March 09, 2012

Hadiah Terlalu Mewah!

Wahh...kalau aku dpt aku jual x?? Hurmm...jap pk.........tak kot! Heheh. Sebb tu tak dpt, masuk peraduan pun tak pernah. lol. Inilah yg dinamakn tuah. Tahniah kpd cik/puan Sapiah Aping nie.......x pasal² dpt merz; Iskk...isk...memang best la. Jual pun xper asalkn bahagia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BERA – “Saya tidak terkejut, tetapi tertanya-tanya sama ada ia satu kenyataan atau mimpi semata-mata.”

Itulah reaksi Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling berasal dari Bukit Gemuruh ketika dihubungi Bank Simpanan Nasional (BSN), di sini, baru-baru ini menyatakan dia berjaya ­memenangi sebuah Mercedes-Benz E200 CGI.

Menurutnya, dia mem­beri­tahu adiknya mengenai berita gem­bira itu, tetapi diminta supaya tidak terlalu mempercayainya kerana banyak kes penipuan berlaku pada masa kini.

“Tetapi, saya percaya berita itu benar kerana mengenali kakitangan bank tersebut kerana pernah berurusan di situ.

“Walaupun mendapat ‘durian runtuh’ ini, namun saya tidak boleh menerimanya kerana ter­lalu mewah buat diri saya,” katanya.

Dia berkata, selain itu, dia juga ­tidak memiliki lesen memandu.

“Setelah berbincang dengan ahli keluarga terdekat, saya berhasrat ­untuk menjual kereta itu mengikut harga pasaran sekarang memandangkan saya tidak pandai me­mandu,” katanya.

Menurutnya, duit tersebut akan digunakan membina rumah baru, ­manakala bakinya disimpan sebagai tabungan demi jaminan hidup pada masa hadapan.

“Saya tidak bercadang membina rumah banglo, tetapi cukup sekadar tempat untuk berlindung.

“Lagipun, saya hanya tinggal seorang dan kadangkala ahli keluarga terdekat datang kerana adik saya menoreh di kebun peninggalan mendiang ayah kami,” katanya. -Sinarharian

No comments: