January 04, 2012

Jel 7 Tahun Jika Sembelih Lembu

Mcm²lah. Rugi didunia, rugi di akhirat. Aku harap undang² merepek tu cuma utk penganut hindu di tempat itu saja, bukan utk penganut Islam dan agama lain yg turut tinggal di negeri mereka. Syukur kerana umat Islam halal memakan apa saja makanan yg halal dan suci. Kecuali dari sumber yg haram, atau makanan memudaratkan yg memang haram utk dimakan seperti katak, biawak, ular, babi, dan lain². Hakikatnyer, kepercayaan karut manusia sememangnyer sering merugikan dan menjerut diri sendiri.

BHOPAL: Menyembelih lembu di negeri Madhya Pradesh boleh menyebabkan penyembelihnya dipenjara tujuh tahun.

Negeri berkenaan yang diperintah oleh parti pelampau Hindu, Parti Bhartiya Janata (BJP) akan menguatkuasakan hukuman itu bagi kesalahan membunuh lembu dan juga penjualan atau pemilikan daging lembu, kata jurucakap negeri di tengah India itu.

“Ia akan dikuatkuasakan tidak lama lagi menerusi pemberitahuan rasmi,” katanya.

Lembu dianggap haiwan suci oleh penganut Hindu. - AFP Metro

No comments: