August 27, 2011

Baju Kurung Saya...

Apa yg istimewa sgt baju nie? Sebenarnyer....ini adalah baju kurung pertama aku jahit sendiri tanpa bantuan sesiapa. Baju kurung sebelum ni, adalah dgn bantuan dan tunjuk-ajar sifu dan mak aku. Kiranyer yg ni adalah experiment sendiri. Nak uji aku dah pandai buat baju kurung atau belum. Akhirnyer, siap gak baju aku nie....curi² jahit pas balik keja. Color baju aku ni agak blur dlm gambar. Patutnyer warna terang dan cantik (perasan pulokk), tapi kabur dek kerana camera hset aku yg sgt canggih tue. V3i Motorola katakan. Jgn tak tau.....dah 5-6tahun pakai....inilah hasilnyer bila ambil gambar. Nak gambar lawa beli camera or hset yg mahal la................!
Tengoklah jahitan manik tue....mcm semut beratur kan? Yer...ni namanyer jahitan manik semut beratur atau jahitan manik hentam sendiri. Tapi cute jer kan? Haha. Sah² juri profesional manik akan ckp "Manik u jahit nie masih byk yg perlu diperbaiki, picthing lari." Eh, jahit manik pun ada pitching gak ke?? Tak kisahlah, yg penting ni adalah usaha pertama aku.....masa belajar menjahit hari tu dah ada kwn² ckp nak hantar tempah baju kurung dgn aku......TAPI sejujurnyer, aku belum boleh menerima sebarang tempahan kecuali utk diri sendiri dan keluarga, cuz aku blum expert.

Kpd kaum wanita diluar sana, yg sepesen dgn aku...malas menjahit dan tak minat menjahit, aku just nak share pengalaman dan info sikit. Aku belajar menjahit nie sebb aku tak puas hati bayar harga tempahan........mahal. Tak berbaloi. Dah tu plak baju kurung ready made yg jual kat shopping complex pun mahal...kain murah, tapi jual sampai RM50-RM60 sepasang. Harga yg x sampai RM100 pun jual lebih RM150 sepasang. Tu yg buat aku nekad utk pandai menjahit....akhirnya pd bulan April lepas aku belajar ngan sorang isteri lect kat MMU ni sikit demi sedikit. Selama sebulan. Kelas cuma baper jam seminggu. Aku bayar kat dia RM170. Dan..aku adalah satu²nya murid dia...kakak ni mana ada class menjahit pun, aku sendiri memandai col dia n ckp nak belajar.............
Aku tgk kat online byk tukang jahit offer class menjahit dlm RM300-400, dpt sijil sekali. Kelas dua hari berturut². Tp aku x bminat....sebb aku nak kemahiran bukan sijil. Setakat belajar sehari-dua then duit hangus tapi kemahiran xder, lebih baik aku cari sifu yg memang boleh ajar aku sampai mahir.......Alhamdulillah, kakak tu pun dah ajar aku. So, lepas ni kalau aku nak sijil bolehlah pegi kelas menjahit bersijil tue, at least dah ada basic. Kalau dorang mengajar reramai then aku x nampak sebab bersesak², at least aku dah dpt bayangkan aper benda yg cikgu tu ckp.................. :)

Oh yer, aku tau serba-sedikit pasal harga kain tue sebb aku pernah jual kain pasang beberapa tahun lepas. Kami ambil stok kat Jln Masjid India KL.........tapi skang dah malas nak jual. Ramai suka hutang tu yg boring biz.

2 comments:

Siti Saleha said...

Sis xde ajar kelas menjahit ke

Suzi said...

hai siti...
akak takder buat kelas.
lepas belajar, tetap beli baju readymade sebab faham² la lepas time keja agak malas nk menjahit..hihi :)