December 31, 2012

Onani Tapi Tak Keluar Air mani

Jom tgk video nie. Mungkin ada kalangan kita yg tak tahu sgt pasal onani nie, termasuk penulis Milokaw ini. Byk ilmu bermanfaat dari video dibawah. Layankan....!

Protes Rogol Beramai² New Delhi

Rogol dan bunuh mungkin biasa didlm filem. Tapi hakikatnyer, perkara ini bukanlah biasa walaupun byk terjadi didunia realiti. Dibawah adalah gambar² protes yg diadakan di India berikutan kejadian seorg wanita dirogol dan dibunuh kejam pertengahan December lalu di New Delhi.

Aku turut bersimpati dgn aper yg menimpa mangsa. Sedih. Tak tahu nak komen aper. Ya Allah, lindungilah sekalian wanita muslimah dari musibah dan bahaya seperti ini.............- dibawah 3 berita online yg dpt aku kongsikn.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


NEW DELHI: Mayat wanita muda yang dirogol beramai-ramai dan dibelasah (diserang dgn batang keluli) dalam sebuah bas di sini sudah dibakar pada majlis tertutup hari ini.

Polis India semalam mendakwa enam lelaki atas tuduhan membunuh dalam serangan 16 Disember lalu itu yang mengejutkan negara dan mencetuskan tunjuk perasaan supaya perlindungan terhadap wanita daripada keganasan seksual ditingkatkan.

Dakwaan itu dibuat beberapa jam selepas wanita berkenaan mati di hospital Singapura. Mangsa dibawa ke Singapura untuk menerima rawatan.

Mayat mangsa terbabit dibakar dalam majlis tertutup di sini selepas tiba dari Singapura dengan menaiki pesawat khas Air India.

Perdana Menteri, Manmohan Singh dan Ketua Parti Kongres, Sonia Gandhi hadir di lapangan terbang untuk menyambut mayat dan bertemu ahli keluarga mangsa yang turut tiba denga pesawat. - AP- Berita




NEW DELHI: Polis India mendakwa enam lelaki kerana membunuh pada Sabtu, beberapa jam selepas seorang wanita yang merupakan mangsa rogol dan dipukul secara beramai-ramai di dalam bas di New Delhi, meninggal dunia di hospital Singapura.

Jurucakap polis di New Delhi, Rajan Bhagat berkata, keenam-enam mereka berhadapan dengan hukuman mati sekiranya disabit kesalahan, dalam kes yang mencetuskan bantahan di seluruh India untuk perlindungan lebih besar bagi wanita daripada keganasan seksual, dan menimbulkan persoalan mengenai kelonggaran tindakan polis terhadap jenayah seksual.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh berkata, beliau menyedari tentang emosi banyak pihak yang timbul ekoran serangan itu , sambil menambah ia terpulang kepada semua masyarakat di India untuk memastikan bahawa kematian wanita muda itu tidak akan sia-sia.

Mangsa "meninggal dunia secara aman" pada awal Sabtu di Hospital Mount Elizabeth di Singapura bersama dengan keluarga dan para pegawai Kedutaan India di sisinya, kata Ketua Eksekutif hospital, Dr Kevin Loh dalam satu kenyataan.

Selepas berada selama 10 hari di sebuah hospital di New Delhi, wanita itu dibawa ke Hospital Mount Elizabeth yang pakar dalam pemindahan pelbagai organ pada Khamis.

Loh berkata, wanita itu berada dalam keadaan yang sangat kritikal sejak Khamis, dan bertambah teruk pada lewat Jumaat, dengan tanda-tanda yang semakin merosot.

“Walaupun semua usaha oleh pasukan terdiri daripada lapan pakar di Hospital Mount Elizabeth untuk memastikannya stabil, tetapi keadaannya terus merosot dalam tempoh dua hari ini,” kata Loh.

"Dia mengalami masalah di mana organnya tidak berfungsi berikutan kecederaan serius pada badan dan otaknya. Dia berani bertarung nyawa sejak sekian lama, tetapi trauma pada badannya terlalu teruk untuk mengatasinya,” katanya lagi.

Pelajar perempuan itu yang bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenal pasti, berada di dalam bas di New Delhi selepas menonton filem pada petang 16 Disember apabila mereka diserang oleh enam lelaki yang merogolnya.

Pasangan itu dipukul dan kumpulan lelaki itu memasukkan batang besi ke dalam badan wanita itu sehingga menyebabkan kerosakan organ yang teruk.

Kedua-duanya ditelanjangkan dan dicampakkan daripada bas, kata polis.

Polis India menahan enam orang berkaitan dengan serangan itu, yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dalaman yang teruk, jangkitan paru-paru dan kerosakan otak.

Pelajar perempuan itu juga mengalami serangan jantung semasa di hospital di New Delhi. - AP - Mstar




SINGAPURA 29 Dis. - Seorang pelajar India berusia 23 tahun yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke sini untuk rawatan, meninggal dunia hari ini.

Wanita itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis.

"Kami sangat sedih untuk melaporkan bahawa pesakit itu meninggal dunia pada 4.45 pagi hari ini. Ahli keluarga dan para pegawai dari Suruhanjaya Tinggi India berada di sampingnya.

Pasukan doktor, jururawat dan petugas Hospital Mount Elizabeth menyertai anggota keluarganya berkabung atas kematiannya," kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Hospital Mount Elizabeth Dr Kelvin Loh dalam satu kenyataan. - BERNAMA - Utusan


December 26, 2012

Skandal - Panas?

Sebelum buat penilaian yg lebih jauh berkenaan tajuk ini eloklah tonton dulu video dibawah ni sampai habis then baru bagi penilaian atau komen. Btoi x? Dah tak reti eja elok². Bukan menilai sebelum menonton. Sesekali menonton filem pendek bagus jugak kan? Cheers.

Cinta Antara Tinggi dan Rendah?

Tajuk dlm harian metro sebenarnyer 'cinta antara dua darjat' tapi aku dgn gembiranyer ubah tajuk tersebut. Inilah yg dikatakan cinta tak mengenal rupa. Walaupun size yg agak jauh berbeza tapi tak menghalang kasih-syg yg lahir dihati.

Pasangan dibawah ni sedang asyik dilamun cinta (melalui gambar tersebut dpt digambarkn) Nampaknyer kelihatan bahagia jer.......! Ada gaduh² x? Itu hanya mereka yg tahu. Semoga berbahagialah hendaknyer.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BRASILIA: Walaupun memiliki ketinggian luar biasa, ia tidak menghalang Elisany da Cruz Silva menjalani kehidupan seperti remaja lain, termasuk menjalinkan percintaan dengan lelaki pilihan.


Elisany, 17, ketika ini diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.07 meter, manakala teman lelakinya 40.6 sentimeter lebih rendah.

Apabila perlu, Elisany terpaksa membongkok untuk mencium kekasihnya, Francinaldo da Silva Carvalho, 22.

Berasal dari Salinopolis, ketinggian Elisany meningkat ketara akibat ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang mengawal tumbesaran.

Ketumbuhan itu telah dibuang melalui pembedahan sebelum ini.

Menurut Elisany, dia terpikat kepada Carvalho kerana pemuda itu memiliki personaliti yang menyenangkan.

Katanya, Carvalho bijak berinteraksi, sama ada dengan orang lain atau dirinya sendiri.
“Satu-satunya aspek yang menjejaskan hubungan kami ialah ketinggian.

“Apabila kami keluar berpegangan tangan, Carvalho kelihatan seolah-olah adik atau anak saya,” katanya.
Bagaimanapun, kata Elisany, bukan dia yang memilih Carvalho menjadi kekasih, sebaliknya ia berlaku atas kehendak Tuhan.

Sementara itu, Carvalho berkata, rakannya tertanya-tanya bagaimana dia memeluk Elisany.

Kata pekerja pembinaan itu, ia tidak menjadi halangan kerana setiap masalah ada penyelesaian.


“Elisany seorang yang jelita walaupun ketinggiannya sangat ketara.

“Saya tiada masalah memiliki kekasih yang sangat tinggi,” katanya. Sementara itu, Elisany berkata, selain bermasalah untuk menaiki bas sekolah, dia berhenti belajar apabila ketinggiannya menjadi bahan ejekan rakan sekelas.

Di rumah pula, Elisany mengaku berdepan banyak masalah apabila sering terhantuk kayu siling. - DM - myMetro

December 17, 2012

Peristiwa: Bunuh Adik Prebet Adam

Tiada raja sebenar² raja melainkan Allah SWT. Usahlah angkuh dan sombong kerana darah yg mengalir dlm tubuhmu tiada bezanyer dgn manusia lain. Engkau juga diciptakan dari setitis air mani yg kotor, kemudian apabila mati menjemputmu, jasadmu akan kembali kepada tanah sama saja dgn org lain.

Apa yg menyebabkn engkau sombong? Sedangkan segala nikmat yg ada padamu itu adalah milik Allah. Kita semua sama. Yg berbeza adalah ketakwaan dan keimanan kita. Itulah yg akan menyelamatkan kita dari azab neraka Allah yg pedih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada suatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu.

Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian.


Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya.

Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket.

Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis.

Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

Sumber: 

http://www.mychannels.org/2012/12/mengimbau-kisah-prebet-adam-yang.html

Jadi Gay, Benci Tong Sampah Besar

Betul. Tong sampah besar pun kalau boleh bercakap n tendang org, org pertama yg ditendang dan dimaki adalah 'abg mat'. Kepada abg mat bertaubatlah. Begitu jugak pakcik² - jenis gay sekalian. Kamu bukan saja merosakkan diri sendiri, malah membalakan hidup org lain yg tak bersalah. Sungguh hina dan jijik perbuatan merosakkan hidup org lain tersebut. Dan kepada saudara dibawah ni syukur kerana telah kembali bertaubat. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini, penyakit sosial melibatkan hubungan sesama jantina sudah menjadi sesuatu yang bukan lagi asing. Begitu pun, di sebalik tabir kehidupan mereka yang terjebak dengan aktiviti songsang, terdapat bermacam cerita yang menjadi titik mula. Beruntunglah mereka yang menyedari khilaf dilakukan seterusnya sempat memohon keampunan Ilahi.


Di sebalik wajah tampan dan gaya menawan, Fariz sentiasa dihantui rasa bersalah atas dosa yang dilakukan.


Fariz Saari (bukan nama sebenar), 37, antara insan bertuah ini. Meskipun mengakui seksa mengeluarkan diri dari lembah noda, dia berdoa semoga terus kuat untuk berpaut pada hidayah yang diterima apabila usia kian bertambah.

Mengimbau kisah awal terjebak, Fariz membuka cerita ketika usianya baru 7 tahun. Membesar di pinggir kota sebagai anak bongsu daripada empat beradik, dia menyenangi perhatian diberikan sesiapa sahaja kepadanya.

“Setiap petang, saya bermain dengan kawan di padang bawah flat tempat tinggal dan hubungan kami sejak kecil menjadi cukup rapat,” ujar Fariz.

Dalam kalangan kawan, ada ‘abang’ berusia 13 tahun digelar Abang Mat, yang  suka beri perhatian lebih kepadanya dan bertindak bertindak seolah-olah penjaga kepada Fariz ketika mereka bermain.

Sudah tentu, Fariz senang dan gembira dengan Abang Mat. Hinggalah satu hari, selepas selesai bermain Abang Mat mengajaknya mengikut ke satu tempat.

“Dia bawa saya ke tong sampah besar di kawasan belakang flat. Saiz ketika itu membuatkan kami tenggelam di sebaliknya. Saya terpinga-pinga apabila Abang Mat membuka seluar lalu menyuruh saya melakukan sesuatu sebelum melakukan perkara sama kepada saya. Katanya ini permainan kahwin-kahwin,” cerita Fariz.

Pada usia mentah begitu Fariz yang naif mengikut sahaja kemahuan Abang Mat. Sejak itu, Abang Mat sering mengajaknya bermain kahwin-kahwin. Bagaimanapun, Fariz diberi amaran awal agar tidak pecah rahsia kepada sesiapa tentang hal itu. Kata Abang Mat, permainan itu hanya untuk orang yang istimewa dan terpilih.

Asrama penuh

Ketika berusia 10 tahun, Fariz mengikut keluarga berpindah ke sebuah negeri di selatan kerana ayahnya diarahkan berpindah cawangan kerja. Di tempat baru, Fariz kembali mendapat kawan seusia dan dapat bermain bersama. Lama-kelamaan Fariz semakin melupakan kawan lama termasuk Abang Mat.

“Dalam ramai-ramai tu ada seorang bernama Didi yang berperwatakan lembut. Dia muda setahun daripada saya. Seperti Abang Mat, Didi memberikan perhatian lebih kepada saya,” kata Fariz.

Didi berterus-terang kepada Fariz bahawa dia menyayanginya. Fariz agak keliru dengan keadaan berkenaan namun berasakan tidak salah untuk mereka menjadi lebih rapat. Siapa sangka, ini menjadi picu untuk membuka semula sejarah yang pernah diajarkan Abang Mat kepadanya.

“Satu hari ketika kami sedang bermain dalam biliknya Didi meminta saya melakukan sesuatu yang pernah Abang Mat minta daripada saya. Tanpa berfikir panjang saya mengulangi perkara lama,” ujar Fariz yang mengimbas kisah silam.

Ketika itu, dia masih tidak menyedari apa yang dilakukannya adalah salah dan berdosa. Fikirnya pada usia itu, hanya hubungan perasaan antara lelaki dan perempuan adalah tidak betul dan memalukan namun dia tidak pula tahu batas antara lelaki dengan lelaki.

Masuk tingkatan 1, Fariz yang memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) memasuki sekolah berasrama penuh yang menjadi kebanggaan keluarga.

“Rasa macam langit runtuh menghempap kepala apabila belajar Sains dan mengetahui tentang seks yang normal. Barulah saya tahu apa itu homoseksual. Itu pun tak secara sempurna. Apa yang saya tahu, hubungan kelamin antara lelaki dengan lelaki boleh dapat AIDS,” ujar Fariz.

Dendam sampai mati

Meskipun kesal setelah mengetahui apa dilakukannya tidak normal, Fariz tidak dapat menafikan perasaannya yang langsung tidak tertarik pada kaum Hawa. Sebaliknya perasaan ingin mengulangi apa yang dilakukan bersama Didi dan Abang Mat kian membuak-buak.

“Menjadi perkara biasa untuk tidur bersama atas satu katil di asrama. Satu hari saya memberikan ‘isyarat’ ketika tidur bersama seorang kawan. Tanpa disangka-sangka dia memberikan respons dan kamu boleh agak apa berlaku selepas itu bukan?” kata Fariz sambil merenung wajah penulis.

Namun, Fariz akui dia mengalami perkara paling dahsyat setelah seorang senior tingkatan 4 bertemu dengannya dan meluahkan perasaan tertarik terhadapnya.

“Satu malam, dia melakukan sesuatu yang sangat menyakitkan. Terlalu sakit sampai saya menangis dan rasa nak demam selepas kejadian tersebut. Dia mengambilkan air, panadol dan memujuk saya dengan menyatakan sakit itu hanya sementara,” ujar Fariz.

Sejak itu, hubungan sesama jantina yang dijalani Fariz benar-benar melampaui batasan. Itulah cara hubungan yang diteruskan Fariz sesudah memasuki universiti dan memasuki dunia pekerjaan.

“Saya paling tertarik dengan lelaki yang berperwatakan nerd, memakai cermin mata dan sopan. Jangan terkejut, kebanyakan yang saya approach boleh ‘didapatkan’ dengan mudah.

“Tapi kebanyakan hubungan pasti kandas di tengah jalan. Biasalah, kami sama-sama tahu hubungan begini tidak ke mana. Biasanya akan putus bila pasangan dah temui teman wanita atau mendirikan rumah tangga,” ujar Fariz.

Satu hari, Fariz berasa sangat sunyi. Biasanya selepas putus dengan pasangan, dia akan bertemu orang baru dengan mengunjungi kelab atau tasik yang sudah menjadi ‘port’ bagi orang sepertinya. Tapi pada hari berkenaan, entah mengapa hatinya rasa tak tenteram.

Bunyi azan Maghrib di surau berhampiran rumahnya menambahkan hiba hingga dia tiba-tiba menangis seperti anak kecil mengenangkan diri yang terlalu mengikut hawa nafsu.

“Saya terfikir, walaupun banyak melakukan dosa tapi Tuhan masih memberikan rahmat kepada saya dengan rupa yang tampan dan pekerjaan hebat. Apa perlu saya lakukan cuma bertaubat dan lawan hawa nafsu. Sudah tentu, perkara itu tidak mudah,”ujarnya.

Tetapi menurut Fariz, kini dia sedang berkawan dengan seorang wanita yang dirasakan cukup memahami dirinya. Begitu pun, dia belum tega untuk berterus terang tentang dosa silamnya.

“Terlalu susah untuk melawan nafsu, hanya jiwa yang benar-benar kental dan kembali pada landasan agama dapat selesaikannya.

“Saya tahu saya tak boleh salahkan sesiapa atas dosa yang pernah dilakukan tapi dalam diam-diam saya menyimpan dendam pada Abang Mat, mungkin sampai mati kerana mula-mula mengajar saya tentang perkara hina ini,” ujar Fariz.

Katanya, tidak setakat dendam malah sampai ke hari ini dia sentiasa trauma bila terhidu bau sampah atau melalui kawasan tong sampah besar kerana ia seolah-olah mengimbau semula detik awal dia terjebak melakukan hubungan songsang. - sinarharian

December 14, 2012

Mayat Terbiar Digunung Everest

Dibawah adalah gambar pendaki² gunung Everest yg menemui ajal ketika pendakian. Memandangkn gunung Everest adalah merupakan gunung yg tersangatlah tinggi - gunung tertinggi dunia, maka menyukarkan utk teman² mereka membawa pulang sahabat yg meninggal dunia ketika diperjalanan tersebut. Dan aku agak Insya allah mayat tersebut takkan berbau sebb cuaca suhu sejuk yg melampau seperti ni. Yer ker? Aku agak jer..........~seperti biasa berita ni aku ambil dari fb.







Gambar - credit to mychannels.org :-)

Penjara Pudu yg Menyeramkan

OK. Aku tak bermaksud nak bagi korang takot. Aku cuma nk share video ni. Bukankah sharing itu caring? Ohh...cantik dan mulusnyer bahasa aku. Worait, x payah nk takot² sgt...'Tiada yg layak ditakuti selain Allah.' Jom layankan video ala² seram nie.

Sanggup Bedah Demi 12.12.12

Hurm, kpd ibu² mengandung (muslimah), jgnlah dipaksa pulak anak anda dilahirkan mengikut tarikh kesukaan anda....biarlah ianya lahir secara fitrah dan semulajadi tanpa paksaan dan kerahan. Kerahan? Mcm tenaga buruh plak ayat milokaw nie.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOHOR BAHRU – Impian sepasang suami isteri mengabadikan tarikh istimewa 12.12.12 bagi kelahiran anak kedua mereka terlaksana melalui pembedahan awal.



Lau Siew Hoon, 32, pada awalnya dijangka melahirkan bayinya pada 16 Disember ini, namun berhasrat melakukan pembedahan awal di Hospital Pakar Johor, di sini.

Menurutnya, anak pertamanya turut dilahirkan pada tarikh yang dianggap istimewa iaitu 20.10.2010 walaupun rancangan awalnya untuk melahirkan bayi itu pada 10.10.10 tidak kesampaian.

“Kami masyarakat Cina memang menganggap tarikh ini bukan sahaja cantik, tapi ada ‘ong’ kerana pada tarikh ini juga ada pasangan yang berkahwin dan memulakan perniagaan,” katanya semalam.

Hospital Pakar Johor menyambut tiga kelahiran bayi bagi tarikh 12.12.12.




Berita yg lebih hot dan panas (tentang kelahiran bayi pada 12.12, jgn saloh paham pulokk) disini

December 08, 2012

Mengenali Bakal Suami

Jom jalani kehidupan sebagaimana yg dituntut Allah SWT. Menilai bakal suami atau isteri sebagaimana yg diajar oleh Rasulullah SAW. Insyaallah diberkati dan diredhai Allah SWT dunia-akhirat. .

December 04, 2012

Lelaki Suka Hutang Malas Bayar

Benarkah?? Aku pun tak pasti.  Tapi dah 169, 218 orang lelaki yg diistiharkan sebagai bankrap sebb berhutang n malas bayar hutang.

Aku rasa mcm tak patut kalau kita ckp 'malas'? Why not kita tukarkan perkataan tersebut kpd 'tidak bertanggungjawab' sopan-santun sikit kan....? Ke guana?



Tak baik ckp mcm². Mungkin benar ada yg malas or tak bertanggungjawab terhadap hutang mereka. Tapi tak kurang jugak yg memang hidup melarat n takder duit nak bayar hutang yg keliling-pinggang. Lagi² dlm ekonomi Msia yg semakin teruk n cekik darah nie. Jadi, terusanlah dlm hutang dan kemelaratan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR – Seramai 169,218 individu lelaki di negara ini telah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2005 hingga April tahun ini - 2012 disebabkan sikap buruk mereka sendiri yang liat untuk membayar balik hutang.

Jumlah tersebut meliputi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan individu yang telah diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama iaitu seramai 241,740 orang.

Gambar hiasan duniawi


Ketua Jabatan Korporat dan Komunikasi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohd. Khalil Jamaldin berkata, fakta tertersebut menunjukkan golongan lelaki di negara ini lebih suka berhutang berbanding golongan wanita.

Beliau berkata, jumlah golongan wanita yang diisytiharkan bankrap dalam tempoh sama adalah seramai 72,522 orang.

Katanya, punca utama golongan Adam menjadi liat untuk membayar hutang adalah disebabkan sikap mereka yang gemar melangsaikan hutang sedia ada dengan membuat pinjaman baharu.

Beliau menegaskan, tindakan tidak berhemah golongan lelaki membuat hutang baharu itu ibarat menutup lubang hutang lama dan kemudian menggali lubang hutang yang baharu.

“Hutang yang baharu itu tidak akan selesai malah semakin bertambah.

“Apabila sudah tidak mampu bayar, tanggungjawab untuk membayar hutang itu turut hilang.

“Jadi akhirnya dia biarkan saja hutang itu macam orang malas nak bayar hutang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. - Kosmo

Pelajar 14 Tahun Dirogol 20 Lelaki

Hurmm................ni kira rogol sebb bawah umur. Hakikatnyer bukan dirogol, tapi suka sama suka.

Entahlah, nk ckp or komen byk² pun aku ada adik perempuan. Malah ada kawan² disekolahnyer dah hilang dara pun. Bertukar² pasangan dan terjebak seks bebas. Bergaul tanpa batas. Jadi, yg harus utama dijaga dan dikomen adalah diri sendiri dan adik² sendiri dulu.


Tak ada kucing yg akan menolak bila ikan dah terhidang depan mata. Kecuali kucing tu vegetarian.

Eh, kucing ada vegetarian ke? Ohh...blur sekejap kepala-otak. Maksud akak, tak ada lelaki yg akan tolak wanita didepannyer utk dijadikan pemuas nafsu kecuali lelaki² baik & soleh yg dilindungi  Allah SWT.

Jadi kepada adik² sekalian, pandai²lah jaga maruah dan harga diri kita. Sedang kita jaga pun terlalu byk dugaan dan godaan yg datang.......tinggal lagi kekuatan diri saja yg mampu menolak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KULIM - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di sini, jam 2 pagi baru-baru ini.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine ketika berusia 13 tahun.

Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun.

Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya.

Mangsa ditemani anggota polis ketika menyenaraikan nama suspek yang pernah merogolnya.

Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.

“Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan,” katanya.

Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.

“Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oleh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan.

“Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya.

"Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oleh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat,” katanya. - Sinarharian

Quotes And Thoughts







December 01, 2012

Surat Cinta Untuk Kekasih

Walau sehebat mana pun diri kita, ego dan seangkuh mana pun memandang hina pada org lain, akhirnyer inilah tempat jasad kita dikembalikan. Layakkah kita merasa sombong? Sedangkan kuburan setiap hari memanggil dan menanti.


The Grave is CaLLing!
Listen Very CarefuLLy!!

Oh! s0n of Adam
I remembered y0u again today...
Did y0u Remember me?
Listen!!!

I am fuLL of Darkness,
So bring with y0u the Light of SaLa't...

I am a pLace of fear,
So bring with y0u the peace of Tilawat E-Qur'an...

I am fuLL of snakes and sc0rpi0ns,
So bring with y0u the Sunnah of 0ur BeLoved Pr0phet (S.A.W)...

I am fuLL of Punishment,
So bring with y0u the Reward of Charity/ Sadaqah...

I am fuLL of Fire,
So bring with y0u the tears faLLen fr0m fear to ALLAH (S.W.T)...

Don't Forget Me as I am EagerLy waiting for y0ur arrivaL...

Ya ALLAH forgive our sins, save us fr0m the punishment in the grave and fr0m the heLLfire...

Guide us and keep us on the Right path...aMeen! - fb

November 30, 2012

Teman Baikku Harimau

Kdg² berkawan dgn haiwan lebih baik dari berkawan dgn manusia yg tidak tahu menghargai ksh-syg dan kebaikkan yg diberikan.

Lelaki dibawah dikenali sebagai Abdullah berkawan baik dgn Mulan si harimau betina yg berumur empat tahun ni sejak harimau ni berusia 3 bulan lagi.

Abdullah lah yg menjaga dan membela Mulan ni bagai 'menatang minyak yg penuh.' Dah berperibahasa la plakkk.........! ~ Sila layankan gambar dan info dibawah.




FEARLESS Abdullah Sholeh poses with his best friend — a 27-stone Bengal tiger called Mulan.

The big cat has been raised by Abdullah, 31, since she was a three-month-old cub.


Now besotted Abdullah cuddles, plays and even has mock fights with the four-year-old tiger, who he looks after full-time for owner Noer Mohammaed Sholeh.

Affectionately known as the “tiger nanny”, Abdullah often shuns his own bed to sleep alongside Mulan in a rickety outhouse in Malang, Indonesia.

Abdullah says: “I never feel scared, I consider her my everyday friend.
“When she bites or scratches she is being a normal tiger.” - Asiantown.net

Hebat! Kereta Kristal Lexus

Kau hado?? Aku tak hadoo...! Soklan dan jwpn yg cukup sinonim di zaman ini. Dah tak reti eja bebaik 'ADA'. 'Kau ada?' Kan cantik bunyinyer. OHh..aku dah jadi cikgu Bahasa Melayu plak. Lupakan sumer tu. Kononnyer ejaan dlm blog aku ni btol lah sgt.

Dibawah ni gambar kereta mewah Lexus yg terbuat dari crystal. Cantik x? Kalau tanya aku.......ermm....pada pandangan aku......aku tak minat. Kat tengah panas confirm silau tahap matahari. Tapi kalau korang minat, suka hati korang la kan. ~ Sedikit info dibawah.





Lexus Luxury Crystal

Lexus in China for the first time shows a crystal version of the LFA Supercar, crystal car making delicate bodywork lines, internal engine, seats, steering wheel and in the control dashboards are all visible. Pretty awesome work! - asiantown.net

November 29, 2012

Lelaki Lengan Terbesar Dunia

Berhasrat nak lengan besar gedabak mcm pemuda nie?? Lepas ni bolehla encik² sekalian (lelaki shj) exercise bertubi², khas bahagian lengan sahaja supaya kelihatan gagah dan perkasa. Lepas tu mengalami tekanan serius sebb susah nak cari baju cuz tak muat kat bahagian lengan. Pepaham jerla kedai pakaian kat Msia ni...standard size jer, mana ada size gergasi atau tong drum sangat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MILFORD, Massachusetts - Seorang pemuda berketurunan Mesir, Moustafa Ismail yang tinggal di sini dipercayai memiliki lengan paling besar di dunia.

Ukur lilit lengan Moustafa yang berusia 24 tahun itu ialah 79 sentimeter.
Pemuda itu makan tiga kilogram (kg) protein, 4.08kg karbohidrat dan minum air sebanyak 11.35 liter pada setiap hari .



Pihak Guinness World Records kini menimbang sama ada akan mengiktiraf Moustafa sebagai pemilik lengan terbesar di dunia.

"Mereka (penduduk) memanggil saya Popeye, Popeye Mesir.

"Bagaimanapun, tidak seperti watak kartun Popeye, saya suka makan ayam, daging dan apa jua makanan kecuali bayam," katanya.

Dia juga mengambil vitamin dan makanan tambahan lain.
Moustafa juga sukar untuk mencari baju yang sesuai dengan tubuhnya.



Dia mula berusaha untuk memperoleh bentuk lengan itu di bandar kelahirannya, Alexandria di Mesir sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada 2007 dan menetap di Franklin, barat daya Boston.

Moustafa melakukan senaman angkat berat selama dua jam hampir setiap hari.
Pemuda itu pernah mengangkat bebanan seberat 272kg.

Dia sanggup melakukan dua pekerjaan termasuk sebagai pembantu di sebuah stesen minyak untuk membiayai senamannya di sebuah pusat kecergasan dan makanannya.

Namun, isterinya meminta dia meninggalkan salah satu pekerjaan kerana menganggap suaminya itu bekerja terlalu keras.



Pihak Guinness kemudian menghubunginya dengan menawarkan pemuda itu lawatan ke London, Britain untuk muncul bersama beberapa pemegang pelbagai rekod dunia termasuk wanita paling kecil di dunia.

Moustafa memenuhi undangan itu.

Bagaimanapun, kontroversi muncul kerana terdapat dakwaan di internet bahawa dia menggunakan dadah steroid dan menanam implan pada lengannya.

Beberapa pihak lain mendakwa, dia menyuntik minyak synthol yang digunakan oleh ahli bina badan.

Dia pernah pergi ke Tokyo untuk muncul dalam program dokumentari stesen televisyen Fuji yang menunjukkan beberapa doktor mengambil sampel darah manakala ototnya turut menjalani ujian X-ray.



Doktor-doktor itu bagaimanapun tidak menemui sebarang bahan terlarang dalam tubuhnya.

Namun, pihak Guinness mengeluarkan nama Moustafa dalam laman webnya.

Jurucakap Guinness, Sara Wilcox berkata pada Oktober lalu, pihaknya masih melakukan penyelidikan dengan pakar-pakar perubatan berhubung kes Moustafa sebelum mengiktiraf lengannya. - AP- kosmo

Ayah Dah Lari...........!?

Oh Tuhan, sedihnyer melihat janin yg digugurkan ni. Seolah² matanyer memandangku. Semoga perkara ini tidak terjadi kpd kita.


"dik2...ayah mana? ayah dah xde...dia dah lari cari awek lain...habis mak buat apa kat adik? bila saya main2 kat dlm perut mak...mak paksa adik keluar...waktu tu adik cakap kat mak...'mak...nantilah dulu...jgn kasi adik keluar dulu...bagi adik besar sikit...baru adik keluar...nnti adik boleh jadi anak yg soleh utk doakan mak..' tp mak kata..."aku peduli hape sama kau!!...kau ni menyusahkan aku je...!! Aku tak nak menanggung malu kerana kau !! xpelah mak...adik redha...adik harap...adiklah yg pertama dan yg terakhir ye mak." -fb Darul Ulum

Hantu Menakutkan Di Evalator Brazil

Hantu? Jgn panik. Video kt bawah ni cumalah lakonan duniawi semata. Hantu tu adalah kanak² yg menyamar sebagai hantu. Pun begitu org² yg masuk lif ni tak tahu pun tu cuma rakaman. Dorang ketakutan sebb ingat hantu real. Hakikatnyer, Tiada yg layak ditakuti selain Allah. Hantu/syaitan yg lebih dasyat lagi adalah dari dlm diri kita sendiri.

 

November 26, 2012

Gajah, Lukisan & Cermin

Mlm ni In syaa Allah aku balik jengka. Pas keja la kan. Hari Sabtu lepas aku baru jer balik dari Merapoh. Mlm jumaat lepas bertolak dari sini ke Merapoh.....penat tapi puas hati. Dapat jugak lepaskn rindu pd nenek aku di kg wpun sekejap.

Dibawah aku nk sharekn gambar yg aku ambil dari fb....(asyik² fb). Well ~ mcm biasa ckp omputih, sejak dah register fb semula, memang aku kerap ambil gambar atau artikel dari fb. Asalkn menarik. 

OKlah, x payah citer byk. Sila nikmati gambo² dibawah....! Ckp phg ~ mood balik phg la katakan.




Ketika Hati Seorang Muslimah Terluka

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya.


♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hari-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya.



♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya.



♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunianya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna.



♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesEdarannya untuk menjaga perasaan orang sekitarnya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban dihatinya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya.



♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang di depan matanya tetap diharunginya.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tidak akan luluh.

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya

♥♥ TETAP MENJADI MUSLIMAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
♥♥ TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…

crdt: fb