February 21, 2012

Mat Rempit Berlagak Suci

Ko dah la meragut. Lepas tu berlagak suci plak. Menuduh org lain bersalah dan bergadai nyawa. Ehh...nak jer aku tampar mat rempit nie..keja malas, meragut harta benda dan wang ringgit org. Patutnyer mat rempit mcm nie dicampak ke dlm loji kumbahan. Itu kalau ikut nafsu marah nie. Tapi akal yg waras berbisik, inilah golongan mereka yg jauh dari petunjuk Allah. Harap golongan mat rempit yg rosak akhlak ini dan kita semua akan berubah dan menjadi insan yg lebih baik dan berguna kpd bangsa dan agama...Isnyaallah.
ALOR SETAR: “Dia cuma berani di belakang, orang macam ini perlu diberi pengajaran,” kata Muhamad Hafiz Azizan, 23, suami mangsa ragut di Jalan Gelam-Jalan Datuk Kumbar, di sini, Jumaat lalu.

Muhamad Hafiz berkata, hatinya geram apabila menerima SMS dipercayai daripada peragut yang menggunakan telefon bimbit isteri yang berada di dalam beg diragut.

SMS berbunyi ‘Kami minta maaf, bukan niat kami benda nak jadi tak diduga, kami Mat Rempit tak diiktiraf tapi itulah salah dia (mangsa) sampai menggadai nyawa.’

Dia berharap, peragut terbabit ditangkap polis dan dihadapkan ke muka pengadilan.

SMS itu juga membuatkan, isterinya, Nuramiza Ezzanie Azmi, 21, semakin marah kerana peragut menyalahkan dirinya. - myMetro

No comments: