October 04, 2011

Buat Anak Campak Anak!

Kisah yg dipaparkn dlm berita tv semlm mengingatkan aku pd kisah yg aku dengar dlm Rancangan Halaqah Tv9 tidak lama dulu, seorg ustaz menangis menceritakan tentang kisah seorg wanita yg dtg mengadu pdnya bahawa dia telah melahirkan anak luar nikah dlm toilet, lalu bayi tersebut di flush ke dlm lubang tandas sebaik saja dilahirkan, sedangkan bayi tersebut masih hidup. Sungguh kejam & menyedihkan.

Aku tak terfikir bagaimana mereka tergamak melakukan pembunuhan demi pembunuhan......sedangkan ramai diluar sana wanita yg menangis mengharap dikurniakan cahaya mata.....dan wpun belum bersuami seperti aku, lebih rela anak tersebut diserahkan kpd kami dari dibunuh atau ditinggalkan tanpa belas-kasihan. Sedangkan anak kucing pun tak tergamak kita lihat didera, dipukul, atau dikasari, inikan pula manusia............!?? Dimana sifat belas mereka hingga sanggup membunuh???
GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.

Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.

( Anggota polis mengangkat mayat bayi yang
dicampak dari tingkat dua flat.)


Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.


Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang. - Harian Metro

No comments: