September 28, 2011

Murtad: Permohonan Diluluskan

Dibawah adalah berita mengenai murtad yg dikeluarkan oleh Malaysiakini pada June 2011 lepas. Walaupun dah beberapa bulan berlalu tapi belum terlambat utk aku kongsikan.

Nampaknyer gejala murtad dah semakin parah di negara Malaysia yg aman-makmur lagi Islamic ini, hanya saja media pro kerajaan tidak melaporkan dan mensensasikannya dlm tv dan akhbar mereka. Yg pasti, berita mengenai murtad ini tidak menjadi masalah bagi manusia² yg hitam hatinyer serta tidak meletakkan Allah dan Islam sebagai keutamaan dlm hidup mereka. Malah menganggap ianya sebagai 'Tiada masalah' atau 'Small Matter'.

Kalau taknak peduli tentang saudara² muslim yg lain mati esok mandi, kapan n tanam diri sendiri. Jgn suruh org buatkan. Biar membusuk dlm rumah takder sapa peduli. Sebab tulah kena peduli dan ambil kisah jugak. Caranyer bagaimana? Pilihlah pemerintah yg memperjuangkan Islam dan mentauhidkan Allah. Bukan pemimpin thaghut ataupun zalim yg akhirnya membiarkan arak, maksiat, murtad, rasuah, pembunuhan, pelacuran, zina, penipuan, dan segala pekerjaan syaitan bermaharajalela.

Inilah hasilnyer bila agama dibaling kebelakang. Undang² barat menjadi pegangan. Undang² Allah didlm Al-Quran dan Hadis dipandang jijik. Apapun, Tahniah diucapkan pd kerajaan dan rakyat negeri Kelantan kerana tiada permohonan Murtad dilaporkan. Alhamdulillah.


Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47. Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil. - malaysiakini-

Pelik: Budak Makan Batu-Bata?

Budak comel bersama mama nyer nie adalah Natalie dari Terry Haute, Indiana. US. Mempunyai selera ganjil iaitu makan batu-bata dan mentol lampu. Tapi bukan saja suka² mcm uncle kat India tue...! Nak tahu lebih lanjut baca artikel metro kat bawah nie.

TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.

Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.
Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat

Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati.

Colleen berkata: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.

“Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya. Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya.”

Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.

Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati.

“Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi.

“Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan.

“Saya begitu cemas,. Mujur dia tidak apa-apa,” katanya.

Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew.

Colleen, pengurus pejabat berkata: “Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari.

“Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu.

“Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya.” - TS

September 27, 2011

Makin Ramai Suami Didera Isteri

OMG...OMG........(ecehh ckp omputih la pulokk). Kuar dlm berita Tv sehari-dua lepas ramai suami didera oleh para isteri. Berita ini amatlah mengejutkan semua ~ terutamanyer aku yg belum bersuami! Kenapa? Sebb...tak sangka begitu sekali layanan seorg isteri thadap suami² mereka.........sungguh menyayat hati. Tergamak mereka dera syurga mereka???....memanglah takkan cium bau syurga, apatah lagi memasukinyer.

Yerlah....syurga seorg isteri adalah dibawah tapak kaki suami. Syurga suami plak bawah tapak kaki ibu mereka.....so, kalau nak sama² masuk syurga maka hormati dan taatlah pd suami kita....dan suruhlah jugak dia menghormati dan taat pd ibu-bapa mereka selagi ketaatan itu menjurus kpd Allah, dan bukan kpd maksiat. Insyaallah...sama² mbawa ke syurga.

Skang dah byk kegunaan penyapu, periuk dan mop lantai. Boleh digunakan utk membaling dan mengetuk kepala suami. Agak² nak keras boleh guna mangga kunci. Sungguh master dan PhD tahap penderaan tersebut. TAPI, tak boleh salahkan isteri jer. Kenapa isteri derhaka dan ganas? Itupun kena kaji. Suami sendiri pun kadang² perangai mengalahkan jin ifrit...........so, x boleh nak salahkan isteri semata². Kedua²nyer memainkn peranan dlm mewujudkan rumahtangga bahagia dan harmoni.

Pokoknyer.........setiap perkara itu haruslah kembali kpd agama. Sumber kebahagiaan itu adalah apabila kedua² suami-isteri mengamalkan cara hidup Islam yg diajar Rasulullah SAW. Contohilah bagaimana Rasulullah SAW mengemudi rumahtangga....begitu juga para isteri..boleh jadikan Siti Khadijah, Siti Fatimah, Siti Aisyah, Asiah dan wanita² solehah sebagai contoh dlm melayari bahtera rumahtangga.....agar rukun dan aman-damai dunia-akhirat....Insyaallah. ~ ............semoga dikurniakan keluarga sakinah.

September 24, 2011

Sadis..Lamborghini Terbakar

Kalau dah bukan rezeki......mcm² boleh jadi. Kereta Lamborghini mewah yg bernilai RM1.2 juta ni terbakar hangus ketika pemiliknya bawak bersiar² utk memanaskan enjin pada jam 11.45pagi. Pemiliknya berusia 31 tahun seorg ahli perniagaan yg baru pulang dari Shanghai, China menyedari keretanyer bermasalah apabila terhidu bau asap dari bahagian enjin keretanyer lalu segera keluar menyelamatkn diri..(tu ayat aku) nk tau kisah sebenar boleh baca kat metro nie.

September 23, 2011

Masa Cinta vs Masa Benci

Masa syg puji melambung², bila benci kutuk plak berbakul²...itulah lumrah manusia. Masa suka, sumer baik. Bila benci semuanyer buruk. OKLAH, aku saja mengomel statement² masa syg n benci. Tapi betol kan? Realiti. Statements yg biasa kita dengar n baca dimana² ketika baru bercinta dan ketika berlaku perpisahan/perceraian. Semoga menjadi pengajaran kpd kita semua dlm mengharungi kehidupan dan percintaan.....termasuk diriku sendiri.

Masa Sayang & Cinta:


I Love you........I miss you....Dia memang menepati citarasa saya, dia memang gadis/lelaki terbaik utk sy. "Engkaulah sumber inspirasiku....pemberi semangat..pembakar semangat. Yang mendorong kejayaanku". Dia sangat memahami...pandai memasak..(goreng cekodok pun sodap) pandai ambil hati...berbudi-bahasa....menghormati org tua...cantik...hensem.....kacak...baik hati....penyayang....angkat berat..eh,..ambil berat....dialah intan payung, my soulmate...honey...syg...dear..abg...darling....kaki dia cantik, pp dia lawa...senyuman dia manis...rambut dia cantik.....semuanyer menarik dan menyenangkan hati. Dia lelaki/perempuan yg baik............Kami sanggup bersusah-senang bersama selamanyer. Dia selalu belikan hadiah...tak kedekut. Pandai melayan saya...wangi...sejuk mata memandang..Saya bertuah memilikinyer...............!


Masa Benci & Menyampah:

Kami dah takder persefahaman. Meluat ngan perangai n sikap dia. Kuat cemburu, Queen control, pemarah, panas-baran..perengus...pemalas. Mulut puaka. Curang. Main pompuan. Derhaka. Tak bertanggungjawab. Tak menghormati saya dan keluarga. Tak pandai jaga diri....dah gemuk...selekeh........boroi.......tak lawa...........misai serabut...muka serabai. Dia tu bodoh...&^%$.......tak guna...&*^%&*6....dia tu...dia tu..(mcm² dia tu) Dia tu pengikis...mata keranjang......hati busuk......suka mengungkit..kedekut.....kurang-ajar....miang....seksi sgt...sosial sgt....dia tu playboy..kaki pempuan......Hari² tak cukup makan. Baju pun tak berganti. Layanan dia membosankan. Tengok muka dia pun muak..busuk..masam..jahat. Menyesal sy kawen/kenal ngan dia...............!

Inilah hasilnya bila cinta kerana NAFSU..........jika cinta kerana ALLAH SWT Insyaallah, segalanya baik...indah....dan sempurna walaupun tidak sempurna dimata manusia. Wpun berpisah, takkan wujud kata penghinaan mahupun cacian. Kerana menyedari kita pernah saling menyayangi. Marilah kita saling menyintai dan menyayangi kerana ALLAH. Kejarlah cintaNYA....hati pasti takkan sakit.

September 19, 2011

Burger Daging Ular

Apa? Daging Ular? Yer, memang benar..daging ular. Boleh teliti gambar² dibawah bagaimana mereka memproses ular² ini menjadi daging burger iaitu sebiji mcm daging burger biasa. Oh ya, kalau nak tau burger ular nie boleh didapati di Jakarta, Indonesia. Ular-ular ni ditangkap ketika merempit, melepak, memecah rumah dan sebagainyer..atau bahasa lembutnyer, ketika mrayau² makan angin dan mencari rezeki.





Mandi Dengan Harimau

Bosan mandi sorang²? Nak berteman? Bolehlah mencuba aksi dibawah. Mandi dengan harimau mcm uncle kat bawah nie..(bukan real). Harimau² ni pun nampak gembira jer mandi ngan uncle nie (kenyang kot) kalau lapar dah lama pacikk nie kena ngapp ngan rimau nie.
Sebenarnya aku nak paparkan kisah seorg wanita yg dihurung byk lalat, mengaum, dan mencakar dinding seperti harimau, semuanyer gara² Jin Harimau yg dihantar adik lelakinyer yg belajar ilmu persilatan. Niat lelaki tu baik, utk menjaga kakaknyer. Tapi caranyer yg salah. Kot yer pun nak beri perlindungan kpd family tak payahlah sampai pakai jin bagai. Cukuplah ayat² Al-Quran dan doa² kpd Allah. Lagipun, ilmu sihir tu pun adalah dgn izin Allah...........kalau tak, takkan berkesan punyer. Jadi, x payahlah jin - jin. Mintak terus dgn Allah supaya diberi perlindungan dunia-akhirat sudah...Insyaallah.

Kisah wanita tersebut bolehla baca disini.

September 15, 2011

Hilangkan Parut Jerawat

Gambar sebelah ni dah tentulah dimiliki oleh seorg jejaka, bukan jejaki (rosak bahasa) sebb tulah ada misai dan janggut................!

Tapi, aku bukan nk citer pasal janggut n misai org lelaki. Dh memang dorang diciptakan dgn byk bulu berbanding wanita, x gitu? Cuma aku nk sharekn sesuatu disini dgn adik² n kakak² yg mencari petua moden utk hilangkan parut jerawat. Kalau nk tau petua lama atau tradisional disini. Jadi, gambar diatas ni hanyalah hiasan. Gambar aku yg benar lagi real ialah gambar dibawah. Tapi, maaf. Hanya sedikit bahagian wajah shj. Tak payah penuh, cuz nak citer pasal jerawat, bukan nk citer pasal bulu kening aku.

Tentu ada diantara kita yg merasa amat tertekan dan sedih sebb parut menghantui wajah......jgn sedih, setiap masalah tu pasti ada jln penyelesaian. Aku taula camana rasanya bila asyik ditegur pasal jerawat dan parut. Masa jerawat bengkak, org dok tegur pasal bengkak...bila dah baik, org dok tegur pasal parut plak. Memanglah sedihkan? Nak² kalau kita ni memang jenis emosi terlebih.....sob..sob.

Tapi aku wat selamba jer.........hingga semlm pun masih ada kakak yg menegur wajahku, terkejut tgk muka aku ada parut. So, aku tunjuk gambar masa teruk tue. Raya baru ni pun ada insan yg ingat parut chicken pox. Dah lama x jumpa, sekali jumpa mau tak terkejut tgk wajah cun ku dgn parut-parut..haha. Aku bersabar jer....nak wat camana? Bukan salah dorang pun..dah mereka terkejut, x penah tgk aku mcm tue. Tapi alhamdulillah, yg penting makin pulih hari ke hari.

Kpd semua yg mengalami masalah yg sama sepertiku.......kalau nk tau, skang aku pakai Garnier Light Dark Spot Corrector Pen (spt dlm gambar yg dicuri dr en.google) Alhamdulillah, walaupun belum sebulan tapi parut kelabu yg bertempek² diwajahku semakin hilang. Pakai mlm² bawa tidur. Aku xtaula sesuai ke tak ngan muka korang cuz aku ada jugak terbaca ada pengguna yg merungut dan tak berpuas hati dgn keberkesanan garnier nie. Kata mereka tak berkesan. Tak hilang pun parut hitam mereka tue. Degil sgt kot. Jadi, disini aku nak ingatkan awal²...jgn terlalu confident, just try...mana tau kot² sesuai ngan kulit muka anda. Yg penting usaha. Btol x?

Pedulilah org nk tegur or ckp per pasal muka kita. Tu normal....time licin org akan tanya plak, 'u pakai product per?' 'cantik kulit...licin la skang'. So...........jgn peduli masa berjerawat dan berparut tu org ckp memacam. Kalau nk nangis pun, jgn nangis depan org...nangis sorang² sudah. Taulah tension dan tertekan, tp jgnlah sampai depan org pun nangis. Susah ati org tgk nanti. Jgn tak tau, ada per wanita yg menangis sebab jerawat. Lelaki? Aku tak tau. Ada ke yg nangis sebb jerawat.....? Ada? Alahai...manjanyer.

Per pun, jgnlah sedih sgt........Insyaallah pasti ada hikmah disebalik jerawat dan parut yg tumbuh diwajah kita. Paling gembira bila jerawat² dan parut tersebut telah pulih dan hilang......aku berani ckp sebb aku dah melalui situasi yg sgt comot, tension, dan menyedihkan itu........x caya tgklah gambar aku masa teruk dan masa x berjerawat dulu tu....beza kan? Siap bengkak² pipi tu. Nasib baik hanya tumbuh diwajah. Yg pasti pengalaman jerawat ni byk mengajar dan mendewasakan aku....mcm pengalaman melahirkan anak pertama plak. lol. Kidding. Gambar sekarang or masa dlm proses rawatan ni x dptlah aku share....sebb x candid lagi. Insyaallah kalau rajin aku candid.

Ngeri: Jom Makan Kaca!

Aper? Makan kaca?? Biar rambutan...........! (Asyik betik jer, sesekali ubah buah lain plak). Well, makan kaca aku tak tau, makan keropok lekor aku tau la. Tapi, jgn tak percaya....ada org yg makan kaca. Sapa? Sila baca artikel ni sampai habis.

Gambar diatas ni adalah gambar lelaki yg mempunyai kelebihan boleh makan kaca/glass dari negara India. Mungkin dah takder benda lain kot dia nak makan, lagipun negara India memang terkenal dgn mcm² benda pelik dan aneh...selain kemiskinan yg teruk. Jadi kaca pun kaca lah...hentam sajalah. Yg penting rangup.

TAPI AWAS, jgn plak anda memandai² nak cuba aksi terlarang nie....takot nanti keluar berita tv dan harian metro plak "Lelaki/perempuan tercekik dan tercedera akibat makan kaca." Pakcik ni xper, cuz dah 15 tahun dia makan kaca n no side effect. Long term effect aku tak tau. Tu kena tanya doctor.

Video kat bawah ni adalah aksi pakcik ni ketika makan kaca. Enjoy the show.

September 13, 2011

Pukau Sebelum Rogol

Sedihnyer mbaca kisah nie.........prmpuan baik, dirosakkan lelaki jahat. Bila lelaki baik, prmpuan jahat pula menggoda. Ingatlah, Murka & laknat Allah akan sentiasa mengiringi mereka² yg menjahanamkn hidup org lain selagi mereka tidak meminta ampun dan bertaubat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seperti mana yang diceritakan oleh Hana, 17, (bukan nama se­benar), seorang pelajar ting­katan lima dari sebuah sekolah di utara tanah air kepada warta­wan Warta Perdana, M Ilham Arief.

KALAU orang tak tahu cerita sebenar sudah tentu mereka tuduh saya anak yang tak tahu jaga maruah mak bapa. Sudah tentu mereka tuduh saya perempuan tidak bermaruah. Percayalah, apa yang berlaku ini bukan atas kehendak saya. Malah, saya sendiri tidak kenal lelaki bertopeng yang telah meragut kesucian saya. Terlalu berat hendak saya tanggung ujian ini, tapi apa boleh buat semuanya sudah ditakdirkan Allah.

Kalau ikutkan hati saya boleh jadi gila dibuatnya. Saya bersyukur kerana masih lagi memiliki iman yang kuat, walaupun apa yang saya alami ujian ini terlalu pahit untuk saya telan. Hanya air mata menjadi teman setia. Setiap malam saya menangis menge­nangkan apa yang berlaku. Mengapa Allah pilih saya menerima ujian ini?

Persoalan itu sering menerjah fikiran. Namun saya gagal mencari jawapannya. Akhirnya saya reda dengan apa yang berlaku. Mungkin ujian yang saya terima ini ada hikmah yang tersembunyi.Saya kini mengandung lapan bulan akibat perbuatan lelaki jahanam yang tidak dikenali.

Sebelum peristiwa hitam itu berlaku Oktober tahun lalu, saya menunggang motosikal bersendirian seperti biasa dari sekolah untuk pulang ke rumah. Rumah saya jauh di pedalaman dan saya terpaksa melalui belukar dan hutan kecil. Tiba di pertengahan jalan saya dihalang oleh seorang lelaki bertopeng. Dengan kasar dia mengarahkan saya memberhentikan motosikal. Mulanya saya tak endahkan arahannya. Saya cuba pecut motosikal, namun dia begitu sadis. Dengan berani dia meng­halang laluan. Sebaik saja memberhentikan motosikal fikiran saya terus melayang entah ke mana. Saya langsung tak ingat apa-apa.


Dalam keadaan fikiran yang bercelaru itu saya diheret lelaki jahanam itu ke dalam semak berdekatan. Mulanya saya melawan namun fikiran saya semakin tidak keruan. Penglihatan saya semakin kabur. Selepas itu saya langsung tidak sedar apa-apa.
Bila sedar, saya dapati tubuh saya dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang. Semua pakaian sekolah saya berlonggok di sebelah saya.

Ya Allah… apa yang telah berlaku? Saya melihat sekeliling, namun tidak ada sesiapa selain belukar dan pohon kayu. Saya lantas menjerit meminta tolong, namun sia-sia. Hanya unggas dan serangga saja menyahut.

Barulah saya tahu, rupa-rupanya saya telah dipukau oleh lelaki bertopeng itu sebelum dia perkosa saya. Apa lagi yang mampu saya lakukan selain menangis semahu-mahunya sebelum memakai semula pakaian saya.

Walaupun telah dinodai, namun saya tetap merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan kedua ibu bapa. Lagipun saya yakin tidak akan mengandung dengan hanya sekali saja tubuh saya disentuh oleh lelaki. Saya meneruskan persekolahan seperti biasa, walaupun fikiran saya sentiasa tertekan dan sering mengasingkan diri daripada rakan-rakan.

Beberapa rakan perasan perubahan saya secara mendadak itu. Mereka tahu perangai saya sebelum ini tidak begitu. Sama ada di sekolah atau di rumah saya mulai menjadi seorang pendiam. Ibu, ayah serta adik-beradik lain hairan dengan perubahan saya.

Tanpa disangka setelah kandungan saya mencecah lima bulan perubahan fizikal saya berlaku secara mendadak. Barulah saya tahu rupa-rupanya saya sudah mengandung.

Ibu semakin pelik melihat perubahan pada tubuh saya. Akhirnya pada satu malam ibu menyoal saya kerana dia tidak puas hati melihat bentuk tubuh saya macam orang mengandung. Tanpa banyak soal, saya mengaku bahawa saya mengandung. Tapi saya tegaskan ia bukan atas kerelaan saya. Saya ceritakan peristiwa sebenar yang berlaku ke atas saya.

Ibu sungguh terkejut. Dia menangis teresak-esak kerana saya menerima padah atas perbuatan orang lain. Ibu percaya saya tak akan buat kerja gila itu kerana dia tahu saya seorang anak yang taat kepada suruhan Allah dan suka mengaji Quran.

Setelah kandungan mencecah enam bulan ibu dan bapa mengambil keputusan menghantar saya ke Kem Modal Insan Kewaja (KEWAJA) sebagai persiapan untuk bersalin. Perbuatan kejam lelaki durjana itu tidak akan saya lupa sehingga ke akhir hayat. Walaupun dia kini terlepas dari pembalasan dunia, tapi di akhirat kelak sudah pasti dia akan menerima azab pedih dari Allah.

Jika tidak kerana perbuatan lelaki durjana itu sudah tentu saya kini sibuk membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.Selepas bersalin nanti saya tekad akan menyambung semula pelajaran. Anak yang bakal lahir ini akan dijaga oleh keluarga saya. Syukur, mereka setuju menjaganya.

Terima kasih mak, ayah kerana memahami kesengsaraan saya!”

September 10, 2011

Bunuh Diri Kerana Cinta

"Ya Allah...selamatkan kami semua dari malapetaka ini. Lindungi dari terlalu menurut perasaan. Sesungguhnya Engkaulah sebaik² Penolong dan Pelindung."

Baru lepas membaca kisah pasangan bunuh diri kerana cinta. Semlm dlm tv pun ada keluar. Tersentuh hati aku membaca dan mendengar kisah mereka. Lelaki tersebut berumur 28 tahun, manakala teman wanitanya pula berumur 18 tahun. Wanita tersebut masih koma. Pemuda tersebut tidak dpt diselamatkan. Bunuh diri dgn meminum racun kerana cinta dihalang oleh keluarga. Kenapa keluarga menghalangg...........????

Bila terjadi perkara mcm ni siapa yg harus dipersalahkan? Keluarga atau pasangan?? Renungkanlah. Islam itu memudahkan. Begitu juga pernikahan. Mengapa kita menyukarkannyer dgn bermcm² hal & masalah remeh-temeh??? Hantaran yg mahal, prosedur perkahwinan yg mcm², restu keluarga yg menyulitkan, dan mcm² hal mengarut lagi? Susah sgt ke nak bagi restu kepada anak² utk bernikah?? Pilihlah, biarkan anak berzina atau bernikah?? Anak bernikah atau bunuh diri....?? Bila dah berzina, mengandung luar nikah, atau bunuh diri baru nak menyesal sebab tak bagi restu?? Alangkah bodohnyer.

Aku tak memihak kpd sesiapa, tp ibu-bapa zaman sekarang ramai yg jahil dan ikut kepala sendiri. Kawan aku pun ada yg nak kawen tapi dihalang teruk oleh mak & keluarga aweknyer. Siap berbomoh lagi. Tak hairanlah anak² zaman sekarang ramai yg liar dan berperangai buruk. Sikap jahil dan sentiasa merasa betul tak boleh di tegur itu akhirnyer memakan diri sendiri dan anak². Ambillah kisah² seperti ini sebagai iktibar kpd kita semua. Kalau ada anak, restui dan sokonglah apajua tindakan dan perbuatan yg menjurus kpd kebaikkan agama. Dan sebagai anak pula, jgnlah kita terlalu menurut emosi...fikirkanlah apa yg terbaik buat diri kita dan masa depan. Apa pun perkara, ingatlah Allah akan sentiasa bersama kita selagi perbuatan dan niat kita itu baik walaupun satu dunia menentangnyer.

September 09, 2011

2 Juta Lelaki Malaysia Mati Pucuk?

Benarkah.............?? Bermakna ramailah para isteri yg menderita kerana tidak mendapat kepuasan dari suami mereka?? OPss.....terlebih sudah. Aku belum kahwin, so x bleh komen lelebih. Yg pasti, hubungan seksual juga merupakan antara faktor yg menyebabkan byk berlakunyer perceraian. Isteri tidak puas. Purata kes perceraian melibatkan pasangan Islam di negara ini ialah mencatatkn rekod setiap 15 minit. Nasihat aku, dr dok sibuk cari perempuan lain wahai para suami...baiklah korang puaskan isteri korang zahir & batin dulu. Barulah isteri hepi.....mcm isteri² abg salih yaakob tue. Ok, out of topic.

TAHU TAK? Antara punca mati pucuk nie adalah kerana BANYAK atau KERAP ONANI, dan MELAKUKAN SEKS BEBAS KETIKA BUJANG, selain pemakanan dan kesihatan yg tidak baik.

Kalau seseorg tu mati pucuk kerana kerap onani dan melakukakn seks bebas ketika muda dulu, wajarlah mereka mati pucuk. Aku anggapkan ni sebagai bala dan balasan Allah terhadap dosa-dosa-dosa yg pernah mereka lakukan...............! JADI beringatlah. Jauhi SEKS BEBAS. Jauhi amalan tidak sihat. INSYAALLAH selamat DUNIA & AKHIRAT.

Nak tahu lebih lanjut tentang 2 jota lelaki Msia mati pucuk tu baca kat sini.

Suami Curang Berbau Busuk

Mingguan Warta Perdana

Apa yang peliknya, apabila lelaki yang dikenali sebagai Harun itu tidak melang­gan GRO yang dikenali sebagai Emy (bukan nama sebenar) badannya tidak berbau.
Mendedahkan kisah benar itu seorang pengamal perubatan tradisional, Datok Kelana Indra Sakti, berkata kejadian pelik menimpa lelaki berusia awal 40an menyebabkan isterinya Ani (bukan nama sebenar) tertanya-tanya apakah punca sebenar bau busuk melekat pada badan suaminya.

Katanya, pada mulanya Harun tidak perasan dengan bau busuk yang melekat pada badannya tetapi apabila beberapa kali diberitahu Ani barulah disedarinya.
Disebabkan badan Harun berbau busuk macam bangkai itu, Ani terpaksa meminta tidur berasingan.Apa yang peliknya, apabila Harun jarang keluar malam badannya tidak pula berbau busuk.

Datok Kelana berkata, Harun tahu bau busuk badannya sebenarnya berpunca dari Emy kekasih GROnya. Katanya, disebabkan Harun tidak dapat melupakan layanan istimewa kekasih gelapnya itu dia tidak peduli, walaupun terpaksa menanggung bau busuk yang melekat pada badannya.

“Akhirnya Ani mulai syak mungkin ada sesuatu perkara yang tidak baik dilakukan suaminya kerana setiap kali keluar malam dan pulang lewat pagi badannya berbau busuk,” katanya. Datok Kelana berkata, akhirnya isteri Harun mengupah seseorang menyiasat pergerakan suaminya setiap kali keluar pada waktu malam.

Kata Datok Kelana, akhirnya rahsia Harun terbongkar rupa-rupanya dia berseronok dengan Emy di sebuah kelab malam hingga awal pagi. “Barulah Ani tahu bau busuk yang melekat pada badan suaminya berpunca daripada wanita GRO kekasihnya.

“Selepas rahsianya terbongkar pa­sangan suami isteri itu perang besar dan akhirnya Harun mengaku dia memang melanggani GRO untuk mencari kesero­nokan. “Harun juga mengaku dia tidak dapat melupakan Emy walaupun tahu selepas berseronok badannya berbau busuk,” katanya.

Datok Kelana berkata, selepas kejadian itu Ani memberi kata dua kepada suaminya sama ada mahu meneruskan perkahwinan mereka atau sebalik­nya.Katanya, Harun menangis ter­esak-esak kerana menyesal dengan per­buatannya dan me­minta isterinya mencari penga­mal perubatan tra­disional mera­watnya bagi melupakan Emy.

Akhirnya wanita itu membawa Harun berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan.
“Setelah saya melakukan rawatan terbongkar rahsia GRO terbabit meng­gunakan ilmu guna-guna air kencing pontianak supaya Harun tidak dapat melupakannya. “Disebabkan ilmu air kencing pontianak itu juga menyebabkan badan Harun berbau busuk seperti bangkai selepas melanggan GRO berkenaan.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, selepas mendapat rawatan Harun mula berubah dan dia tidak lagi keluar mencari hiburan di luar sebaliknya lebih banyak beribadat,” katanya.

September 08, 2011

Kami Tak Bersalah.....!

"......Yg bersalah adalah tuan kami itu." Mungkin itulah ayat yg akan diucap oleh kucing dan anjing dibawah nie kalau mereka boleh berckp. Lawak yg sungguh x masuk akal. Memang tuan mereka ni takder keja dan bercitarasa pelik lagi aneh. Per pun kelakar dan comel jugak muka mereka nie......nak² kucing ngan rambut oren tue...comel btol. Yg pasti semuanyer berwajah tension dan stress akibat dipakaikan rambut palsu.................!




























































http://coolnwacky.com/237-i-am-not-to-blame-for-my-owner-is-an-idiot/

Khasiat Madu Lebah

Madu lebah asli adalah merupakan minuman sunah baginda Rasulullah SAW dan juga minuman kegemaran aku..tak sah rasanyer kalau takder madu kat rumah mahupun di opis, tapi bukan madu kawen dua-tiga-empat tue. Madu lebah Asli OK..........org lelaki suka la madu 2-3-4 tue! Org pempuan cuma suka madu lebah shj.

Walaupun baru setahun lebih mengamalkan minum madu, tapi aku sgt suka. Kat sini aku citerkan pengalaman aku tentang madu. Click jer. Dlm blog wordpress aku yg kurang kencang tue, update pun malas. Yg pasti sgtlah byk khasiatnyer. Kalau anda google kelebihan dan khasiat madu lebah, anda akan jumpa mcm² citer tentang kebaikkan madu lebah nie. Termasuklah kisah jerawat aku dulu. Selain itu, aku ni x ambil sebarang supplement....jadi, sebb tu aku memilih madu lebah sebagai makanan tambahan. Citer byk pun x guna...korang baca jer sendiri artikel yg aku linkkan tue, dan kalau nak beli.....boleh join HPA mcm aku..or else....beli kat sini pun boleh. Insyaallah korang takkan menyesal minum madu, sebb madu memang elok utk kesihatan dan kecantikkan.

September 07, 2011

Ribut Taufan Talas - Jepun

Gambar² dibawah ni adalah merupakan ribut taufan yg melanda Jepun pada 2-3 hari yg lepas. Taufan ini dikenali sebagai Talas telah mengorbankan lebih 40 orang, manakala berpuluh-puluh orang masih hilang. Ribut yg menyebabkan hujan lebat, banjir, tanah runtuh, dan berbagai kemusnahan alam ini menyebabkan ramai terkandas. Hampir setengah juta penduduk yg mengalamai masalah dinasihati agar berpindah. Sama²lah kita ambil ikhtibar dan berdoa agar negara kita selamat dari bencana sebegini. Wpun Msia jauh dari laluan ribut taufan tapi x mustahil jika Allah turunkan bala di atas perbuatan² maksiat kita yg semakin bermaharajalela sekarang.