December 03, 2011

Bila Bandar Kajang Banjir....

Gambar dan berita yg aku ambil dr berita online. Semoga kita ambil iktibar dari kejadian banjir ni......jgn asyik ckp sistem perparitanlah, bencana alam biasalah....fenomena alam biasalah.....dan mcm² biasa lah. Bila jadi camni siapa yg rugi dan susah? Tuan punya kereta dan kedai jugak.

Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Aku turut bersimpati kpd mangsa² banjir. Byknya nak pakai duit wpun boleh claim insurans (Ehh, bencana alam boleh claim insuran ke? Boleh kot kalau ambil.) boleh ke, tak boleh ke tetap satu masalah. Tak payah membebel byk², teruskan dgn berita. Sila baca sendiri berita sepenuhnya kat bawah nie.

Kajang: Kira-kira 200 buah kereta ditenggelami banjir yang melanda bandar Kajang petang tadi. ADUN Kajang, Lee Kim Sin berkata banjir sedalam dua hingga tiga kaki itu akibat hujan lebat selama beberapa jam petang tadi.

Banjir yang menurut Lee yang terburuk sejak 1971 telah menenggelamikan satu perempat bandar Kajang. Katanya, air banjir turut menenggelamkan tempat letak kereta bawah tanah di pusat membeli-belah Plaza Metro, yang dipercayai membabitkan kira-kira 20 kereta.

Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menghentikan perkhidmatan komuter ke bandar itu. Sementara itu, Bernama melaporkan, sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka. Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya ketika dihubungi.
Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira 4 petang tadi. Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.
Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha. "Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras.

"Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," katanya. - Malaysiakini.


KAJANG, 2 Dis: Hujan lebat beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang di sini dilanda banjir kilat. Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai.

Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak. Kejadian banjir teruk di Kajang pernah berlaku pada tahun 2008. - Harakah

Gambar: Harakah-Sinar-berita-malaysiakini-metro

2 comments:

agung sukarno said...

om ini bahasa apa....saya ndak tahu,,,,.....

Suzi said...

ini bahasa Melayu. Malaysia :)