July 23, 2011

Detik Yg Mengerikan

Siti Aisyah menangis teresak-esak apabila mengingati neraka, dan bertanya kpd Rasulullah, apakah baginda akan mengingatinya diakhirat kelak ataupun melupakannya? Lalu baginda Rasulullah SAW menjawab:

3 Keadaan
di akhirat kelak, dimana manusia disibukkan oleh urusan sendiri dan tidak mampu mengingati sesiapa pun sekalipun suami, isteri, anak², ibu-bapa, keluarga mahupun sahabat handai sendiri.

Pertama: Ketika amalan dtimbang Al-Mizan, iaitu dacing Allah untuk melihat segala amalan kita yg manakah lebih berat, amalan baik ataukah amalan jahat. Amalan kita walaupun sebesar zarah akan ditimbang dan dinilai. Solat, puasa, akhlak mulia, penipuan, kezaliman, pengkhianatan, perbuatan, perkataan, hati yg bersih atau kotor, nafsu jahat atau apa pun juga perkara semuanya akan diambil kira utk ditimbang.

Kedua: Ketika malaikat membawa Kitab Amalan untuk diserahkan kpd kita. Berbahagialah jika kita menerima kitab tersebut melalui sebelah tangan kanan. Jika sebelah tangan kiri, menangis sesal, merana, dan celakalah kita. Tangan kanan itu adalah tanda bahawa kita selamat dan bakal memasuki syurga Allah. Manakala tangan kiri pula akan diheret ke neraka.

Ketiga: Ketika Melalui Titian-Sirat - Sebagaimana yg selalu disebut titian ini lebih kecil dari belahan rambut. Jika jatuh kebawah memakan masa 500 tahun (masa akhirat) untuk sampai ke jurang atau lembah neraka yg dlm tersebut. Besi-besi tajam yg byk tercacak menunggu untuk mengazab daging manusia ketika jatuh sebelum sampai kedasarnya. Hanya ahli syurga yg berjaya melalui titian ini. Beruntunglah jika kita selamat melalui titian ini. Dan rugilah mereka yg gagal.

Ya Allah Selamatkanlah kami hamba²Mu didunia dan diakhirat kelak....amin yarabbal alamin.
Note: Petikan ini kuambil dari ceramah Alam Masyar oleh Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat. - Gambar Hanya Hiasan

2 comments:

Anonymous said...

tiba2 terasa byknye la dosa....ya allah.....

Suzi said...

smoga Allah mengampuni dosa² kita...amin.