February 24, 2012

Peristiwa: Tragedi Highland Towers

Masih ingatkah lagi kita pd peristiwa yg cukup menggemparkn negara dan luar negara hampir 20 tahun yg lalu? Kalau tanya adik aku syikin, confirm dia x tau sebb dia belum pun lahir pada tahun ini. Kalau ada pembaca yg tidak tahu atau sudah lupa, disini aku coretkn sedikit fakta. Tarikh berlakunya keruntuhan blok 1 Highland Towers, di Kuala Lumpur ini pada 11 Dec 1993. Hari Sabtu, tengahari. Mangsa yg dilaporkan secara rasmi terkorban ialah 48 org. Dibawah adalah video² bersiri tentang peristiwa tragedi Highland Towers.











Di bawah ni plak adalah view terbaru Highland Towers disiang hari. Memang seram!

February 23, 2012

Kek Hodoh Di Abad Ini

Dibawah ni gambar² kek hodoh lagi tidak menyelerakan. Biasa cake cantik dan sedap mata memandang.......lagi kecur air liur. TAPI yg ni tidak, haram tak berselera tgk...darah mesti naik mendadak jer kalu dpt hadiah cake camni. Tak tau pemberi dan pemakan cake ni berfikiran camana....buruk btol.






Ayam Pun Berdangdut

Sapa kata pakcik-makcik, abg-kakak kaki dangdut jer suka berdangdut......? Ayam pun suka tau! Tapi rela dlm paksa. Bukannyer dorang pasang sendiri lagu tersebut, tapi tuan reban mereka yg pasang. Katanyer bagi mengelakkan ayam mati mengejut!
Penternakkan pelik ini adalah di negara jiran kita Indonesia. Bagi penduduk tempatan perkara ni tak menghairankn mereka, sebb dah byk penternak yg mengamalkn terapi aneh ini. Berita aku petik dari sinarharian. Hurm.....kalau camtu aku pun nak jugak la. Lau ada ternak ayam pasangkn dorang ayat² suci al-Quran, dgn aku² sekali dpt manfaat...menternak sambil mendengar alunan kitab suci tersebut.............! Bukan per, kalau pasang lagu dangdut nanti dorang sibuk berjoget dangdut plak......nk tangkap pun payah.

February 22, 2012

Burung Bagi Anjing Makan

Jom tgk burung ni bagi anjing makan!
Agak pelik dan aneh kalau manusia yg mempunyai akal tak mahu berkongsi rezeki yg Allah SWT kurniakan...? atau bahasa mudah 'kedekut', sedangkn haiwan mcm burung ni pun pandai berkongsi rezeki yg dikurniakn wpun dia tak mmpunyai akal. Sama²lah kita renung dan fikirkan.....................!

February 21, 2012

Mat Rempit Berlagak Suci

Ko dah la meragut. Lepas tu berlagak suci plak. Menuduh org lain bersalah dan bergadai nyawa. Ehh...nak jer aku tampar mat rempit nie..keja malas, meragut harta benda dan wang ringgit org. Patutnyer mat rempit mcm nie dicampak ke dlm loji kumbahan. Itu kalau ikut nafsu marah nie. Tapi akal yg waras berbisik, inilah golongan mereka yg jauh dari petunjuk Allah. Harap golongan mat rempit yg rosak akhlak ini dan kita semua akan berubah dan menjadi insan yg lebih baik dan berguna kpd bangsa dan agama...Isnyaallah.
ALOR SETAR: “Dia cuma berani di belakang, orang macam ini perlu diberi pengajaran,” kata Muhamad Hafiz Azizan, 23, suami mangsa ragut di Jalan Gelam-Jalan Datuk Kumbar, di sini, Jumaat lalu.

Muhamad Hafiz berkata, hatinya geram apabila menerima SMS dipercayai daripada peragut yang menggunakan telefon bimbit isteri yang berada di dalam beg diragut.

SMS berbunyi ‘Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.’

Dia berharap, peragut terbabit ditangkap polis dan dihadapkan ke muka pengadilan.

SMS itu juga membuatkan, isterinya, Nuramiza Ezzanie Azmi, 21, semakin marah kerana peragut menyalahkan dirinya. - myMetro

February 16, 2012

Gaun Terbuat Dari 9,999 Kuntum Ros

Pengantin wanita Yin Mi dilamar oleh teman lelakinyer dgn memakai gaun yg diperbuat dari 9,999 kuntuman bunga ros di negara cina. Mr.Fan mengenali kekasih hatinyer 3 tahun yg lalu ketika Yin Mi dimahkotakn sebagai ratu bikini tahun 2009. Tapi, aku bukan nk citer pasal bikini....cuma nak citer pasal bunga ros nie. Amazing kan? Mcm²lah manusia nie.......kreatif terlebih. - gambar asiantown.net


Kena Tipu Dgn Janda

EH..eh, geram plak aku kat janda nie. Kot yer pun terdesak jgnlah sampai menipu. Tak pasal² pakcik ni kerugian....nak p haji pun tertangguh. Kpd pakcik², abg², n adik² lelaki diluar sana sila jgn terpedaya dan berhati²lah agar anda tidak terpedaya oleh pujukan-tangisan wanita yg merayu atau menggoda anda. Dosa dpt (sebb melayan) rugi pun dpt.........zaman skang, pmpuan pun dah ramai penipu dan jahat mempergunakan org lain utk kepentingan diri. Sepatutnyer dari awal lagi jgn menjalin hubungan dgn wanita tersebut.
KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah.

Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

“Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.

“Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam. - myMetro

Lelaki Tertinggi Dunia

Siapakah lelaki ni? Memanglah sgt tinggi. Tinggi tak hingat².......tapi, perlu di ingat. Kita memang x mampu nak cipta size kita, dah tentulah semuanya dgn kekuasaan Allah SWT....kalau bleh ubah² or pilih size or fizikal, dah tentulah semua manusia ni hensem dan jelita. Takder yg terlalu tinggi or terlalu rendah. Terlalu gemuk or terlalu kurus. Terlalu hitam or terlalu putih......dan mcm² 'terlalu' lagi.
KUANTAN: Lelaki tertinggi di dunia, Ijaz Ahmed, 36, menarik minat orang ramai untuk bergambar dengannya ketika singgah di bandar berhampiran pasar besar Kuantan. Foto: AFIF ABD HALIM (14/02/2012) myMetro

February 15, 2012

Bayi Dibuang Di Warung

Dah terlalu byk gejala buang bayi sejak bertahun-tahun-tahun dulu. Inilah hasilnyer bila nafsu merajai akal. Agama tidak lagi diutamakn. Semoga kita dan keluarga dilindungi dari gejala buruk ini. Sekiranyer terlanjur, masih ada waktu utk bertaubat dan kembali ke pangkal jln....sama²lah insaf dan bertaubat......sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambar Hiasan
GOMBAK - Seorang bayi lelaki yang masih hidup dipercayai baru dilahirkan ditemui di atas meja sebuah warung di Jalan Makmal, Kampung Melayu Sungai Buloh, di sini, semalam.
Bayi yang cukup sifat dan bertali pusat itu ditemui oleh penduduk, Mohammad Rosli Omar, 48, kira-kira jam 6.30 pagi.

Menceritakan penemuan bayi itu, Mohammad Rosli berkata, dia yang dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah terdengar suara tangisan bayi ketika melalui jalan tersebut.

“Saya mencari dari mana suara tangisan bayi itu datang, terus menuju ke warung itu dan menemui seorang bayi lelaki yang diletakkan di atas meja dengan dibaluti tuala. Kemudian menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komi­sioner Abdul Rahim Abdullah, berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Saya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran,” katanya. -sinarharian

February 14, 2012

Kemalangan Maut Cyberjaya 14 Feb

Dari Allah SWT kita dtg kpd Allah SWT jualah kita kembali.
Hari ni 14 Februari 2012 sebelum sampai ke pintu masuk MMU, ada berlaku eksiden di simpang jalan utama yg org ramai biasa lalu. X jauh dari MMU.

Jam belum 8.30 pagi, masa aku lalu tu sekujur tubuh terbaring di jln, lori pasir bersebelahan dgn tubuh tersebut, motor mangsa tersebut...x jauh dari perbaringan dia....dan agak kedepan sedikit mercedes remuk seperti tin di lenyek.

Jln masih sibuk dgn org ramai, polis, ambulans. Wpun jam dah hampir pukul 10 pagi. Mayat dijln bertutup dgn plastik hitam....mangsa didlm kereta merz baru dikeluarkan utk dibawa oleh ambulans. Selama dari pagi tadi mangsa tersepit baru berjaya dikeluarkan..dgn tangan yg telah siap dikiamkan. Dlm hati aku berdoa semoga dia hanya cedera. Ya Allah......mangsa semuanya muslim, kecuali pemandu lori..aku tak tahu. Sebb nampak mcm lelaki bukan melayu berdiri dekat mangsa yg terbaring kaku tersebut.

Tak seperti pagi tadi masa aku baru nak masuk keja, masa tu tentu saja baru terjadi kemalangan, sebb kereta yg berenti belum byk, polis pun belum tiba. Tubuh kaku yg terbaring masih bersendirian dijln tanpa ditutup....dlm hatiku berbisik smoga dia hanya pengsan atau tak sedarkan diri......rupanyer bila opis mate aku nurul pula lalu masa nk dtg keja org ramai baru nak tutup dgn surat khabar. Rupanyer, mangsa tersebut dah meninggal dunia? Patutlah tak siapa yg berani menyentuh dan membiarkn saja dia terbaring..........

Dah masuk office, kami dpt tahu rupanyer mangsa yg terbunuh tersebut adalah MMU staff, teknisyen di salah sebuah department MMU ini. Dan aku memang kenal orgnyer......masa dia belum kahwin dulu hinggalah sekarang dah berkahwin. Menurut kwn²nya biasanya dia memandu, jarang naik motor seperti hari ni.......semuanya ketentuan Allah SWT.

Seorang lagi mangsa yg terkorban adalah pemandu merz tersebut, suami salah seorg lecturer MMU ini jugak. Ya Allah, hari ni pasti hari yg sgt menyedihkan dlm hidup saudara muslimku yg terlibat dlm kemalangan tersebut. Semoga Dr.Az dan isteri E tabah mengharungi ujian Allah SWT di atas kehilangan suami tercinta. Aku tak kenal Dr.A..mahupun isteri E tersebut. Tapi aku turut merasakan kesedihan yg mereka lalui, sementelah mereka adalah saudara muslim kita....dan yg pergi itu juga adalah saudara Islam kita....ucapan takziah kpd mereka yg kehilangan suami tersyg............Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh suami mereka berdua. Setiap yg bernyawa pasti merasai mati......

Kemalangan ini memberi aku seribu pengajaran. Kehilangan teman yg dikenali mahupun tidak dikenali merupakan seribu peringatan buatku.......aku byk dlm kelalaian dan alpa. Apa yg berlaku ini adalah peringtan supaya aku sentiasa ingat, insaf, dan sedar bahawa mati itu pasti....dan cukuplah mati sebagai pengajaran. Selain tu sikap pemandu mestilah berhati² dan tidak pentingkan diri seperti pemandu lori tersebut. Yg terbaru aku dengar pemandu tersebut adalah cina dan tidak merasa bersalah pun wpun dia yg menyebabkn kemalangan....masuk simpang tanpa mempedulikan jln utama.

P/s: beberapa komen yg menyebut tentang racist. harap maklum, sy juga bketurunan cina + melayu jadi x timbul soal sy saja nak wujudkan isu perkauman. yg cuba disampaikn disini adalah 'sikap pemandu', x kira dia mat saleh, melayu, cina, atau per saja. Sesungguhnya Allah SWT tak tanya apa kaum kamu? melainkan 'apa agamamu'......................

February 13, 2012

Masakkan Terbesar Dunia

Manusia memang x bleh dipisahkan dgn makan. Sabda Rasulullah SAW...'Makanlah ketika lapar...dan berhenti sebelum kenyang.' Hikmahnyer byk, salah satunyer utk mengekalkn kesihatan tubuh-badan dan menghindari diri dari kemalasan. Selain dpt juga merasakan kesusahan dan kesempitan hidup org² yg kebuluran atau melarat dlm kemiskinan. Kat bwh ni gambar pai labu, pizza, kebab, dosai, burger, makanan arab, spaghetti, dan berbagai makanan lagi dari seluruh dunia yg berjaya memecahkan rekod dunia.














February 09, 2012

Antara Jerung Terbesar

Dibawah adalah bangkai ikan jerung yg ditemui di Karachi, Pakistan yg akan dibuang. Jerung ni sgt berbahaya, tapi dah mati ketika ditemui. Jadi, taklah berbahaya lagi. kalau tak, jgn haraplah nak berposing dekat² n ramai² mcm nie....................! -gambar asiantown.net

Bayi Dalam Plastik

DI SINI...Fredly (kanan) menunjukkan lokasi dia menemui bayi perempuan berkenaan.

TAWAU: “Mujur kami meronda sejam sekali, kalau tidak bayi ini pasti jadi habuan anjing yang banyak berkeliaran di sini,” kata pengawal keselamatan, Fredly Suman, 40, yang menemui bayi perempuan masih bertali pusat ditinggalkan di kaki lima bangunan berhampiran pejabat Jabatan Air di Tanjung Batu, di sini, awal pagi semalam.

Menurut Fredly, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dia bersama rakannya, Umar Emat, 55, sedang melakukan rondaan di kawasan itu sebelum melihat satu bungkusan plastik di siar kaki bangunan terbabit.

“Pada mulanya, saya menyangka plastik ini berisi sampah dibuang penduduk atau digonggong anjing.

“Tetapi, sebaik membuka plastik ini, saya terkejut melihat wajah bayi yang comel,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Katanya, bayi perempuan itu kemudian menangis tanpa henti menyebabkan dia dan rakan membawanya ke pondok pengawal sebelum menghubungi polis.

Fredly berkata, dia melihat bayi itu seolah-olah kelemasan dalam plastik dengan berbantalkan kain batik ketika membuka bungkusan berkenaan.

“Sebaik dikeluarkan, saya lihat bayi ini masih bertali pusat namun keadaannya seperti sudah dimandikan dengan rambut disisir rapi serta tiada kesan darah di badan,” katanya.

Fredly berkata, sepanjang bekerja di kawasan itu sejak 18 tahun lalu, kejadian itu pengalaman pertamanya.

“Selama ini saya hanya membaca kejadian sebegini melalui media, tak sangka pula turut mengalaminya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Buat masa ini, bayi yang cukup sifat ini ditempatkan di Hospital Besar Tawau dan berada dalam pengawasan pihak hospital,” katanya pada sidang media di pejabatnya.

Ibrahim berkata, polis sudah menjalankan siasatan termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 bagi mengesan individu yang membuang bayi itu.

“Mereka yang bertanggungjawab perlu diberkas dan dihadapkan ke mahkamah.

“Polis meminta kerjasama mana-mana hospital, klinik bersalin atau mereka yang mengetahui kejadian ini supaya menghubungi polis dengan segera,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya. -mymetro

Bandar Biru Jodhpur, India

Bandar biru ni terletak di Jodhpur. Bandar ke? Di India ni kira bandar la. Kota kedua terbesar di Rajasthan, India. Kata penduduk kota di India ini, warna biru mendinginkan dan juga menghalang nyamuk. Tapi, ada juga sumber mengatakan ianya berkaitan dgn kepercayaan mereka kpd dewa² yg mereka sembah. Gambar: beritaunik dan google.














Gempa Bumi Filipina Feb 2012

Gempa-bumi yg melanda Filipina awal minggu ini dgn gegaran berukuran 6.9 skala ritcher......setakat ini mengorbankan lebih 25 org mangsa, dan lebih-kurang 50 org masih hilang. Antara tanda² besar kiamat ialah kerapnya berlaku bencana alam yg besar seperti gempa-bumi, tanah runtuh, tsunami, ribut, banjir dan sebagainya yg mengorbankan jumlah manusia yg ramai.