March 03, 2012

Sebuah Kehilangan.....

Lumrah kehidupan. Jika bukan berpisah hidup, berpisah mati. Seminggu yg amat memenatkan dan menyedihkan.....dlm hidupku, dan keluarga. Perginya salah seorg pakcikku yg aku sayangi.....suami mak saudara sebelah mak aku. Aku baru masuk keja semlm, balik sini dari Merapoh aku demam, sakit kepala, tekak, dan badan...tidur mlm terganggu, dan x lena. Memang terasa kehilangan sebb hubungan kami sekeluarga agak rapat. Dialah ayah saudaraku yg suka mengusik, berseloroh. Lagi² aku suka menjawab. Dia jugak satu²nya ayah saudaraku yg memasak utk anak saudaranya, wpun cuma maggie rebus! Aku pasti rindukan saat itu........

Ibu dan ayah² saudaraku umpama mak-ayahku sendiri. Kesedihan makcik dan adik sepupu perempuan yg baru berusia 14 tahun turut aku rasai...sebak rasa ketika aku memeluk dan mencium pipinya. Mungkin itulah yg dirasai sesiapa saja yg kehilangan ahli keluarga, apatah lagi ahli keluarga yg rapat.

Ayah saudara ku salah seorg anggota polis di Merapoh, dia meninggal secara tiba² tanpa sakit ketika bersama anak dan teman²nya. Kami sekeluarga menerima ujian ini dgn redha, smoga Allah SWT mengampunkn dosanya dan sekalian saudara muslimku yg telah pergi...dan menempatkan mereka semua bersama hamba yg soleh. Kehidupan harus diteruskan....

Nenek aku balik dari umrah mlm ni.....dia tak tahu aper yg terjadi di sini. Kami semua tak maklumkan padanya berita pemergian pakcikku. Insyaallah, ada rezeki lepas ni aku balik kg lagi........nenek aku pun dah sebut byk kali aku x balik kg sebelum dia pergi umrah, skang dia dah balik kalau aku masih x balik jenguk nenek mesti dia bertambah terasa.........lagi² disaat begini.

No comments: