December 17, 2011

Bakal Doktor Hilang Itu Gay?

Aku marah nie. Aku rasa mcm nak tempeleng org jer (hakikatnyer, angan² jer lebih) TAPI aku memang marah bila baca kisah mamat Gay ini. Menyusahkn mak-bapak dan seluruh rakyat Msia yg runsing akan kehilangan dia di Dublin.

Bila terbaca berita sari-dua lepas (bukan baju sari diatas) tentang pelajar Msia yg hilang di Dublin terdetik jugak dlm hati mungkin dia diculik? dibunuh? kemalangan? atau mendapat kesusahan hingga hilang tanpa berita begitu saja selama 3 tahun. Tambah lagi di tempat org, jauh dari keluarga dan sanak-saudara. Tentu byk cabaran. Betapa risau dan tertekannya keluarga pemuda ini apabila anak mereka hilang tanpa berita. Entah hidup atau mati. Dah la mcm tu, di kejar plak oleh Petronas yg menuntut hutang sebanyak lebih RM800k dari ibu-bapa lelaki ini.


Yang sadisnya, dia bsenang-lenang di luar negara siap kawen dgn pakcik Jonathan (dlm gambar). Mana agama dan maruah mu wahai pemuda Islam? Memang kami rakyat Msia tak payah sibuk pun pasal hal kamu, tapi bila dah masuk berita pasal kehilangan kamu dah sah² la kami semua tahu. Kalau Allah turunkn bala di sebabkan oleh perbuatan laknat gay, pondan, dan pengkid atau seangkatan dgnnya ini, dgn kami² sekali org yg tak melakukan perbuatan tersebut di Malaysia atau di Dublin itu akan menanggung bala dan bencana dari Allah. Bukan kamu dan kaum songsang kamu sorang saja yg kena.

Gambar dari Utusan Malaysia dan blogger hemsem/jelita seluruh Msia
Kat luar negara kamu siap tersengih² mcm kerang busuk, gembira, tertawa, bcumbu, dan syokk hidup ngan pasangan gay kamu itu......mak-bapak n keluarga kamu kat sini. Mengabiskan duit mak-bapak dan duit rakyat Msia jer menananggung perbelanjaan kamu bermaksiat di Dublin. Petronas tu bukan harta persendirian, tapi sumber hasil-bumi negara Msia. Hak kesemua rakyat Msia. Tapi minyak yarabbi mahal. Hasil tulah dpt pinjamkan kamu utk belajar ke luar negara.

Oklah, x payah ngomel pjg² (sebab dah panjang), bukan aku dapat lempang dia pun. Semoga mamat ni dan kita semua menginsafi diri.......belum terlambat utk kita semua bertaubat dan kembali ke jln ALLAH. Ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Kembalilah ke pangkal jln dan perbaikilah segala keterlanjuran dan kesilapan kita.

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu. - Utusan Malaysia

No comments: