November 14, 2011

Penangan Parkia Speciosa

Tergeliat lidah aku nk menyebutnyer. Senang² ckp bahasa melayu jer.....'Petai'. Petai ni ulam kegemaran ramai. Aku pun suka.....tapi sebenarnyer hukum memakan petai, durian, bawang putih, jering, kerdas, dan seangkatan dgnnyer adalah makruh. Kerana ianyer mengganggu kententeraman awam. Tenteram disudut udara segar. Terutama ketika berckp....apatah lagi sendawa. Maka akan keluarlah bau busukkkkk....mcm rokok tu! Boleh sesak nafas 3 minit dan terkempis² perut org yg duduk dekat akibat menahan bau busuk.
Mlm tadi aku makan seulas jer......bukan sepapan. Seulas. Sebb sgt menggoda masa mak aku keluarkan dari peti sejuk. Jadi aku cilok seulas. Sebesar duit dua posen. Seulas yg aku makan tu pun aku tpaksa menahan siksa sehingga ke ptg ini menahan rasa yg tidak selesa dr tekak aku sendiri. Ubat gigi punyer byk aku letak masa mlm dan pagi tadi, namun ketidakselesaan akibat petai itu masih belum dpt dipulihkan sepenuhnyer.........terasa² oleh aku yg memang mudah perasan dan amat concern dgn bau ini. Mujurlah aku x perlu communicate dgn org ramai kt opis nie.

Org makan petai, aku pun nak makan jugak..........Inilah akibatnyer. Kalau xnak bau....buat sambal mcm dlm gambar tue. Bau tetap bau.....tapi kurang sket kot. Petaii ohh petai....kenapalah kau busuk, tapi sedap.

No comments: