December 14, 2011

Kek Najis Hadiah Dari Pencacai

Jijik. Wpun isu ni dah masuk tv beberapa hari lepas, dan aku bukanlah penyokong DAP, tapi perbuatan menghadiahkn kek seperti ini dari manusia² yg bernama ISLAM, sungguh memalukan dan menjatuhkan maruah dan martabat ISLAM itu sendiri disisi penganut agama lain. Sedarkah pencacai² ini (yg tukang bagi hadiah nie) bahawa perbuatan mereka ini memberi impak yg sgt besar kpd org² bukan Islam...........?? Ajaran rasul manakah yg mereka ikut....??? Sungguh memalukan mengaku Islam, tapi perangai mengalahkan kafir laknatullah.

Rasulullah SAW ketika DIBALING NAJIS masa solat pun masih tetap bersabar dgn org kafir tersebut, bagaimana kita pulak boleh hadiahkan kek persis najis begini kpd org bukan Islam............?? Inikah contoh teladan terbaik utk mempamerkan sikap kita yg beragama Islam....?? Tepuk dada tanyalah iman. Biar kulit hitam, jgn hati hitam.
EMPAT replika kek berbentuk najis manusia dan sebiji berbentuk angka empat dibawa masuk oleh beberapa anggota NGO ke tempat menunggu tingkat tiga Bangunan Komtar, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 8 Dis. - Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiahkan 'kek' unik serta replika najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena hari lahirnya yang ke-51 di Bangunan Komtar, di sini hari ini.

Bagaimanapun, cubaan berkenaan gagal berikutan pintu utama menghala ke pejabat Setiausaha Agung DAP itu dikunci pengawal keselamatan. Difahamkan replika najis itu diterima daripada empat individu.

Presiden Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang (PSAMPP), Abdul Ghani Mohamed Jiman yang mengetuai kumpulan itu berkata, kek itu diperbuat daripada polisterin dan disalut dengan krim coklat sebagai tanda tidak berpuas hati mereka dengan pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang yang disifatkan kotor dan hanya cantik di luaran sahaja.

''Kek yang bersalutkan coklat diluar itu jika dilihat ia sangat lazat dengan warna dan rupa bentuknya, namun apabila dipotong dalamnya palsu kerana diperbuat dengan polisterin yang sememangnya tidak boleh dimakan.

''Mereka (Kerajaan DAP Pulau Pinang) sama seperti kek itu di mana hanya cantik di luar namun di dalam sebaliknya.

''Kami membuat kek itu begitu adalah untuk menunjukkan bahawa pentadbiran DAP di negeri ini adalah palsu semata-mata. Mereka menipu rakyat dengan janji manis namun jika kita lihat agenda yang sebenar, semuanya palsu belaka," katanya kepada pemberita. - Utusan

No comments: