February 14, 2012

Kemalangan Maut Cyberjaya 14 Feb

Dari Allah SWT kita dtg kpd Allah SWT jualah kita kembali.
Hari ni 14 Februari 2012 sebelum sampai ke pintu masuk MMU, ada berlaku eksiden di simpang jalan utama yg org ramai biasa lalu. X jauh dari MMU.

Jam belum 8.30 pagi, masa aku lalu tu sekujur tubuh terbaring di jln, lori pasir bersebelahan dgn tubuh tersebut, motor mangsa tersebut...x jauh dari perbaringan dia....dan agak kedepan sedikit mercedes remuk seperti tin di lenyek.

Jln masih sibuk dgn org ramai, polis, ambulans. Wpun jam dah hampir pukul 10 pagi. Mayat dijln bertutup dgn plastik hitam....mangsa didlm kereta merz baru dikeluarkan utk dibawa oleh ambulans. Selama dari pagi tadi mangsa tersepit baru berjaya dikeluarkan..dgn tangan yg telah siap dikiamkan. Dlm hati aku berdoa semoga dia hanya cedera. Ya Allah......mangsa semuanya muslim, kecuali pemandu lori..aku tak tahu. Sebb nampak mcm lelaki bukan melayu berdiri dekat mangsa yg terbaring kaku tersebut.

Tak seperti pagi tadi masa aku baru nak masuk keja, masa tu tentu saja baru terjadi kemalangan, sebb kereta yg berenti belum byk, polis pun belum tiba. Tubuh kaku yg terbaring masih bersendirian dijln tanpa ditutup....dlm hatiku berbisik smoga dia hanya pengsan atau tak sedarkan diri......rupanyer bila opis mate aku nurul pula lalu masa nk dtg keja org ramai baru nak tutup dgn surat khabar. Rupanyer, mangsa tersebut dah meninggal dunia? Patutlah tak siapa yg berani menyentuh dan membiarkn saja dia terbaring..........

Dah masuk office, kami dpt tahu rupanyer mangsa yg terbunuh tersebut adalah MMU staff, teknisyen di salah sebuah department MMU ini. Dan aku memang kenal orgnyer......masa dia belum kahwin dulu hinggalah sekarang dah berkahwin. Menurut kwn²nya biasanya dia memandu, jarang naik motor seperti hari ni.......semuanya ketentuan Allah SWT.

Seorang lagi mangsa yg terkorban adalah pemandu merz tersebut, suami salah seorg lecturer MMU ini jugak. Ya Allah, hari ni pasti hari yg sgt menyedihkan dlm hidup saudara muslimku yg terlibat dlm kemalangan tersebut. Semoga Dr.Az dan isteri E tabah mengharungi ujian Allah SWT di atas kehilangan suami tercinta. Aku tak kenal Dr.A..mahupun isteri E tersebut. Tapi aku turut merasakan kesedihan yg mereka lalui, sementelah mereka adalah saudara muslim kita....dan yg pergi itu juga adalah saudara Islam kita....ucapan takziah kpd mereka yg kehilangan suami tersyg............Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh suami mereka berdua. Setiap yg bernyawa pasti merasai mati......

Kemalangan ini memberi aku seribu pengajaran. Kehilangan teman yg dikenali mahupun tidak dikenali merupakan seribu peringatan buatku.......aku byk dlm kelalaian dan alpa. Apa yg berlaku ini adalah peringtan supaya aku sentiasa ingat, insaf, dan sedar bahawa mati itu pasti....dan cukuplah mati sebagai pengajaran. Selain tu sikap pemandu mestilah berhati² dan tidak pentingkan diri seperti pemandu lori tersebut. Yg terbaru aku dengar pemandu tersebut adalah cina dan tidak merasa bersalah pun wpun dia yg menyebabkn kemalangan....masuk simpang tanpa mempedulikan jln utama.

P/s: beberapa komen yg menyebut tentang racist. harap maklum, sy juga bketurunan cina + melayu jadi x timbul soal sy saja nak wujudkan isu perkauman. yg cuba disampaikn disini adalah 'sikap pemandu', x kira dia mat saleh, melayu, cina, atau per saja. Sesungguhnya Allah SWT tak tanya apa kaum kamu? melainkan 'apa agamamu'......................

27 comments:

aziefariza said...

al-fatihah....saya lalu pukul 9 pagi hanya nmpk arwah terbaring kat jalan raya. tak sangka pemandu merc pun meninggal....T____T

Suzi said...

a'ah ramai yg lalu dan brenti tgk... eksiden sebelum time mmu staff masuk keja 8.30 pagi..smoga Allah SWT mncucuri rahmat ke atas roh mereka....amin.

shafa said...

Btw, Dr Aziah mcm mn? Die ada terlibat dlm accident tuh jgk ker? Sbb aziah is my friend. Nk contact die pn i xde phone no die..

Suzi said...

ada...ngan anak dia. cedera n patah...tadi ambulans hosptal putrajaya dengarnya..

Unknown said...

tgk moto ingatkan macam moto saya yang telah dijual dulu. WGB4454 Yamaha Majesty 250 putih. Kesian arwah. Moga roh dia ditempatkan diantara org org yang soleh

Anonymous said...

Sungguh pelik bila tengok kemalangan pagi tadi berlaku kat atas jalan yang tidak sesak... Hanya disebabkan pemandu lori memandu secara melulu... Menyebabkan dua nyawa terkorban...

shafa said...

Suzi, do u have aziah's phone no? Could u pls email me the phone no? Shafareeny@yahoo.com

Suzi said...

jln yg x sesak seringkali membuatkn ramai pemandu cuai & memandu laju atau kluar masuk simpang tanpa berhati². lesson utk kita semua...

shafa, sy xder number dr.aziah. Insyaallah kalau ada sy akan email...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
rin said...

salam semua,cuma nak berkongsi info. aziah dah di melaka utk kebumikan arwah.buat masa ni beliau tak memegang telefon.akak bercakap dgn dia tadi pon melalui fon kwn yg lain.dia luka2 tp tiada kecederaan kritikal jadi doktor benarkan dia discharge ikut jenazah.doakan juga operation anak dia berjalan lancar (masuk besi).

Suzi said...

pmandu lori tu memang selamba dan mcm x bsalah ckp ngan polis. kwn opis ada sama masa polis soal-jwb.

shafa sy dh email phone n email dr.aziah.

kak rin, smoga pmbedahan anak dr.aziah selamat dan dipermudahkn Allah swt...amin.

Hairul said...

Tolong sedekahkan Al-Fatihah buat semua yang meninggal. Semua kenalan saya, mudah-mudahan diampunkan semua dosa dan ditempatkan bersama para syuhada' insya Allah.

Saya mohon maaf nak menegur, saya rasa tak patut ada komen tentang driver lori cina dan sebagainya. These accidents are blind to our skin color. FYI, orang pertama yang datang tolong Aziah dan Allahyarham Saiful was MMU's VP R&D, Prof Tou. Takde pulak orang komen/ puji.

Harap kita semua, termasuk diri saya sendiri, dapat kurangkan elemen-elemen racist. Astaghfirullah.

Wallahu a'lam.

Suzi said...

terima kasih atas teguran...

Anonymous said...

Betul tu, kemalangan tak mengenal warna kulit..sy selalu lalu ikut jalan yg arwah lalu utk ke tempat kerja beli bfast kat street mall..semalam hati tergerak tak pergi ikut jalan tu..mmg jalan tu lengang dan kosong ppl tend to drive laju termasuk le sy..lepas insiden ni kene lebih hati2 memandu..atas jalan klu kita tak berhati2..sama ada kita dilanggar atau kita yg melanggar org

Suzi said...

btol..kita kena beringat dan berhati² selalu ktika memandu..

Anonymous said...

Setuju dengan komen2 diatas, xboleh terlalu racist. Ajal maut di tgn tuhan.

Jalan tu memang lengang di waktu pagi dan selalunya kenderaan dipandu laju.

Jangan disangka jln yg tenang tiada bayaha.

Moral of the story... Selaju mana kita bawa dan seperlahan mana yg dibawa..Pandulah dengan berhati dan cermat..Igtlah org yang tersayang..

Unknown said...

point saya adalah disebabkan lori tanah tu lah, menyebabkan kematian 2 org yang tak bersalah. tgklah nanti esok lusa dia buat lagi sebab nak kejar trip ....

Unknown said...

dah banyak kejadian accident disebabkan lori lori ni, mereka dikawal oleh tonto tonto, driver pun tengok indon yg bawak. Ada lesen ke tak ade entahlah. saya hampir kena langgar sebab lori ni masuk simpang depan lim kok weng sesuka hati. Penah nampak kembara remuk hentam lori depan lim kok weng dulu
.

Suzi said...

stiap org mpunyai persepsi yg berbeza selepas mbaca. jika memandang disudut 'racist' maka artikel ini memang racist. jika memandang disudut 'info atau luahan rasa' maka artikel ini adalah sebaliknyer. sy faham apa yg 'unknown' cuba luahkn. sapa pun akan merasa marah dan geram, tak kira walau yg melanggar tue Islam atau sebaliknya. anggaplah peristiwa ni adalah peringatan bersama.

aziefariza said...

nie jalan yang saya lalu hari2 untuk ke tempat kerja. jujur saya kata, semua kereta yang dipandu TERAMATLAHHH LAJU dan akhirnya semua masuk ke MMU. staff MMU hari2 berkejar2 nak masuk kerja sampai membahayakan diri.
ini yang saya perhatikan berlaku setiap hari.

Suzi said...

yerlah azie...sy pun kalau terlambat mesti laju...seronok bawak laju ni. tapi ni insaf rasa, Insyaallah drive lebih berhemah......

Anonymous said...

Alfatihah untuk yang telah pergi. Diharap kita jangan libatkan hal racist didalam hal ini.

Tahun lalu kita dihidangkan dengan satu berita dimana seorang berbangsa cina terbunuh selepas cuba membantu keluarga melayu yang terlibat didalam kemalangan di Ampang.

Suzi said...

kluarga saya adalah cina + melayu. harap isu racist x disebut lagi. kalau sy nak meracist, x payah tunggu eksiden smlm kot......dah lama sy masukkn artikel yg berbentuk racist dlm blog nie. x gitu? :)

Anonymous said...

Islam tak mengenal kaum......
Salah dan silap tak mengikut kaum....
baik atau jahat tak mengikut kaum....

Kita yang dangkal iman yang tengok semuanya berdasarkan perkauman...

al-Fatihah buat keluarga mangsa...

pada yang selalu ikut jalan tu, berhati2...banyak lori tanah kat area tu...

Suzi said...

mungkin sebb sy menyebut pemandu lori tu berbangsa apa, jadi mnimbulkan salah faham. walhal, x mungkin sy nak mewujudkan sentimen perkauman sedangkan darah yg mengalir dlm tubuh sy pun bcmpur dgn darah cina.....

Ita said...

Salam..Arwah Mohd Saiful Lizan adlh sahabat karib & sudh spt adk bradik kpd suami sy.Berita semasa kjadian diberitahu sndri oleh isteri arwah.Suami sy amat terkejut dan tak percaya ape yg blaku dan shingga kini suami sush utk trima berita sedih ini.di hrp isteri arwah,Hanum tabah hadapi dugaan ini bersama 3 anaknya.sama2 kita sedekahkan al-fatihah ke ats roh mereka.Amin....

Suzi said...

salam ita....sama²lah kita doakan utk saudara muslim kita yg telah pergi...