August 31, 2011

Raya Sendirian Lagi....

Penatnyerr......dua hari raya nie aku byk berjln sana-sini. Dah nama pun raya, mestilah berjln raya..........wpun sunyi & kesepian kerana masih bsendirian (ecehh..ayat syahdu konon) tp dikelilingi insan2 yg syg aku dan paling penting x pernah lupakan aku walau dimana mereka berada, alhamdulillah.

Aku balik ke Merapoh hari Ahad, dua hari sebelum raya. Petang tadi aku bertolak dari Merapoh ke jengka then singgah Padang Tengku rumah makcik aku. Sampai rumah mlm sebb singgah Jerantut jugak. Pagi tadi aku jln2 di Gua Musang, rumah sedara-mara isteri pakcik & makcik aku. Semlm x jln jauh2, dlm merapoh jer. Kesimpulannya, memang penat tapi seronok.

Mata mengantuk, lapar dan penattt.........got to sleep :) Makan? Tunggu adik pempuan aku tgk tv jap.....pas dia ngadap tv baru makan sama2...(mcm best sgt citer tv tue :p)

August 27, 2011

Cuti - Balik Kampung.........!

Semlm aku berbuka sorang², ptg ni pun sama la...aku malas nak terkejar² balikPhg ptg ni..so, mungkin lepas berbuka ataupun pagi besok jer. Kalau lepas berbuka mlm ni, aku balik jengka dulu.........xderla jauh sgt, cuma 2-3jam jer Kalau balik Merapoh..4-5 jam...takot gak aku sorang². Per pun aku belum buat keputusan lagi. Kalau besok, terus ke Merapoh jer. Dan Insyaallah, aku cuti sampai Ahad depan. MMU cuti selama seminggu.

Sebenarnyer, baru jer hari Rabu lepas (24 Aug) aku balik naik bas dari jengka ke KL....syok... dah hampir 10 tahun aku x naik bas balik Phg.....itupun sebb aku tumpang kakak aku masa dia kebetulan dtg sini hari Sabtu dan Ahad...aku apply cuti ikut dia balik jengka. Balik sini aku ambil bas. Adik aku ckp "Itulah org yg tak melalui keseronokkkan zaman remaja, skang baru sibuk nak merasa naik bas." Haha. Statement tue keluar bila aku ajak wife dia balik sama² dgn aku naik bas bebila nanti. Jimat pun jimat. Sehala Bas+LRT+Teksi = baru RM30.40. Memanglah sgt jimat.

OKLAH.....Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya kpd semua pembaca yg bercuti. May Allah bless us..... :))

Baju Kurung Saya...

Apa yg istimewa sgt baju nie? Sebenarnyer....ini adalah baju kurung pertama aku jahit sendiri tanpa bantuan sesiapa. Baju kurung sebelum ni, adalah dgn bantuan dan tunjuk-ajar sifu dan mak aku. Kiranyer yg ni adalah experiment sendiri. Nak uji aku dah pandai buat baju kurung atau belum. Akhirnyer, siap gak baju aku nie....curi² jahit pas balik keja. Color baju aku ni agak blur dlm gambar. Patutnyer warna terang dan cantik (perasan pulokk), tapi kabur dek kerana camera hset aku yg sgt canggih tue. V3i Motorola katakan. Jgn tak tau.....dah 5-6tahun pakai....inilah hasilnyer bila ambil gambar. Nak gambar lawa beli camera or hset yg mahal la................!
Tengoklah jahitan manik tue....mcm semut beratur kan? Yer...ni namanyer jahitan manik semut beratur atau jahitan manik hentam sendiri. Tapi cute jer kan? Haha. Sah² juri profesional manik akan ckp "Manik u jahit nie masih byk yg perlu diperbaiki, picthing lari." Eh, jahit manik pun ada pitching gak ke?? Tak kisahlah, yg penting ni adalah usaha pertama aku.....masa belajar menjahit hari tu dah ada kwn² ckp nak hantar tempah baju kurung dgn aku......TAPI sejujurnyer, aku belum boleh menerima sebarang tempahan kecuali utk diri sendiri dan keluarga, cuz aku blum expert.

Kpd kaum wanita diluar sana, yg sepesen dgn aku...malas menjahit dan tak minat menjahit, aku just nak share pengalaman dan info sikit. Aku belajar menjahit nie sebb aku tak puas hati bayar harga tempahan........mahal. Tak berbaloi. Dah tu plak baju kurung ready made yg jual kat shopping complex pun mahal...kain murah, tapi jual sampai RM50-RM60 sepasang. Harga yg x sampai RM100 pun jual lebih RM150 sepasang. Tu yg buat aku nekad utk pandai menjahit....akhirnya pd bulan April lepas aku belajar ngan sorang isteri lect kat MMU ni sikit demi sedikit. Selama sebulan. Kelas cuma baper jam seminggu. Aku bayar kat dia RM170. Dan..aku adalah satu²nya murid dia...kakak ni mana ada class menjahit pun, aku sendiri memandai col dia n ckp nak belajar.............
Aku tgk kat online byk tukang jahit offer class menjahit dlm RM300-400, dpt sijil sekali. Kelas dua hari berturut². Tp aku x bminat....sebb aku nak kemahiran bukan sijil. Setakat belajar sehari-dua then duit hangus tapi kemahiran xder, lebih baik aku cari sifu yg memang boleh ajar aku sampai mahir.......Alhamdulillah, kakak tu pun dah ajar aku. So, lepas ni kalau aku nak sijil bolehlah pegi kelas menjahit bersijil tue, at least dah ada basic. Kalau dorang mengajar reramai then aku x nampak sebab bersesak², at least aku dah dpt bayangkan aper benda yg cikgu tu ckp.................. :)

Oh yer, aku tau serba-sedikit pasal harga kain tue sebb aku pernah jual kain pasang beberapa tahun lepas. Kami ambil stok kat Jln Masjid India KL.........tapi skang dah malas nak jual. Ramai suka hutang tu yg boring biz.

Konspirasi Yahudi Dajjal

Lihatlah bagaimana Freemason menghancurkan umat manusia secara halus. Hentikanlah mengagungkan barat. Tidakkah kita sedar bahawa kita sudah lama dijajah? Pakaian menjolok mata di khalayak ramai, cara hidup sosial tanpa segan-silu dan sopan-santun, perbuatan, pergaulan, banyak dipengaruhi anasir yg menyesat dan menjauhkan lagi kita dari agama. Adakah kita rela membiarkan diri terus dijajah dan dicengkam oleh mereka? Smoga kita sama² kembali kpd Al-Quran dan Hadis.



Sila layari web Ibnu Yaakob salah satu blog yg membongkar rahsia mengenai konspirasi dajjal, yahudi dan freemason. ~ Sebenarnyer konspirasi dajjal dan freemason nie dah lama diketahui umum, Majalah Mastika pun pernah menulis secara detail mengenai Freemason. Bagi aku, yg baik kita jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan. Anggap saja apa yg kita tgk dan baca ni sebagai satu ilmu pengetahuan..kalau tak kena dgn pendapat atau fikiran kita, ignore jer. Simple kan?

Note: Blog Ibnu yaakob baru saja ditutup beberapa hari lepas. Sebenarnya byk lagi blog konspirasi dajjal, kalau rajin pembaca boleh google sendiri.

Lady Gaga - Mesej Syaitan?

Mungkin ada yg tak tahu siapakah Lady Gaga?....Gaga yer, bukan Gagak. Gagak tu burung. Tapi nak panggil dia burung gagak pun boleh, sikit lebih kurang jer bunyi. Beliau ni penyanyi barat yg mempunyai imej dan aksi yg sgt pelik, serta sgt diminati ramai terutama golongan remaja. Malah artis Msia pun ada gak yg cuba tiru imej Lady Gaga ni, jengkel btol kelihatan. Aku tak peduli berapa juta pun peminat dia...yg pasti video² kat bawah ni boleh menceritakan sedikit mengenai diri si Lady Gaga. Kpd yg menjadikan wanita ini sebagai artis pujaan mahupun idola, lepas ni bolehlah menilai kembali apakah beliau layak dijadikan pujaan dan idola?

'Evil Save us...we model it on the arts of Lucifer.....??' Memanglah pmuja syaitan prempuan nie.

**Video Bad Romance telah di deleted
Bad Romance adalah antara lagu yg pernah aku burn n selalu dengar dlm keta. Tak dinafikan masa lagu ni baru keluar dulu aku mcm addict..sikit² nak play. Sekarang pun sesekali masih teringin nak dengar, sib baik tak ingat dlm cd yg mana satu...so, malas nak cari. Jadi niat nak dengar pun cancel...tp ni bukan masalah Lady Gaga sgt,TAPI masalah aku sendiri yg memang mudah ketagih ngan aper² yg aku suka..........heheh :p

August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri....!

Selamat Hari Raya kpd semua teman² khususnyer pembaca Milokaw yg beragama Islam. Kpd mereka yg memandu balik kg, pandulah dgn berhati² (pringatan utk diri sendiri gak), kpd yg dah berada di kg, jgn main mercun byk²...main sikit² xper. Per² hal tanggung sendiri.

Card Raya youtube diatas ni special sebb dilukis oleh Amin, ex-MMU student, salah sorang teman/kenalan aku.......bersama company nyer. So, tak payah hantar kad bersetem bagai, upload dlm blog camnie sudah....jimat pun jimat. Zaman cyber la katakan. ~ Lawak btoi suara penyanyi video ni....he³


OK, yg diatas ni plak lagu Sudirman - Balik Kampung......enjoy the song...! Tapi besok aku masih keja..... :( Pas keja baru bleh cauuu....sob...sob. Jgn sedih. Ptg ni pun silap² berbuka sorang² cuz adik aku ckp nak balik Phg ptg nie......Waaarghh..aku sorang² la ari ni n besok............. :(

Sepi Seorang Perindu....




August 25, 2011

Hidangan Mama Gajah

Yummy......sedapnyerrr......!! ~Kalau nak gemok mcm mama gajah haruslah aku makan byk² nescaya akan gemuks :)) "Jgn cari lain plak yer darling kalau I gemok." Skrip makwe kpd pakwenyer. Orait, Menu kat bawah ni semuanya nampak sgt sedap......kecur air liur dibuatnyer. Tetiba terasa rindu kat nasi lemak di gerai Pak Yeop dlm MMU ni. Memang sedap sgt nasi lemak pakcik n makcik cafe tue. Serious. Tapi bulan puasa ni tutup. Nanti kalau korang pendatang...eh, silap....terdatang ke MMU utk membeli breakfast, bolehla mencuba nasi lemak mereka. Insyaallah, puas hati tip Top. Ni free promotion, Makcik n Pakcik Yeop tak tau pun aku puji nasi lemak dorang.......Ohh, jgn lupa, Nasi Ayam dorang jual time lunch hour pun sedappp...................!


Tiga menu diatas adalah antara makanan kegemaran aku......mana nak cari nie? Kat Bazaar Ramadhan la jawabnyer. Tengoklah, kalau rajin balik ni aku singgah bazaar jap....

Hidup Dalam Kecacatan

Kita selalu merasa kitalah yg paling buruk, dan teruk dlm dunia ini. Jerawat yg sedikit pun sudah cukup buat kita tertekan, masalah yg kecik sudah cukup buat kita merasa seperti dihempap batu yg berat. Kita merasa hidung kita tak mancung, paras-rupa kurang menarik, kulit tak gebu, rambut tak lawa, ukuran badan x sempurna, jari pendek, atau kaki terlebih bulu roma......Namun pernahkah kita memandang mereka yg lebih malang dari kita?? Jgn kata nak fikir bulu roma, kaki dan tangan pun takder? Bentuk badan tidak sempurna dan tidak menarik? Tetapi mengapa mereka lebih berjaya, bahagia dan gembira berbanding kita?



































































Kerana mereka sentiasa bersyukur dgn apa yg ada.....................!

Bau Badan Punca Cerai

Tau tak salah satu punca pasangan bercerai adalah bau badan mcm ikan?? Jgn main².......Tak kisahlah, bau badan mcm ikan ke, mcm beruang ke, mcm tong sampah ke, yg penting bukan saja suami atau isteri tak suka, jiran sebelah rumah kita pun tak suka. Tak caya? Cubalah tanya. Tok ki belakang rumah pun x selera nak duduk dekat masa kat surau. SO......kita semua mesti alert. Tak wangi takper, tapi jgn busuk.............ingat tu! Pening kepala org menahan busuk n masam....ishkkk @#%^

Ramai yg tak perasan bau badannya mengganggu hidung org lain. Bagi mereka, hidung org lain kebal mcm hidung mereka. Tak tahu org dok menahan nafas menahan bau busuk mereka. Ketahuilah bahawa, bukan manusia saja, malah para Malaikat pun akan membenci sesuatu yg menyakiti hati jiran atau org² sekeliling kita. Tak kiralah sama ada bau sampah kat rumah kita ke......bau badan ke....bau mulut kita ke....bau rambut kita ke....jika org yg berada dekat kita merasa sakit hati maka kita akan dilaknat.

Jadi, berhati²lah. Jangan ambil ringan. Termasuklah sampah sarap yg kita buang merata²...pengorek telinga, pencungkil gigi, tisu, plastik gula², hatta kulit rambutan yg kita campak ditengah jalan sekalipun (segala yg menyebabkan org lain sakit hati) termasuklah...meludah tengah jalan atau terbersin mengadap makanan. Semuanya akan dpt saham dan kutukan serta kebencian para malaikat dan Allah SWT. Jadi, sama²lah kita ambil pelajaran. Contohilah kebersihan yg diajar oleh Rasulullah SAW. Bila dah ditinggalkan suami atau isteri sebab tak jaga kebersihan nak salahkan siapa? Sendiri mau ingat............

Nak tau lebih lanjut tentang isu dan punca cerai sila baca kat sini.

August 20, 2011

Masih Ada yg Sayang......

Lagu ni aku tujukan kpd sesiapa saja yg merasa kesunyian, kesepian, atau dlm kesedihan ketika menghadapi apajua kegagalan sama ada dlm percintaan, perkahwinan, persabahatan dan sebagainya. Ingatlah, jika ada insan yg membuat kita terluka mahupun kecewa, diluar sana masih ramai yg menyayangi kita....termasuk ibu-bapa kita. Dan ingatlah Allah SWT akan sentiasa bersama kita. Kasih-sygNya melebihi kasih seorg ibu terhadap anaknya. Kita tak bersendirian. Masih ada yg sayang........

Wpun korang x penah dengar lagu ni (maklumlah lagu lama) tapi buat² jer mcm penah dengar..enjoy the song. Yg penting hiburkan hati yg tgh sedih tu. Angap jer lagu ni utk memotivasikan diri............. Tapi kalau nk terapi yg lebih berkesan, aku syorkan kita sama² mendengar al-Quran, zikir, doa, dan solat mlm...Insyaallah itulah sebaik² penawar.

Hadiah Zina 2

Sebelum ni aku pernah siarkan kisah Marini...(mcm ruangan akhbar plak), Kali ni masih tentang dia.......terbaru dibulan Ramadhan ni aku diberitahu, dia masih lagi menjalinkan hubungan dgn suami org tersebut. Katanyer, dia tak dapat lupakan lelaki tersebut walaupun lelaki tu biasanya cuma datang masa nak dapatkan seks dari Marini. Kata Marini, dia hanya akan dapat melupakan kekasihnya kalau..................ada lelaki lain dlm hidupnya. Jika tidak, selagi itulah dia takkan dpt memutuskan hubungan dgn suami org tu. Bagi Marini dia tak boleh hidup tanpa lelaki. Aku setuju. Tapi ayat yg begini: "Boleh hidup tanpa lelaki jahil dan perosak" seperti suami orang yang merosakkannya itu.

Baru sehari-dua lepas Marini telefon adik aku dan minta rekemenkan dgn lelaki lain. Tak kisahlah siapa asalkan baik dan bertanggungjwb. Duda pun tak mengapa. Kebetulan adik aku memang ada kenal sorang duda nie...kematian isteri, dan memang baik serta btgjwb. Masalahnyer, rekemen tu memang mudah cuma yg menjadi masalah ialah sikap Marini sendiri. Jika Marini tak berubah sepenuhnya, bagaimana dia mampu menjadi isteri kpd seorg lelaki yg baik dan beriman? Jadi, adikku ckp, kalau dia btol serius nak direkemenkn dgn lelaki duda tu, Marini mesti ubah sikap terlebih dulu dan jadi wanita yg lebih baik.

Apa yg menyebabkan Marini tiba² mahu direkemenkn dgn lelaki lain? Semuanya berpunca bila kekasihnya baru jer tipu dia. Marini bagi duit beberapa ratus utk bayar duit rumah sewanya, sebaliknya lelaki tu gunakan duit tersebut utk bayar hutang-piutang dan bil dirumah isterinya pula. Memang sayangkan isteri lelaki tu! (sarcastic) Bila Marini tanya, dia selamba jawab dah dia takder duit nak buat camana? So, dia pakaila. Lagipun duit dia byk dihabiskn utk membiayai pengguguran Maria, siap buat pinjaman lagi sebb tak cukup duit. Alasannya Marini tu takkan tak tahu dirinya mengandung, dah tunggu perut membesar mcm tembikai (tu ayat aku) baru sibuk nak gugurkan kandungan, dah menyusahkan dia dan tak pasal² byk kena keluarkan belanja. Kata² kekasihnyer tulah yg buat Marini kecewa dan terfikir utk beralih kasih pd lelaki lain....

Aku harap, Marini akan buktikan dia memang benar² bertaubat dan tinggalkan lelaki perosak tersebut. Dan mulakan hidup baru. Kisah lama biarkan berlalu. Jika org kafir yg penuh noda-dan dosa apabila saja mengucap dua kalimah syahadah dgn ikhlas memeluk Islam menjadi suci dan bersih, begitu jugalah umat Islam, apabila dgn ikhlas bertaubat dan kembali kpd ajaran Islam kita juga menjadi suci dan bersih disisi Allah.........sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Smoga kisah Maria menjadi pengajaran kpd kita semua. Sekaligus menjadi kekuatan utk kita menjadi hambaNya yg lebih baik dan penuh akhlak mulia....Insyaallah..amin yarabbal ala min.

Note: Gambar yg berbungkus byk itu adalah merupakan 2000 janin bayi yg digugurkan secara haram yg ditemui di kuil di Bangkok Thailand pd akhir tahun lepas 2010.

August 18, 2011

Makam Firaun Tutankhamun

Gambar dibawah adalah merupakan topeng muka, kubur dan keranda yg dimiliki oleh salah seorg firaun di lembah Egypt yg dikenali sebagai Raja Tut atau Tut ankh amun. Makam ini ditemui pada tahun 1922. Seperti yg kita tahu, firaun² memang kaya dan sgt mewah. Banyak objek² dan barangan milik peribadi mereka diperbuat dari emasEmas. Kemegahan, kekayaan, pangkat, dan kemuliaan menyebabkan mereka merasa hebat, lalu berani mengaku diri tuhan. Maha Suci Allah dari segala sesuatu. Betapa angkuhnya manusia yg kaya tanpa iman. Ingatlah! Kekayaan itu milik Allah semuanya. Dan hanya dipinjamkn kpd kita sebelum mati menjemput....so, jgn sombong.

Gambar wajah bawah sekali hanyalah ukiran dan imaginasi berpandukan kisah dan fakta² sejarah milik beliau. Bukan wajah sebenar. Yg hitam legam tu baru muka sebenar. Hensem x?



















August 15, 2011

Menguap Dan Mengantuk

Teruk! Pernahkah anda mengalami sindrom mengantuks yg teramat sgt? Ketika di pejabat? Ketika memandu? Ketika berehat dirumah? Pulang dari menonton wayang atau bersiar²? Atau tak kira waktu?! Iskkk...ni dah kes teruk...(Ini giler tidur namanyer) Nauzubillah..harap tidaklah begitu yer..?! Kalau pernah, ternyata anda adalah salah-seorg penderita penyakit byk tidur seperti yg aku alami.............Tapi belum terlambat utk mencegah dan mengubati!

Tak tahan btol aku menghadapi situasi mengantuk ni..............manakan tidak, dua minggu berturut² aku tak cukup rehat. Minggu lepas balik jengka ptg Jumaat, then balik sini hari Ahad mlm. Isnin dah keja...........! Manakala minggu ni (semlam) aku balik ke Merapoh pada hari Sabtu, dan balik ke sini hari Ahad (semlm) gak......dan hari ni dah keja. Sampai rumah mlm tadi dlm pukul 12.30 mlm camtu. Pepagi kul 4 dah bangun utk bersahur, pukul 7 pagi bersiap utk p keja plak.....wuarrgghhhh. Tersangatlah penat dan mengantuk. Ni belum ada suami dan anak. Kalau ada?? Haa....nak layan suami dan anak lagi, baru tau camana cabaran.

Pun begitu.....wpun penat aku HAPPY. Sebab bertemu insan² tersyg & tercinta cukup utk menghilangkan penat dan letih yg menyelubungi seluruh tubuh....especially mata yg tpaksa menahan mengantuk. Aku benci btol menguap-menguap-menguap mcm kucing x kira tempat. TAPI, mujurlah masih mampu utk dikawal. Tetap boleh buat kija dipejabat mahupun panaskan lauk masa sahur dirumah wpun mengantuk. Nampak sgt aku ni jenis takleh kurang tidur.....cis...tak bagus btol.

Maka, dari itu.........sesiapa yg ada masalah sama cam aku, jenis xleh kurang tidur jomlah kita sama² ubati penyakit ini..kalau ada sebarang aktiviti atau hal, taklah kita asyik menguap dan mengantuk.



Note:
Kakak aku ckp, aku ni kembar tilam. Menurut mak aku plak...masa ngandungkan aku mak aku selalu baring...dan x aktif mcm anak² lain. Errkkk...benarkah begitu?? OH tidakkk.........Aku kena ubah sikap buruk ini..........................!

August 12, 2011

Pelik: Kuil Tikus........

Rat Temple atau lebih dikenali sebagai Karni Mata adalah salah satu kuil Hindu yg terdapat di negara India, dimana terdapat banyak tikus² yg tinggal didlm kuil ni. Selain mendapat tempat tinggal yg selesa, tikus² ni juga diberi minum susu oleh penganut Hindu. Sebab tu montel² dan sihat. Kita memang tak biasa dgn tikus. Sekor tikus pun dah cukup buat kita geli dan satu rumah kecoh, kelam kabut bila nampak walhal tikus tu pun takot kat kita. Siap beli racun dan perangkap...itu baru sekor, kalau ber ekor-ekor mcm mereka ini?? Alamatnyer menjerit histeria la jawabnyer.


























Note: Skema btol ayat² aku diatas......... ^_^

August 10, 2011

Misteri: Gubahan Sewell

Jgn salah faham, bukan gubahan 'sewel' giler tue.....tapi, arca dibawah ini telah digubah oleh seorang artis yg bernama Leo Sewell. Tak baik tau ckp org sewel, gila atau seumpamanyer....Tapi, kalau dah nama dia Sewell, nak buat camana? Panggil jerlah. Asalkan tak niat menghina sudah. Encik Sewell ni telah mencipta lebih 4000 gubahan, yg dihasilkan dari sampah, barang lama, plastik, logam dan juga barang² peribadi yg bersifat sentimental....tapi bukan bantal busuk. Tu x sesuai pulak nak dijadikan gubahan.......