August 15, 2011

Menguap Dan Mengantuk

Teruk! Pernahkah anda mengalami sindrom mengantuks yg teramat sgt? Ketika di pejabat? Ketika memandu? Ketika berehat dirumah? Pulang dari menonton wayang atau bersiar²? Atau tak kira waktu?! Iskkk...ni dah kes teruk...(Ini giler tidur namanyer) Nauzubillah..harap tidaklah begitu yer..?! Kalau pernah, ternyata anda adalah salah-seorg penderita penyakit byk tidur seperti yg aku alami.............Tapi belum terlambat utk mencegah dan mengubati!

Tak tahan btol aku menghadapi situasi mengantuk ni..............manakan tidak, dua minggu berturut² aku tak cukup rehat. Minggu lepas balik jengka ptg Jumaat, then balik sini hari Ahad mlm. Isnin dah keja...........! Manakala minggu ni (semlam) aku balik ke Merapoh pada hari Sabtu, dan balik ke sini hari Ahad (semlm) gak......dan hari ni dah keja. Sampai rumah mlm tadi dlm pukul 12.30 mlm camtu. Pepagi kul 4 dah bangun utk bersahur, pukul 7 pagi bersiap utk p keja plak.....wuarrgghhhh. Tersangatlah penat dan mengantuk. Ni belum ada suami dan anak. Kalau ada?? Haa....nak layan suami dan anak lagi, baru tau camana cabaran.

Pun begitu.....wpun penat aku HAPPY. Sebab bertemu insan² tersyg & tercinta cukup utk menghilangkan penat dan letih yg menyelubungi seluruh tubuh....especially mata yg tpaksa menahan mengantuk. Aku benci btol menguap-menguap-menguap mcm kucing x kira tempat. TAPI, mujurlah masih mampu utk dikawal. Tetap boleh buat kija dipejabat mahupun panaskan lauk masa sahur dirumah wpun mengantuk. Nampak sgt aku ni jenis takleh kurang tidur.....cis...tak bagus btol.

Maka, dari itu.........sesiapa yg ada masalah sama cam aku, jenis xleh kurang tidur jomlah kita sama² ubati penyakit ini..kalau ada sebarang aktiviti atau hal, taklah kita asyik menguap dan mengantuk.



Note:
Kakak aku ckp, aku ni kembar tilam. Menurut mak aku plak...masa ngandungkan aku mak aku selalu baring...dan x aktif mcm anak² lain. Errkkk...benarkah begitu?? OH tidakkk.........Aku kena ubah sikap buruk ini..........................!

No comments: