November 30, 2011

Derhaka: Azab Lelaki Hadapi Sakaratul Maut

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya
terikat kemas di katil.

“Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni,” kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai. Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

“Apa sakitnya ni?” tanya saya. “Entahlah ustaz,doktor pun tak tau.” Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan. “Emak, ampunkan saya mak.> Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya.” Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar
seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

“Panggil ibunya segera,” kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa ni?” tanya saya.
Dengan perlahan abang Jalal bersuara, “Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas.”

“Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan
kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu,” kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

“Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.”

“Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami,”jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan.

Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya.

Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka dikampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu. “Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga,” katanya kasar. “Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu,”jawab si ibu. “Ahhh, saya tak kira.” “Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang,” jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang kerumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahan nya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal.

Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit,meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya. “Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain,” kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. “Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya,saya bersalah.” Jeritan Jalal itu meruntun hati
saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan ‘ke situ’? Kenapa Jalal tidak
mahu dibawa ‘ke situ’ dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, “Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak…

” Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. “Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak,” kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya,saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah dipenghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang
mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas ‘rentapan’ itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratul maut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap,merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratul maut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat.

Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.

Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir.

Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.

Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul – tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi.
Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya. Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

“Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz.”
“Apa masalahnya itu?” tanya saya. “Kubur adik saya berlubang ustaz.”

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang tu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

“Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi,” kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

“Begini sajalah,” kata saya. “Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali.”Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang.

Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa malapetaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya. Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

http://karya2.wordpress.com/category/azab-anak-derhaka/
Ahad, Okt 22 2006

November 29, 2011

Azan Selamatkan Guru

MELAKA: “Saya terkejut apabila kereta terus berhenti secara mengejut dan melihat kira-kira 20 batang besi yang diikat menembusi ke dalam kereta hingga mengenai gear automatik kereta,” kata Faridah M Lajis, 40, yang terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan besi di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran pasar raya Tesco, dekat sini, petang kelmarin.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca apabila kira-kira 20 batang besi dibawa lori satu tan dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu tidak diikat dengan kemas sehingga ia terhumban menembusi cermin belakang kereta berkenaan.

Mangsa yang juga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Telok Mas, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Duyong, dekat sini, selepas menghadiri mesyuarat berkenaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, sebelum kejadian kereta dipandunya di lorong kanan Lebuh AMJ bergerak perlahan apabila menghampiri persimpangan Melaka Sentral diekori lori berkenaan yang sarat dengan muatan besi.

“Saya dari Sekolah Menengah Sri Tanjung, Klebang dan sebaik tiba di tempat kejadian semua kenderaan dipandu perlahan kerana ia berdekatan persimpangan dan tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum telinga berasa berdesing,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, terkejut dengan kejadian itu dia kemudiannya melihat ke bahagian belakang kereta dan mendapati sebahagian besi itu menembusi keretanya.
Katanya, panik dengan kejadian itu, dia segera menelefon ayah dan suaminya mendapatkan bantuan.

“Jantung saya seperti nak gugur apabila melihat besi itu nyaris kena saya. Mujur ketika kejadian saya bersandar di tingkap untuk mendengar azan.
“Syukur Tuhan masih memberi kesempatan kedua kepada saya, selamat daripada kemalangan ini adalah hadiah paling istimewa dalam hidup kerana esok (hari ini) adalah hari lahir saya,” katanya.

Harian Metro

November 24, 2011

Toko Yang Menjual Isteri

Artikel yg aku copy paste ni menarik utk dikongsi bersama. Semoga kita sentiasa bersyukur kpd Allah. Tiada yg diciptakan sempurna melainkan hanya Rasulullah SAW yg tercinta.........

Note: Bahasa asal ialah Indonesia, tapi aku dah translatekn ke bahasa melayu skit². So, kalau bunyi indonesia tu pasrahkan aja dong.....yg penting faham. Btol nggak? Pandai aku ngomong indonesia....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Toko yang menjual isteri, baru saja dibuka di sebuah kota . Di sana , laki2 dapat memilih isteri.
Di antara tulisan yg ada di pintu masuk itu ialah tulisan yg menunjukkan bagaimana syarat utk masuk ke dlm toko tersebut.
“Kamu hanya dapat mengunjungi toko ini SATU KALI
Toko tersebut terdiri dari 6 tingkat dimana setiap tingkat akan menunjukkan sebuah calon kelompok istri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanita tersebut.
Bagaimanapun, ini adalah semacam jebakan. Kamu hanya boleh memilih wanita di tingkat tertentu atau boleh ke tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari toko.

Lalu, seorang laki2 pun pergi ke toko “isteri” tersebut untuk mencari isteri…
Di tingkat 1 terdapat tulisan seperti ini :
Tingkat 1 : wanita di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.
laki2 itu tersenyum,kemudian dia naik ke lantai selanjutnya.

Di tingkat 2 terdapat tulisan seperti ini :
Tingkat 2 : wanita di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, dan senang anak kecil. Kembali laki2 itu naik ke lantai selanjutnya.
Di tingkat 3 terdapat tulisan seperti ini :
Tingkat 3 : wanita di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, senang anak kecil dan cantik banget.
” Wow”, tetapi pikirannya masih penasaran dan terus naik.

Lalu sampailah laki2 itu di tingkat 4 dan terdapat tulisan :
Tingkat 4 : wanita di tingkat ini yang memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, senang anak kecil, cantik banget dan suka membantu pekerjaan rumah.
”Ya ampun !” Dia berseru, ”Aku hampir tak percaya”

Dan dia tetap melanjutkan ke tingkat 5 dan terdapat tulisan seperti ini :
Tingkat 5 : wanita di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, senang anak kecil,cantik banget,suka membantu pekerjaan rumah, dan memiliki rasa romantis.
Dia tergoda untuk berhenti tapi kemudian dia
melangkah kembali ke tingkat 6 dan terdapat tulisan seperti ini :
Tingkat 6 : Anda adalah pengunjung yang ke 4.363.012.000.
Tidak ada wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata bukti untuk Anda yang tidak pernah puas. Terima kasih telah berbelanja di toko “isteri”. Hati-hati ketika keluar toko dan semoga hari yang indah buat Anda.

Pesan moral ini bkn hanya utk lelaki tp jg wanita: “Tetaplah slalu merasa puas akan pasangan yg sudah Tuhan sediakan. Jgn terus mencari yg terbaik sebaliknya syukurilah yg sudah Tuhan sediakan, kerana pasangan kamu itulah pasangan yg terbaik bagi kamu seumur hidupmu hingga maut memisahkan.”

(Anonim)
http://www.beritaunik.net/renungan/toko-yang-menjual-istri.html

Sejadah Tidak Hangus

IPOH: “Saya pelik apabila mendapati wang tunai RM5,000 yang diletak di atas sejadah langsung tidak terbakar walaupun seluruh bilik tidur kami hangus dijilat api,” kata mangsa kebakaran, Mohd Nizam Halmi, 35.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, mangsa sempat menyelamatkan enam anak kecilnya daripada terperangkap selepas rumah teres dua tingkat didiami di Jalan Pakatan Jaya 4, Taman Pakatan, Bercham, di sini, terbakar mendadak.

Kebakaran berpunca dari sebuah bilik merebak sebelum memusnahkan seluruh tingkat atas rumah disewa mangsa sejak dua tahun lalu.
Nizam yang ditemui berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama isterinya, Rohazlina Hamid, 30, dan bayinya, Nuraqil Soleh, enam bulan, di dalam bilik tidur utama di tingkat atas.

Menurutnya, dia dan isteri kepenatan kerana berniaga pakaian pada waktu malam, manakala lima anaknya menonton televisyen di tingkat bawah. “Bagaimanapun saya terkejut apabila seorang anak, Nurul Farhana, 6, tiba-tiba meluru sebelum menjerit dan memaklumkan rumah terbakar! “Saya bergegas bangun sebelum mendapati asap hitam merebak keluar dari celah pintu salah satu bilik anak kami,” katanya.

Menurutnya, dia cuba membuka pintu bilik yang terbakar itu, namun gagal berikutan ia berkunci dari dalam.
“Saya segera turun sebelum berusaha membuka pintu dan jeriji besi di hadapan rumah untuk menyelamatkan diri.“Malangnya saya tidak menemui kunci pintu berkenaan sebelum isteri menyuruh saya keluar melalui pintu dapur,” katanya.
“Saya pastikan anak saya, Nuraqil, Nor Haiqal Taqwa, 3, Nurul Farhana, 6, Nur Daniel Iman, 9, Nur Shahira, 10 dan Nurul Natasha, 11, diselamatkan terlebih dulu. Selepas meletakkan mereka di kawasan selamat, saya cuba masuk menyelamatkan barang berharga pula.

“Malangnya kayu siling rumah yang terbakar mula jatuh menyebabkan saya tidak dapat naik ke tingkat atas,” katanya.
Menurutnya, kebakaran itu memusnahkan tiga bilik tidur di tingkat atas rumahnya dalam masa kurang 10 minit.

“Tiada apa dapat diselamatkan, malah semua dokumen penting anak seperti sijil kelahiran, MyKid dan pelbagai barang berharga lain musnah.

Nizam berkata, kebakaran itu padam sepenuhnya selepas tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh tiba ke lokasi kejadian tidak lama kemudian.

“Sebaik api dipadamkan sepenuhnya saya naik ke tingkat atas dan terkejut apabila mendapati beg pinggang berisi wang tunai RM5,000 hasil jualan yang diletak di atas sejadah langsung tidak terbakar.

“Malah, sejadah itu masih berada dalam keadaan baik walaupun tilam dan almari berhampirannya rentung,” katanya.
Bagaimanapun, dia sedih apabila wang bantuan persekolahan diterima RM400 untuk empat anaknya turut musnah dalam kebakaran itu.

“Walaupun sedih, saya bersyukur semua anak selamat,” katanya.

Harian Meto

November 23, 2011

Bila Pakcik Gay Datang Msia

Semlm pakcik elton john mengadakn persembahannyer di Genting. X dipastikan plak adakah pasangan gaynyer dan anak angkat mereka turut dtg menemani? Mestilah anak angkat. Jantan sama jantan mana boleh beranak. Zaman dulu² aku minat gak lagu dia nie....tapi lepas dia ngaku dia mental (gay), dan siap pakai gaun masa kawen ngan pakcik sebelah dia tu, terus ilang selera aku dgr lagu dia.

Pas menentang artis ni dtg ke Msia, tapi biasalah.....kuasa besar iaitu BN dan penyokongnyer tak menentang malah menyokong, maka bolehla pakcik gay ni buat konsert mcm si gay kecik Adam Lambert dulu. Jgn salahkan sesiapa bila Allah turunkan bala, sebb ada diantara kita merelakan kejahatan dan maksiat berleluasa di negara kita tak kira masa.

Hadis Rasulullah SAW menyebut: 'Org yg beriman itu umpama lebah. Bersarang ditempat yg tinggi-bersih, makan yg baik², dan menghasilkan yg baik².'

Yg baik² pastilah menolak yg tidak baik atau sesuatu yg membawa kpd kemudaratan. Hanya yg jahat² dan buruk² shj yg merelakan atau sukakan keburukkan, kemudaratan mahupun kejahatan.

November 18, 2011

Kekasih: Kebesaran Ilahi

Ini hanyalah sedikit saja yg ditunjukkan pd kita.....sesungguhnya Dia Maha Besar, Maha Hebat, lagi Maha Agung. Akal kita takkan mampu menafsirkan Kebesaran dan KeagunganNYA. Bumi yg kita diami inipun terlalu halus umpama debu..(apatah lagi kita???). Matahari yg kita lihat itu 170x lebih besar dari bumi, sedangkan matahari pula jauh lebih halus dibandingkan Alam Semesta. Alam semesta ini pula terlalu kecil jika dibandingkan kursiNYA, umpama sebuah titik bulatan di padang pasir, sedangkan kursiNYA itu juga umpama sebuah titik bulatan di padang pasir jika dibandingkan ArasyNYA. Kebesaran dan KehebatanNYA takkan tercapai oleh akal kita yg lemah dan tiada apa-apa ini...........Masihkah kita merasa diri kita hebat dan sombong..?? Maha Suci Allah dari segala sifat² yg menyerupai makhluk.

Sumber info: Sebagaimana yg pernah aku baca dari buku yg bsumberkan dari kitab ihya ulumuddin.

Kahwin Dan Cerai Pada 11.11.11

Peristiwa ni terjadi di Bangladesh. Kpd yg taksub dgn nombor, bolehlah jadikan perceraian ini sebagai pengajaran. Tak payah nak bangga or taksub dgn nombor. Bukannyer nombor yg menjamin kebahagiaan kita, sebaliknyer bagaimana kita mengemudi rumahtangga. Sebagai hambaNYA eloklah kita redha dan bersyukur segala pemberiannyer tanpa meletakkan mcm² syarat yg akhirnyer kita sendiri kecewa dan merana. 'I tak nak kawen tarikh lain.....I nak kawen tarikh 10.10.10 or 11.11.11 jugakkk.....tak pun masa besday I...tak pun 9.10.11........' Last² lom aper² dah bercerai. Sadis dan sedih akhirnyer tarikh tersebut. ~ Per pun kita rakyat Msia memang mewah sebb ada peti sejuk dan tv....... :)))
SHAWKAT ALI KHAN duduk di sebelah isterinya, Farzana Yasmin dalam majlis perkahwinan di Borguna, Bangladesh pada 11.11.2011.


DHAKA - Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.

Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen.
Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.

"Untuk menjadikan majlis tersebut istimewa, saya mengeluarkan kad mahal, mengundang rakan dan saudara-mara untuk menyertai majlis perkahwinan," kata Shawkat yang berusia 32 tahun.

Menurutnya, majlis itu diadakan pada pukul 11.11 pagi pada 11.11.2011.
"Majlis itu berlangsung di sebuah masjid tepat pada waktu itu," katanya yang merupakan seorang guru besar.
Dia percaya 11 merupakan nombor yang bertuah.
"Kami telah merancang parti selepas perkahwinan dua hari kemudian.
"Saya menunggu majlis yang mempunyai nombor tersebut selama bertahun-tahun lamanya.
"Saya tidak mengetahui bahawa ia akan berakhir," tambahnya.

Farzana yang berusia 27 tahun dipuji oleh ramai penduduk Bangladesh kerana pendiriannya berhubung hantaran perkahwinan itu.
Amalan hantaran dalam perkahwinan itu dikritik kerana keluarga pengantin perempuan perlu memberikan hadiah yang mewah kepada si suami.

Ketua polis tempatan, Babul Akhter menyokong dakwaan Farzana dengan menyatakan perkahwinan tersebut berkecai berhubung ekoran tuntutan hantaran yang dibuat oleh ibu saudara Shawkat semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Namun, Shawkat menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan dia berkemampuan untuk tidak menerima hantaran itu. - Agensi - kosmo

November 17, 2011

Mengapa Bertudung

Ni aku copy tulisan dari web lain yg aku rasakan menarik utk dikongsi disini. Cuma aku nk tambah sket, mestilah bertudung kerana Allah semata², bukan kerana supaya jadi pilihan lelaki, supaya lebih cantik, supaya dipandang mulia atau supaya nampak solehah. Tu semua mengarut. Apa pun yg kita buat mestilah kerana Allah SWT kerana kita adalah hambaNYA dan bertudung itu adalah perintahNYA. Mesti perbetulkan niat.

Bila niat dah betul, Insyaallah hasilnyer pun betul.....pastilah akan menjadi pilihan dan lebih dihormati. Kita tak lihat lelaki mengganggu wanita yg berpakaian sopan menutup aurat berbanding yg berpakaian seksi. Mereka sering menjadi bahan gangguan mata² jahat dan mulut² gatal yg mengeluarkan kata² menjatuh maruah. Nak salahkan siapa? Sendiri muhasabah diri.

Aku memang anti sket ngan renungan dan pandangan lelaki² mata jahat ni. Suka x kalau org tgk adik, kakak, mak, tunang, bini, nenek angkat korang mcm nk telan............??? Tak suka kan?? Tau pun x suka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengapa Wanita Islam Perlu Menutup Aurat???

Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim..

Non muslim : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?...............

Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula2 di dalam koceknya, Lalu salah satu darinya dibukakn bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanya kpd
lelaki non-muslim : “Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan
pilih?

Non muslim : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.

*Yg tertutup itu lebih indah dan suci...............*

November 16, 2011

Jadilah Seperti Pohon Mangga

Sanggup tak? 'Walaupun di baling dgn kayu, batu, galah atau apa saja (hatta selipar jepun sekalipun - yg ni aku tambah sendiri) tapi tetap memberi yg baik sebagai balasan. Iaitu buah mangga!' Aku petik kata² ni dari ceramah yg disampaikn oleh Ustaz Prof. Dr.Jumadi Mustar ~ seperti dlm gambar. Bukan gambar pokok mangga. Tapi gambar kat bawah. 'Mcmlah aku tak tau bezakn pokok mangga ngan org', bisik hati pembaca.

Ok, bukan nk citer pasal gambar Ust. Prof tu...tapi nak citer pasal mesej yg cuba disampaikan olehnyer. Sanggupkah kita menjadi seperti pohon mangga tersebut? Tetap membalas dgn kebaikkan wpun hati kita disakiti? dilukakan? dikecewakan? dan dizalimi? Hakikatnyer, kebanyakkan kita takkan mampu membalas kejahatan dgn kebaikkan. Kecuali hamba²Nya yg terpilih. Aku doakan pada Allah SWT semoga aku mampu menjadi salah-seorg hambaNya yg lembut dan pemaaf, sebagaimana lembutnyer Rasulullah SAW yg tercinta, para sahabat alim-ulama dan para hamba²Nya yg soleh. Tidak membalas kejahatan org lain dgn kejahatan.

Aku harap, jika ada pembaca yg sedang melalui masalah atau merasa tertipu dan dikhianati, atau berada dlm kesedihan, kesempitan hidup, kecewa dlm bercinta - rumahtangga, masalah dlm kerja, tekanan hidup, dan sebagainya, semoga kita sama² tabah menghadapi semua itu. Jgn sesekali menyalahkan Allah SWT. Sebaliknya renung²kanlah diri kita sendiri.....jgn salahkan sesiapa. Pasti ada hikmah atau kesilapan dimana² menyebabkan kita diberi cubaan seperti itu. Sama ada sebagai kifarah - membersihkan dosa² yg lalu atau utk meningkatkan lagi darjat kita disisiNya.

Selagi kita yakin dan percaya Allah bersama kita......Insyaallah, Allah juga tidak pernah melupakan dan membiarkan kita sendirian. Jadilah seperti pohon mangga tersebut, tetap memberi yg baik. Sekali lagi, sanggupkah kita? Tiada yg mustahil dgn izinNYA.................

November 15, 2011

Allah Menghinakan Wajah

'Tuan² tgk muka org tak sembahyang, muka dia pun lain. Org yg menipu org, muka dia pun lain. Kenapa muka dia lain? Jawabnya; Kerana penghinaan Allah utk diri dia di dunia lagi.' - Ustaz Ahmad Dusuki

Beza wajah orang yg soleh dan byk mengingati Allah SWT (jernih), dengan org yg toleh (keruh). Yg byk melakukan pendustaan, kejahatan, kezaliman dan kemaksiatan. Allah tidak memandang langsung wajah org yg ahli maksiat ini dunia dan akhirat.

Keredhaan Atas Ujian Allah

Ceramah² seperti ni memang sgt bagus dikongsi dgn semua. Ianya merupakan sumber motivasi dan kekuatan jiwa agar lebih dekat lagi kpd ALLAH SWT, dan lebih taat padaNYA dlm mengharungi kehidupan dunia dan akhirat. Insyaallah.

Ujian manis atau pahit sama saja bagi kekasih² Allah. Tiada beza kesedihan dan kegembiraan. Semuanya diterima dgn redha dan syukur demi kecintaan kpd Allah SWT......

November 14, 2011

Penangan Parkia Speciosa

Tergeliat lidah aku nk menyebutnyer. Senang² ckp bahasa melayu jer.....'Petai'. Petai ni ulam kegemaran ramai. Aku pun suka.....tapi sebenarnyer hukum memakan petai, durian, bawang putih, jering, kerdas, dan seangkatan dgnnyer adalah makruh. Kerana ianyer mengganggu kententeraman awam. Tenteram disudut udara segar. Terutama ketika berckp....apatah lagi sendawa. Maka akan keluarlah bau busukkkkk....mcm rokok tu! Boleh sesak nafas 3 minit dan terkempis² perut org yg duduk dekat akibat menahan bau busuk.
Mlm tadi aku makan seulas jer......bukan sepapan. Seulas. Sebb sgt menggoda masa mak aku keluarkan dari peti sejuk. Jadi aku cilok seulas. Sebesar duit dua posen. Seulas yg aku makan tu pun aku tpaksa menahan siksa sehingga ke ptg ini menahan rasa yg tidak selesa dr tekak aku sendiri. Ubat gigi punyer byk aku letak masa mlm dan pagi tadi, namun ketidakselesaan akibat petai itu masih belum dpt dipulihkan sepenuhnyer.........terasa² oleh aku yg memang mudah perasan dan amat concern dgn bau ini. Mujurlah aku x perlu communicate dgn org ramai kt opis nie.

Org makan petai, aku pun nak makan jugak..........Inilah akibatnyer. Kalau xnak bau....buat sambal mcm dlm gambar tue. Bau tetap bau.....tapi kurang sket kot. Petaii ohh petai....kenapalah kau busuk, tapi sedap.

La Tahzan......La Tahzan

Org yg beruntung 'Hari ini lebih baik dr semalam.' Org yg rugi 'Hari ini sama saja seperti semlm.' Org yg celaka 'Hari ini lebih buruk dr semlm.' Nauzubillahi minzalik........smoga hari² yg mendatang lebih baik dari semlm wpun semlm kita tersungkur dan menangis.......

'Ya Allah..jauhkanlah aku dr dosa...sepertimana Kau jauhkan timur dan barat..........'

'Dgn rahmatMu aku bmohon ptolongan, baikilah urusanku semua sekali, jgn Kau serahkan diriku kpd diriku wpun sekelip mata.....'

'Jgn Kau serahkan diriku kpd diriku kerana aku x mampu menguruskannyer, dan jgn Kau serahkn kpd org lain kerana mereka akan mensia²kannyer.'

November 10, 2011

Basikal Sperma...???

Biar btol? Sungguh terlebih creative si pencipta basikal nie. Sanggup tak korang naik basikal nie?? Round² KL? Mesti muka tebal mcm getah scrub. Bagi yg pemalu. Bagi yg tak tahu malu plak mesti bangga terkembang-kempis hidung time tunggang basikal nie........! Nak² time lalu depan awek. Berita selanjutnyer sila baca kat bawah.
Penganalisis biologi Bank Sperma Seattle, Alan Dowden menunggang basikal sperma di Seattle kelmarin.

SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.

Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma.

"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.

Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.

Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.

Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.

Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik.

- Agensi - Kosmo

Lelaki Lebih Mudah Teritipu

Bukan gimik, bukan auta, TAPI fakta. Memang lelaki lebih mudah tertipu berbanding wanita wpun mereka mempunyai 9 akal berbanding wanita 1 akal. Mengapakah begitu? Aku rasa tau puncanyer.........kerana mereka ini mudah cair dan terpedaya oleh kata² manja dan pujuk-rayu wanita. Selain terlalu yakin mereka tidak akan 'diapa-apakan'. Maklumlah, lelaki la katakan. Kpd lelaki² soleh diluar sana....berhati² selalu...agar tidak menjadi salah-seorg drp lelaki yg mudah terpedaya....Insyaallah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LONDON: Menurut keputusan satu kaji selidik terhadap lebih 1,500 pengguna internet di United Kingdom dan Amerika Syarikat, lelaki lebih mudah tertipu di rangkaian laman sosial berbanding wanita.

Ia bukan saja disebabkan oleh wanita yang semula jadinya lebih berhati-hati ketika mendedahkan maklumat peribadi - ia sebenarnya merujuk kepada faktor seks. Kajian yang dianjurkan syarikat perisian anti-virus Bitdefender, berkata, lelaki mudah tertarik terhadap wanita tidak dikenali yang ingin menjadi rakan mereka di laman seperti Facebook.

Apabila mereka sudah memberikan maklumat peribadi, mereka boleh menjadi sasaran dalam jenayah siber.

Tinjauan dilakukan terhadap 1,649 lelaki dan wanita di United Kingdom dan AS, mendedahkan lelaki lebih mudah menerima pelawaan menjadi rakan daripada orang tidak dikenali; mendedahkan lokasi mereka; tidak menghiraukan susun atur peribadi; membiarkan akaun mereka terdedah untuk dilihat orang lain dan gagal membaca polisi laman web.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakilebihmudahtertipudiinternet/Article/index_html

November 09, 2011

Taksub Rokok??!!!!

Suka merokok? Tau tak membazir?? Bahaya?? "Suka atilah bukan guna duit ko pun!" Jwb perokok² tegar. Sambil menghembus asap rokok. 'Yerlah, suka ati aku la nak tanya? Bukan pakai mulut ko.' Jwbku dgn eksen. Lupakan soal skrip ni, ni cuma dialog khayalan jer. Sebenarnya ada info menarik utk semua berkenaan dgn rokok. Terutama jika kita dikelilingi atau berhadapan dgn org yg suka merokok.......!







Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak


Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak

Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
Jagalah mereka, sayangi mereka.
Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.

Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
Kualiti sperma anda akan terganggu.
Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Hubungan Seks Anda Akan Terganggu

Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
Selamatkan diri anda dari mati pucuk
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
Bertindak bijak, jangan merokok.

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok

Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.

Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok

Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
Bantulah diri anda.
Amalkan cara hidup sihat.
Jangan merokok.

Berhenti Merokok

Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
Luahkannya dengan cara positif.
Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda

Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
Jauhilah diri dari asap rokok basi.
Belajarlah menyayangi jantung anda.
Jangan merokok.

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru

Setiap sedutan membawa padah.
Kenapa harus meracuni diri?
Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
Bertindak bijak, jangan merokok.

Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.




Lagi: Kebulur Dan Melarat

Wpun aku pernah masukkan artikel spt ni sblum ni, kebuluran di Afrika dan India aku saja masukkan lagi........sebb gambar² ni memang sgt menginsafkan aku betapa ramai manusia yg dilahirkan dlm penderitaan dan melarat. Bangun dan berdiri pun tidak betah. Air mata mungkin takder nilainyer lagi bagi mereka. Jgnkan berangan utk mendapatkan secubit roti, seteguk air pun sukar utk ditemukan oleh mereka. Mengapa kita masih mengeluh tentang rezeki-rezeki yg Allah kurniakan pd kita?? Sedangkan rezeki kita melimpah ruah hingga masuk ke bakul sampah............



























































Salah satu gambar diatas, kanak² dgn burung pernah memenangi gambar terbaik di luar negara. Pun begitu jurugambar tersebut telah meninggal dunia selepas menerima anugerah tersebut kerana mengalami stress atau tekanan yg amat dasyat. Beliau merasa tertekan dan menyesal kerana masyarakat seluruh dunia mengecam tindakkannya yg tidak memberi bantuan kpd kanak² tersebut. Sedangkan burung tersebut hanya menunggu masa utk menyerang kanak² tersebut utk dijadikan sebagai makanan.