September 10, 2011

Bunuh Diri Kerana Cinta

"Ya Allah...selamatkan kami semua dari malapetaka ini. Lindungi dari terlalu menurut perasaan. Sesungguhnya Engkaulah sebaik² Penolong dan Pelindung."

Baru lepas membaca kisah pasangan bunuh diri kerana cinta. Semlm dlm tv pun ada keluar. Tersentuh hati aku membaca dan mendengar kisah mereka. Lelaki tersebut berumur 28 tahun, manakala teman wanitanya pula berumur 18 tahun. Wanita tersebut masih koma. Pemuda tersebut tidak dpt diselamatkan. Bunuh diri dgn meminum racun kerana cinta dihalang oleh keluarga. Kenapa keluarga menghalangg...........????

Bila terjadi perkara mcm ni siapa yg harus dipersalahkan? Keluarga atau pasangan?? Renungkanlah. Islam itu memudahkan. Begitu juga pernikahan. Mengapa kita menyukarkannyer dgn bermcm² hal & masalah remeh-temeh??? Hantaran yg mahal, prosedur perkahwinan yg mcm², restu keluarga yg menyulitkan, dan mcm² hal mengarut lagi? Susah sgt ke nak bagi restu kepada anak² utk bernikah?? Pilihlah, biarkan anak berzina atau bernikah?? Anak bernikah atau bunuh diri....?? Bila dah berzina, mengandung luar nikah, atau bunuh diri baru nak menyesal sebab tak bagi restu?? Alangkah bodohnyer.

Aku tak memihak kpd sesiapa, tp ibu-bapa zaman sekarang ramai yg jahil dan ikut kepala sendiri. Kawan aku pun ada yg nak kawen tapi dihalang teruk oleh mak & keluarga aweknyer. Siap berbomoh lagi. Tak hairanlah anak² zaman sekarang ramai yg liar dan berperangai buruk. Sikap jahil dan sentiasa merasa betul tak boleh di tegur itu akhirnyer memakan diri sendiri dan anak². Ambillah kisah² seperti ini sebagai iktibar kpd kita semua. Kalau ada anak, restui dan sokonglah apajua tindakan dan perbuatan yg menjurus kpd kebaikkan agama. Dan sebagai anak pula, jgnlah kita terlalu menurut emosi...fikirkanlah apa yg terbaik buat diri kita dan masa depan. Apa pun perkara, ingatlah Allah akan sentiasa bersama kita selagi perbuatan dan niat kita itu baik walaupun satu dunia menentangnyer.

No comments: