December 31, 2011

Anak Gajah Enggan Ditimbang

'Eh...eh. Aku xnak, xnak la!! Tarik-tarik belalai plak.....!? Ko kenapa hah??' Kalau anak gajah ni boleh berckp mungkin tulah yg dia akan ckp. Ataupun ucapan yg lebih sopan lagi.......'Maaf, saya tak mahu ditimbang......harap jgn tarik belalai sy.'
WUPPERTAL, Jerman - Dua keping gambar menunjukkan seorang pekerja menarik belalai seekor anak gajah untuk memujuk haiwan itu menaiki sebuah alat penimbang di Zoo Wuppertal, di sini kelmarin.

Pekerja berkenaan menarik belalai anak gajah bernama Uli itu untuk merekodkan berat haiwan tersebut dalam prosedur rutin di zoo berkenaan. Namun, Uli yang ketakutan enggan memberi kerjasama apabila haiwan tersebut meundukkan kepalanya bagi mengelak ia ditarik ke atas penimbang tersebut.

Anak gajah itu kemudian akhirnya berdiri di atas penimbang tersebut dengan seorang kakitangan membelai kepala haiwan tersebut. - Agensi - kosmo

No comments: