January 12, 2012

Pengkid Hebat Dari Suami??

Bila syaitan merajai hati, yg haram dan jijik menjadi indah. Alasan curang pd suami dan layan 'kak man' ni (x kuasa aku nak panggil abg) sebb suami dia sibuk berkerja...............! Jgnlah alasan mcm² supaya nampak tidak bersalah. Kat luar sana ramai lagi isteri yg bersuamikn org yg sibuk, malah kena sepak-terajang lagi dgn suami yg baran.....tapi x pulak sibuk cari jantan lain? Apatah lagi cari pengkid sebagai pemuas nafsu. Pokoknyer adalah diri kita sendiri. Nak buat baik atau nak buat jahat? Kita sentiasa diberi pilihan utk menentukan kehidupan kita. Sebb itulah adanya syurga dan neraka. Semoga kita semua dijauhkan dari malapetaka begini dan semoga kakak ni kembali kepangkal jalan dan kembali taat kpd suami dan anak².............
JOHOR BAHRU: Biarpun sudah bersuami dan memiliki dua anak, seorang suri rumah tetap tewas kepada godaan nafsu songsang apabila menjalin hubungan sulit dengan wanita berperwatakan lelaki atau pengkid.

Lebih mengaibkan, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 38, tanpa silu mendedahkan dia berbuat demikian kerana berasa pasangan songsangnya itu lebih hebat di ranjang berbanding suaminya.

“Suami saya sudah mencecah 50 tahun dan layanan seksualnya terhadap saya biasa saja, tetapi kekasih pengkid saya lebih hebat,” katanya.

Lisa berkata, kekasih songsangnya yang dipanggil Man, 43, dikenalinya sejak enam tahun lalu dan mereka mula menjalin hubungan intim selepas pengkid itu lebih banyak memberi perhatian kepadanya berbanding suami yang dikahwininya selama 13 tahun.

“Sebelum ini, saya tidak pernah curang pada suami, tapi segala-galanya berubah apabila saya mula bosan dengan sikap suami yang bukan saja sibuk bekerja sehingga tidak memberi perhatian kepada saya termasuk dalam hubungan seks. -metro online

No comments: