March 07, 2012

Bahana Facebook

Asyik di alam maya facebook akhirnyer dunia realiti kucar-kacir. Bukan facebook yg harus disalahkan, tapi 'kita' sendiri. Bagaimana kita menggunakannyer? Adakah memberi manfaat atau lebih byk mendatangkn kecelakaan? Aku malas komen lebih² cuz aku sendiri pun dah takder facebook................! (*Skarang dah register balik)

Dah berzaman aku deleted facebook aku akibat terlalu obses dan ketagih dgn facebook hingga mengganggu kehidupan seharian aku...........kiranyer utk diri aku ni memang x sesuai....bukan saja bergaduh pasal facebook, malah aku sgt suka memasak di cafe world, berkebun di farmville dan farmtown dah per benda farm lagi....aku ada 3 kebun (bangga tu), selepas penat memasak dan berkebun aku malah pergi berperang di mafia wars...ramai kawan dari oversea aku dpt.....dan jugak beberapa game lagi (aku lupa....) jadi, akhirnyer aku mengambil keputusan berundur dari dunia facebook wpun game aku semuanya level tinggi² malah hingga beratus² level di mafia wars.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PASIR GUDANG: “Saya akui leka melayari facebook (fb) tanpa menyedari Dirang yang keluar membeli mi segera belum pulang hingga suami bertanyakan di mana anak,” kata Roselyn Alan, 25, ketika ditemui di rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun, hilang sejak Khamis lalu ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran flat berkenaan.
Katanya, Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera.

“Saya memberikan RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran.

“Selepas itu, saya melayari fb menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung.

“Bagaimanapun, saya tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua kami,” katanya. - Mymetro

No comments: