October 31, 2011

Kekasih: Ulama Pewaris Nabi

Wpun aku bukan rakyat Kelantan,tidak pernah tinggal di Kelantan, dan negeri tercinta aku PAHANG tidak dipimpin oleh ulama TAPI aku tetap menyokong penuh kepimpinan Ulama di Malaysia. Semoga Allah merahmati kepimpinan mereka.....semoga aku, keluarga tercinta, insan² yg aku syg serta sekalian saudara muslim yg menyokong kepimpinan Islam dibumi kepunyaan Allah SWT ini akan dikumpulkan bersama org² soleh, para ulama, wali-wali Allah dan Rasulullah SAW tercinta di akhirat kelak......Sabda Rasulullah SAW: 'Sesungguhnya kamu akan bersama orang yg kamu cintai di akhirat kelak...'

Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.” [Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya]

Tuan Guru Nik Aziz beriadah dgn menebas (golf)...aku pun pernah menebas. Ada ke menteri-menteri atau org kenamaan lain nak menebas mcm ni....?? Kalau ada pun mesti ramai body guard dan polis pengiring tunggu tepi kebun..Oppss.... :) Kalau baca kisah org soleh atau para nabi dan rasul, mereka memang biasa dgn kehidupan susah dan miskin wpun ditawarkan dgn mcm² kemewahan........jadi, setakat menebas, mengembala, berpenat-lelah, kerja berat, adalah perkara biasa bagi nabi-nabi, para rasul dan kekasih² Allah SWT sejak dulu lagi.

October 28, 2011

Gantung Diri Putus Cinta

Seharusnya cinta buat kita gembira, bahagia dan dihargai. Bukan menderita. Cinta setulus itu takkan wujud tanpa iman dan cinta kpd Allah. Apatah lagi dlm usia yg masih dibangku sekolah. Seharusnya usia itu di isi dgn menimba ilmu dan menumpukan seluruh perhatian kpd UPSR, PMR, dan SPM yg akan dihadapi. Bukannya memikirkan soal cinta yg seringkali merosakkan fikiran dan emosi para remaja.

Semoga adik² yg mbaca blog ini berfikir sejenak sebelum melakukan sesuatu perkara. Jgnlah hancurkan perasaan ibu-bapa kita dgn sikap yg mengecewakan mereka dan jgnlah dirosakkan masa depan sendiri hanya kerana kecewa terhadap lelaki atau gadis yg kamu cintai di alam persekolahan...........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.

“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.

“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.

Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.

Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan. -Harian Metro

October 27, 2011

Solekan Fantasi Di Dunia Realiti

Wahai para suami atau lelaki² mithali....suka tak kalau isteri atau kekasih anda make-up mcm gini? Iaitu bersolek fantasi? Aper? Suka? Nampaknyer anda memang suka hidup dlm dunia fantasi dan penuh khayalan. Tak boleh bayangkan kalau aku jumpa wanita ber make-up mcm ni ketika berjln² di jusco atau pasar malam......sah² aku akan labelkan pmpuan tu sebagai 'Pelik tapi benar.'










Lelaki Bercinta Dengan Keldai

OMG......OMG...!!...Dan² aku tak boleh ckp melayu akibat terkejut apabila membaca kisah ini. Benarkah?? Cinta ngan keldai?? Biar btol.....? Dah takder pmpuan ke? Aper? Makwenyer bertukar menjadi kedai? Eh...Keldai?? Haihhh.......mcm² tanya lah. Bacalah sendiri kat bawah ni.
(Gambar donkey sebelah adalah dari filem shrek)

HARARE: Seorang lelaki Zimbabwe memberitahu mahkamah, pelacur yang dilanggannya tiba-tiba bertukar menjadi keldai.

Walaupun begitu, lelaki terbabit berkata, dia kini benar-benar jatuh hati kepada haiwan berkenaan.

Akhbar The Herald semalam melaporkan, Sunday Moyo juga berpendapat dirinya seekor keldai.
“Saya tak pasti apa berlaku selepas meninggalkan bar, tetapi saya benar-benar mencintai keldai itu,” katanya.

Moyo, 28, ditahan di bandar Zvishavane, 300 kilometer di selatan Harare, pada Ahad lalu, dan dituduh melakukan hubungan seks dengan keldai.
Menurut Moyo, dia membayar AS$25 (RM78) untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit.

Bagaimanapun, dia terkejut keesokan harinya apabila orang ramai menuduhnya bersenggama dengan seekor keldai.
Hakim kemudian mengarahkan Moyo dihantar menjalani pemeriksaan mental. - AFP -Harian Metro

Bila Yahudi Di Telan Bumi

'Ya Allah, lindungilah kami semua umat Islam dari kemurkaanMU. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kpd hamba²MU yg beriman.....matikanlah kami dlm agama yg Kau redhai.....Islam yg tercinta.'

'Gua Ikut Enta' -Ijtima' Tarbawi

'Lu bukan ustad. Lu tepung kasTARD...lol.'

October 25, 2011

Beautiful Zikrullah

Anak Kucing Dlm Perut

Mungkin kita dah biasa tengok fetus atau janin manusia ketika dlm perut ibu. Perut ayah? Maaf, ayah tak mengandung. TAPI haiwan jarang² jer kita tgk......so, kat bawah nie ada gambar anak kucing masa dlm perut ibunyer yg aku ambil dari website National Geographic. Maha Suci Allah....cute, berbulu sejak dlm perut lagi. Yerlah...mana ader kucing botak...ish..ish. Kecuali sakit atau dibotakkan oleh tuannyer yg ada gangguan mental.







Gempa Bumi Di Turkey Oct 2011

Dibawah adalah antara gambar² sekitar gempa bumi di Ankara, Timur Turkey bermagnitute 7.2 skala ritcher yg telah mengorbankan lebih 200 orang mangsa runtuhan. Masih ramai yg dilaporkan terperangkap dibawah runtuhan dan dikhuatiri terkorban. Semoga kita sama² mengambil peristiwa ini sebagai pengajaran dan peringatan. Siapa menduga bala akan menimpa apatah lagi jika ketika dlm kelalaian dan penuh kemaksiatan..? Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kpd saudara² mukmin kita disana dlm menghadapi musibah ini.












October 22, 2011

Syurga Di Tapak Kaki Suami

Kekuatan lelaki adalah pd tenaganya, kekuatan wanita adalah perasaannyer. Suami yg baik akan menggunakan kelembutan dan kebijaksanaan apabila memujuk isteri, manakala suami yg jahil akan menggunakan kekerasan dan bersikap kasar terhadap isteri. Sabda Rasullullah SAW: 'Yang terbaik diantara kamu adalah yg paling baik terhadap isterinya.' Isteri yg baik pula adalah isteri yg taat pd suami selagi perkara tersebut tidak melanggar perintah Allah SWT.

Cerai - Kegunaan Facebook

Bukan hanya utk BerSOSIAL, malah boleh juga dijadikan sebagai modal utk bertengkar atau melafazkan cerai. Itulah antara kegunaan facebook. Bukan facebook jer sebenarnyer, begitu jugak myspace, friendster, twitter, netlog,hi5, dan mcm² laman sosial lagi. Pokoknyer adalah diri kita sendiri. Hakikatnyer tak byk pahala yg diperolehi di laman sosial begini, melainkan dosa demi dosa kerana melihat yg haram atau lalai berseronok mempamerkan kehebatan masing². Kecuali mereka yg menjadikannya sebagai medan utk berkongsi ilmu yg bermanfaat dunia dan akhirat serta mencari redha Allah SWT.


Seorang pria berumur 39 tahun di Inggris mengakhiri rumah tangganya hanya dengan mengumumkan di Facebook. Neil Brady dan Emma Brady sebelumnya telah menjalani rumah tangga selama enam tahun.

Emma Brady 35 tahun, tahu dia diceraikan dari status Facebook suaminya, Neil. Di laman web itu tertera, "Neil Brady telah mengakhiri pernikahannya dengan Emma Brady", dan hal ini menjadi pertanyaaan teman-teman Emma di Denmark mengapa mereka sampai bercerai.

Ibu satu anak yang bekerja sebagai pengurus persidangan ini shok dengan keputusan suaminya. Walaupun ia mengakui pernikahannya menghadapi banyak masalah.

Pengacara Neil Brady, Gareth Price berdalih kepada mahkamah, Emma Brady tidak diceraikan melalui Facebook. Tapi perkahwinan Neil dan Emma sudah lama tidak dapat dipertahankan.

Detail perceraian Neil Brady diungkapkan ke mahkamah, di mana dia pernah menganiaya isterinya di rumah mereka di berhampiran Accrington.

Pada Krismas tahun lalu, setelah pulang dari menghadiri acara berbeza, kedua-duanya terlibat pertengkaran dimana Neil Brady yang bekerja sebagai perunding IT menuntut ingin memeriksa telefon isterinya.

Tapi isterinya menolak dan terjadi perebutan sehingga lengan isterinya terluka. Neil Brady juga membaling isterinya keluar dari rumah.

Neil Brady, yang kini hidup bersama ibunya mengaku bersalah. Dia didenda US $ 850 dan perlu membayar pampasan dan kos mahkamah.


http://kisahtaubat.blogspot.com/2011/09/kes-pertama-di-dunia-bercerai-melalui.html

Patung Penganut Buddha

BESAR BTOL patung penganut buddha nie..atau lebih dikenali sebagai Sleeping Buddha, tak sangka sgt besar. Gambar² ni adalah di Malaysia (Kelantan dan Penang), Thailand, dan dari negara lain. Patung yang hampir ditenggelami air dan kuning keemasan besar gedabak tu tak lain tak bukan adalah gambar di negara Thailand yg masih menghadapi masalah banjir.




October 21, 2011

Gaduh Macam Haiwan

Jom tengok haiwan bergaduh...! ~Aku gigit ko!~ At least mereka ni takder akal utk berfikir. Manusia dianugerahkan akal utk berfikir dan menilai sebelum melakukan sesuatu perkara............so, jgn ikut perangai haiwan yg suka bergaduh atau bercakar² mcm nie, sepak-terajang sumer ada. Gigit pun ada......! Tapi mereka tetap kelihatan comel dan lucu dlm gambar. Kalau kat luar,takot nak dekat.....silap² kita plak kena gigit or kena tendang.