September 28, 2011

Murtad: Permohonan Diluluskan

Dibawah adalah berita mengenai murtad yg dikeluarkan oleh Malaysiakini pada June 2011 lepas. Walaupun dah beberapa bulan berlalu tapi belum terlambat utk aku kongsikan.

Nampaknyer gejala murtad dah semakin parah di negara Malaysia yg aman-makmur lagi Islamic ini, hanya saja media pro kerajaan tidak melaporkan dan mensensasikannya dlm tv dan akhbar mereka. Yg pasti, berita mengenai murtad ini tidak menjadi masalah bagi manusia² yg hitam hatinyer serta tidak meletakkan Allah dan Islam sebagai keutamaan dlm hidup mereka. Malah menganggap ianya sebagai 'Tiada masalah' atau 'Small Matter'.

Kalau taknak peduli tentang saudara² muslim yg lain mati esok mandi, kapan n tanam diri sendiri. Jgn suruh org buatkan. Biar membusuk dlm rumah takder sapa peduli. Sebab tulah kena peduli dan ambil kisah jugak. Caranyer bagaimana? Pilihlah pemerintah yg memperjuangkan Islam dan mentauhidkan Allah. Bukan pemimpin thaghut ataupun zalim yg akhirnya membiarkan arak, maksiat, murtad, rasuah, pembunuhan, pelacuran, zina, penipuan, dan segala pekerjaan syaitan bermaharajalela.

Inilah hasilnyer bila agama dibaling kebelakang. Undang² barat menjadi pegangan. Undang² Allah didlm Al-Quran dan Hadis dipandang jijik. Apapun, Tahniah diucapkan pd kerajaan dan rakyat negeri Kelantan kerana tiada permohonan Murtad dilaporkan. Alhamdulillah.


Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47. Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil. - malaysiakini-

No comments: