September 09, 2011

Suami Curang Berbau Busuk

Mingguan Warta Perdana

Apa yang peliknya, apabila lelaki yang dikenali sebagai Harun itu tidak melang­gan GRO yang dikenali sebagai Emy (bukan nama sebenar) badannya tidak berbau.
Mendedahkan kisah benar itu seorang pengamal perubatan tradisional, Datok Kelana Indra Sakti, berkata kejadian pelik menimpa lelaki berusia awal 40an menyebabkan isterinya Ani (bukan nama sebenar) tertanya-tanya apakah punca sebenar bau busuk melekat pada badan suaminya.

Katanya, pada mulanya Harun tidak perasan dengan bau busuk yang melekat pada badannya tetapi apabila beberapa kali diberitahu Ani barulah disedarinya.
Disebabkan badan Harun berbau busuk macam bangkai itu, Ani terpaksa meminta tidur berasingan.Apa yang peliknya, apabila Harun jarang keluar malam badannya tidak pula berbau busuk.

Datok Kelana berkata, Harun tahu bau busuk badannya sebenarnya berpunca dari Emy kekasih GROnya. Katanya, disebabkan Harun tidak dapat melupakan layanan istimewa kekasih gelapnya itu dia tidak peduli, walaupun terpaksa menanggung bau busuk yang melekat pada badannya.

“Akhirnya Ani mulai syak mungkin ada sesuatu perkara yang tidak baik dilakukan suaminya kerana setiap kali keluar malam dan pulang lewat pagi badannya berbau busuk,” katanya. Datok Kelana berkata, akhirnya isteri Harun mengupah seseorang menyiasat pergerakan suaminya setiap kali keluar pada waktu malam.

Kata Datok Kelana, akhirnya rahsia Harun terbongkar rupa-rupanya dia berseronok dengan Emy di sebuah kelab malam hingga awal pagi. “Barulah Ani tahu bau busuk yang melekat pada badan suaminya berpunca daripada wanita GRO kekasihnya.

“Selepas rahsianya terbongkar pa­sangan suami isteri itu perang besar dan akhirnya Harun mengaku dia memang melanggani GRO untuk mencari kesero­nokan. “Harun juga mengaku dia tidak dapat melupakan Emy walaupun tahu selepas berseronok badannya berbau busuk,” katanya.

Datok Kelana berkata, selepas kejadian itu Ani memberi kata dua kepada suaminya sama ada mahu meneruskan perkahwinan mereka atau sebalik­nya.Katanya, Harun menangis ter­esak-esak kerana menyesal dengan per­buatannya dan me­minta isterinya mencari penga­mal perubatan tra­disional mera­watnya bagi melupakan Emy.

Akhirnya wanita itu membawa Harun berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan.
“Setelah saya melakukan rawatan terbongkar rahsia GRO terbabit meng­gunakan ilmu guna-guna air kencing pontianak supaya Harun tidak dapat melupakannya. “Disebabkan ilmu air kencing pontianak itu juga menyebabkan badan Harun berbau busuk seperti bangkai selepas melanggan GRO berkenaan.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, selepas mendapat rawatan Harun mula berubah dan dia tidak lagi keluar mencari hiburan di luar sebaliknya lebih banyak beribadat,” katanya.

No comments: