July 26, 2011

Kopi Tahi Musang - Highclass!

Gambar² dibawah adalah gambar kopi dan musang yg najisnya sangat berharga kepada pembuat Kopi Luwak. Najis musang ini terdiri dari biji kopi yg tidak hancur (seperti dlm gambar) yg akan dibersihkan dan diproses menjadi kopi. Kopi Luwak ni mahal, secawan pun berpuluh/ratus ringgit...........tak berangan aku nak minum kopi tahi musang ni sampai beratus ringgit. Ni untuk orang² kaya macam carlos slim helu. Aku minum kopi murah 3-4 hinggit sepakej sudah. Pernah aku terbaca, sepakej kecil kopi ni pun mencecah RM300. Tapi berapa gram, aku tak ingat.

Aku tengok kat TV.......Majlis Ulama Indonesia telah mengeluarkan fatwa yg kopi luwak ni halal, kiranya rakyat Indonesia memang minum. Manakala negara kita Malaysia pula masih dalam peringkat perbincangan walaupun wakil jabatan agama Islam kita telah melawat ke Indonesia dan melihat sendiri bagaimana proses pembuatan kopi tersebut.




 





So, apa macam? Tak teringin ke nak cuba? Kalau banyak duit bolehlah minum kopi ni. Jangan terlompat² comel macam musang lepas minum sudahh. Ingat kan tahi minyak jer boleh makan.....tahi musang ni pun boleh.........TAPI hanya selepas proses yg benar² terjamin bersih.

No comments: