yg dlm tersebut. Besi-besi tajam yg byk tercacak menunggu untuk mengazab daging manusia ketika jatuh sebelum sampai kedasarnya. Hanya ahli syurga yg berjaya melalui titian ini. Beruntunglah jika kita selamat melalui titian ini. Dan rugilah mereka yg gagal.

Ya Allah Selamatkanlah kami hamba²Mu didunia dan diakhirat kelak....amin yarabbal alamin.
Note: Petikan ini kuambil dari ceramah Alam Masyar oleh Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat. - Gambar Hanya Hiasan

Jejak Rasul: Hafal Al-Quran

Siapakah lelaki dlm gambar ini?? Beliau adalah merupakan Tuan Sheikh Saad Ibn Said Al Ghamidi. Lahir pada 19th May 1968........(sehari sebelum birthday abah aku...:) di bandar Damman, Arab Saudi. Mempunyai 3 orang anak.

Kalau org terkaya atau artis terkenal kita ingat (kita=aku la tue) dan tahu serba-sedikit latar belakang mereka, apa salahnyer kita ambil tahu sekali tokoh² Islam dulu dan kini yg byk menyumbang jasa kpd Islam...............btol x? btol³...jwb upin dan ipin.

Apa yg istimewa dan menarik tentang lelaki ini? Kalau pembaca suka mendengar al-quran online, mp3....atau Cd² dipasaran, tentu perasan dan biasa nampak nama lelaki ini. Cuz nama dia cukup sinonim dgn bacaan al-Quran. Tak dinafikan, bacaannya seperti juga qari yg lain sedap dan merdu didengar, menusuk kedlm jiwa. Itulah kelebihan yg dianugerah Allah kpd mereka....

Selain Hafiz keseluruhan Al-Quran, Tuan Sheikh Saad Ibn Said Al Ghamidi ini jugak adalah imam di Masjid Kanoo (dlm gambar). Sebelum itu pernah menjadi imam di Austria, UK dan US. Mempunyai kelulusan di bidang Usuluddin di sebuah university. Nampaknya, dia bukan calang² org. Tinggi ilmu & pengetahuan mengenai agama. Yerlah, orang awam seperti kita tak ramai yg memahami ilmu usuluddin berbanding ilmu Fiqah. Semoga Allah memberkati jasa dan pengorbanan mereka utk agama Islam, Insyaallah. Insan seperti merekalah yg layak dijadikan contoh dan ikutan..................



July 22, 2011

Lelaki Terkaya Dunia

Siapakah? Menurut majalah Forbes lelaki paling kaya didunia utk tahun 2011 ini adalah Carlos Slim Helu & family. Kadang² ranking kedua. Tak kisahla ranking number berapa pun, yg penting kaya. Beliau tinggal di Mexico mempunyai aset bernilai $74 B. Semestinya bukan dlm Ringgit Malaysia. Chairman dan CEO kpd beberapa buah syarikat. Berusia 71 tahun, dan duda anak 6. Kalau nak masuk line bleh la try...! Tp cadangan ini hanya utk wanita non-muslim shj. Lelaki kedua terkaya pula siapa lagi kalau bukan Bill Gates iaitu author & chairman Microsoft yg kita guna..........Manakala lelaki ke 3, ke 4, dan seterusnya terkaya aku malas nak senaraikan. Inilah yg dikatakan berblog ikut mood :) Jom tengok aset, dan harta kekayaan abg...eh abg plak, pakcik carlos slim helu.....Tua dari abah aku tu...




Gambar² diatas adalah antara aset² yg dimiliki oleh beliau seperti kapal mewah, kereta, pejabat, dan mansion. Sesungguhnya Allah SWT memang Maha Pemurah. Siapapun diberikan nikmat didunia yg fana ini walaupun tidak beriman. Namun sifat Maha Penyayang yg akan menyelamatkan kita didunia dan di akhirat kelak dari azab api neraka hanyalah diberikan kpd hamba²Nya yg soleh, beriman dan bertakwa.............

July 21, 2011

Aneh: Bibir Seksi Atau Seksa?

Jom layan email yg baru aku terima dari Mr.Gaban.

Dia dah tukarkan monitor pc opis aku kepada yang baru dan lebih cun. Tapi aku bukan nak cerita pasal monitor baru, aku nak share apa yg aku terima dalam email tersebut dengan pembaca.

AWAS: Ibu mengandung digalakkan supaya Jangan tengok.....kalau nak tengok sila tengok awek² atau lelaki arab atau middle east yang cantik dan handsome, supaya dapat anak cute dan comel.  Insyaallah.

Di bawah ni adalah gambar² kaum etnik Mursi Lip Plates yg tinggal di Ethiopia, Africa. Di tambah sikit dengan beberapa gambar dari google yang aku rasakan 'glamour'.



















Hanya mereka yg tahu menilai bibir siapakah diantara mereka yg lebih cantik dan menarik!