February 15, 2012

Bayi Dibuang Di Warung

Dah terlalu byk gejala buang bayi sejak bertahun-tahun-tahun dulu. Inilah hasilnyer bila nafsu merajai akal. Agama tidak lagi diutamakn. Semoga kita dan keluarga dilindungi dari gejala buruk ini. Sekiranyer terlanjur, masih ada waktu utk bertaubat dan kembali ke pangkal jln....sama²lah insaf dan bertaubat......sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambar Hiasan
GOMBAK - Seorang bayi lelaki yang masih hidup dipercayai baru dilahirkan ditemui di atas meja sebuah warung di Jalan Makmal, Kampung Melayu Sungai Buloh, di sini, semalam.
Bayi yang cukup sifat dan bertali pusat itu ditemui oleh penduduk, Mohammad Rosli Omar, 48, kira-kira jam 6.30 pagi.

Menceritakan penemuan bayi itu, Mohammad Rosli berkata, dia yang dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah terdengar suara tangisan bayi ketika melalui jalan tersebut.

“Saya mencari dari mana suara tangisan bayi itu datang, terus menuju ke warung itu dan menemui seorang bayi lelaki yang diletakkan di atas meja dengan dibaluti tuala. Kemudian menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komi­sioner Abdul Rahim Abdullah, berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Saya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran,” katanya. -sinarharian

No comments: