August 20, 2011

Hadiah Zina 2

Sebelum ni aku pernah siarkan kisah Marini...(mcm ruangan akhbar plak), Kali ni masih tentang dia.......terbaru dibulan Ramadhan ni aku diberitahu, dia masih lagi menjalinkan hubungan dgn suami org tersebut. Katanyer, dia tak dapat lupakan lelaki tersebut walaupun lelaki tu biasanya cuma datang masa nak dapatkan seks dari Marini. Kata Marini, dia hanya akan dapat melupakan kekasihnya kalau..................ada lelaki lain dlm hidupnya. Jika tidak, selagi itulah dia takkan dpt memutuskan hubungan dgn suami org tu. Bagi Marini dia tak boleh hidup tanpa lelaki. Aku setuju. Tapi ayat yg begini: "Boleh hidup tanpa lelaki jahil dan perosak" seperti suami orang yang merosakkannya itu.

Baru sehari-dua lepas Marini telefon adik aku dan minta rekemenkan dgn lelaki lain. Tak kisahlah siapa asalkan baik dan bertanggungjwb. Duda pun tak mengapa. Kebetulan adik aku memang ada kenal sorang duda nie...kematian isteri, dan memang baik serta btgjwb. Masalahnyer, rekemen tu memang mudah cuma yg menjadi masalah ialah sikap Marini sendiri. Jika Marini tak berubah sepenuhnya, bagaimana dia mampu menjadi isteri kpd seorg lelaki yg baik dan beriman? Jadi, adikku ckp, kalau dia btol serius nak direkemenkn dgn lelaki duda tu, Marini mesti ubah sikap terlebih dulu dan jadi wanita yg lebih baik.

Apa yg menyebabkan Marini tiba² mahu direkemenkn dgn lelaki lain? Semuanya berpunca bila kekasihnya baru jer tipu dia. Marini bagi duit beberapa ratus utk bayar duit rumah sewanya, sebaliknya lelaki tu gunakan duit tersebut utk bayar hutang-piutang dan bil dirumah isterinya pula. Memang sayangkan isteri lelaki tu! (sarcastic) Bila Marini tanya, dia selamba jawab dah dia takder duit nak buat camana? So, dia pakaila. Lagipun duit dia byk dihabiskn utk membiayai pengguguran Maria, siap buat pinjaman lagi sebb tak cukup duit. Alasannya Marini tu takkan tak tahu dirinya mengandung, dah tunggu perut membesar mcm tembikai (tu ayat aku) baru sibuk nak gugurkan kandungan, dah menyusahkan dia dan tak pasal² byk kena keluarkan belanja. Kata² kekasihnyer tulah yg buat Marini kecewa dan terfikir utk beralih kasih pd lelaki lain....

Aku harap, Marini akan buktikan dia memang benar² bertaubat dan tinggalkan lelaki perosak tersebut. Dan mulakan hidup baru. Kisah lama biarkan berlalu. Jika org kafir yg penuh noda-dan dosa apabila saja mengucap dua kalimah syahadah dgn ikhlas memeluk Islam menjadi suci dan bersih, begitu jugalah umat Islam, apabila dgn ikhlas bertaubat dan kembali kpd ajaran Islam kita juga menjadi suci dan bersih disisi Allah.........sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Smoga kisah Maria menjadi pengajaran kpd kita semua. Sekaligus menjadi kekuatan utk kita menjadi hambaNya yg lebih baik dan penuh akhlak mulia....Insyaallah..amin yarabbal ala min.

Note: Gambar yg berbungkus byk itu adalah merupakan 2000 janin bayi yg digugurkan secara haram yg ditemui di kuil di Bangkok Thailand pd akhir tahun lepas 2010.

2 comments:

Anonymous said...

ya allah....xtau nk ckp ape - as

Anonymous said...

itulah die nyer....msalah2..susah btol nk cri pmpuan or laki yg baik skunk nie...sabooo jelahh..