April 28, 2012

Rela Diperkosa Demi Anak

Sedihnyer. Mengapalah perbuatan² sial mcm ni ada dimana²..?? Bahana bila undang² Allah tak diterima pakai, undang² manusia disanjung. Manusia tak takot melakukan jenayah dan kejahatan. Kpd si perogol durjana ni semoga menerima pembalasan setimpal. Aku marah dan sakit hati dgn perbuatan keji dan jijik ni! Kalau penjenayah nie disambar petir pun aku ckp 'padan muka' jer!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang ibu terpaksa merelakan dirinya untuk diperkosa oleh seorang penyamun bersenjata di rumahnya minggu lalu untuk melindungi anak-anaknya.
Wanita tersebut, seorang surirumah berusia 38 tahun, dirogol berkali-kali manakala empat orang anaknya telah dikunci oleh suspek di sebuah bilik bersebelahan.

Kejadian tersebut berlaku jam 5.45 pagi apabila wanita tersebut dikejutkan oleh seorang lelaki yang memegang sebilah gunting.

Suspek, yang menutuo mukanya dengan sehelai pakaian kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk rumah berkenaan melalui tingkap.

Dia tangkas menutup mulut wanita tersebut dengan tangan dan mengacukan gunting yang dipegangnya ke leher mangsa. Suspek memberi amaran kepadanya untuk tidak menjerit atau dia akan dibunuh.

Mangsa juga dipaksa untuk menyerahkan barang kemas dan wang yang dimilikinya.

Wanita tersebut yang ketakutan lalu mengambil wang RM300, dua telefon bimbit, seutas rantai dan sepasang anting-anting, diletakkan di dalam sarung bantal dan menyerahkan kepada suspek.

Suspek kemudian menyatakan dia hendak merogol salah seorang anak perempuannya dan ini menyebabkan dia merayu dengan menyatakan dia sanggup menjadi pengganti kepada anaknya.

Ketika itu, anak-anaknya terjaga dan suspek telah mengunci mereka di dalam bilik. Suami wanita tersebut tiada di rumah dan tidak pulang kerana berada di luar untuk urusan perniagaan.

Suspek kemudian pergi mendapatkan wanita itu yang terpaksa membiarkan dirinya dibogelkan dan diperkosa.

Wanita itu kemudian memberitahu polis suspek tersebut tidak menggunakan kondom tetapi sekadar membaluti kemaluannya dengan bag plastik.

Mangsa ditampar beberapa kali apabila beliau meronta dan cuba menahan dari diperkosa lagi.

Setelah suspek pergi, mangsa memanggil jirannya untuk mendapatkan bantuan sebelum pergi ke balai polis untuk membuat laporan.

Beliau juga telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan polis forensik tiba ke tempat kejadian untuk mendapat kesan cap jari suspek.

Mereka turut menemui gunting yang digunakan suspek untuk mengancam wanita berkenaan dan pakaian kanak-kanak yang digunakan suspek untuk menutup mukanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan tetapi enggan mengulas lebih lanjut. -NST /Terjemahan bebas:GB - greenboc.blogspot.com

Bahaya Minuman Segera

Dibawah adalah artikel dari email aku dua tahun lalu....banyak email yg masih belum dibaca. Baca hanya ketika aku rajin nak check email. Aku kongsikn juga disini sebab tak semua orang dah baca artikel ni. Pengajaran disini ialah mesti bersederhana dlm apa pun jua perkara kerana berlebih²an akan mengundang padah.
 
Bukan hanya nescafe, hakikatnya gula, minuman milo kegemaran aku, susu pekat, ajinamoto, kicap, garam, kunyit, sirap, atau apa pun juga makanan mahupun minuman di zaman ini sgt byk bahan pengawet, tiruan, kimia dan bahan² berbahaya. Pengambilan yg berlebihan akan mendundang pelbagai penyakit..........sebab tu orang sekarang menghidapi macam² penyakit yg nenek-moyang kita tak pernah tahu pun.

 

Teringat kain aku yg terkena air milo tertumpah beberapa bulan lepas, hingga sekarang warnanya tak hilang! Nampak sangat perwarna tiruan dalam milo tu kuat.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  
 
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera....
Kawan saya (dah arwah).......

dari usia muda.....

pagi nescafe.....2 X..

petang nescafe....2X...

malam nescafe....?X...

depan mata saya.........

bengun dari kerusi ........

kaki dia terus patah.... tulang dia reput.....


Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.



Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'.

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam.



Dear Friends,

I'm strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis setiap 3 hari. Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem. The doctor yang check dia kata, the main cause is:

1. Breakfast with Nescafe

2. 10am break with Nescafe

3. Lunch with Nescafe ais

4. Minum petang also with Nescafe.

5. Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe.

Pelik: Air Telaga Bertukar Merah

Dah byk kejadian aneh air berubah menjadi merah. Sebelum ni air sungai, dan air laut dilaporkan menjadi merah tanpa diketahui puncanya di negeri dan negara lain. Hanya Allah SWT yg tahu akan rahsia disebalik peristiwa begini. Mungkin disudut sains ada jawapannyer. Memanglah kita rasa pelik, bayangkan anda buka pili atau shower di rumah tiba² air yg keluar berwarna merah...............?! Mesti terkejut badak. Pun begitu, yg lebih aneh dan pelik jika kita TIDAK merasa kagum pada Allah SWT, sesungguhnya Dia berkuasa utk menjadikan semua air berwarna merah, biru, coklat, purple, hatta merah jambu sekalipun!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ORANG ramai mengambil air berwarna merah dari sebuah telaga di Pasir Puteh, Kelantan semalam. 

PASIR PUTEH – Sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru dekat sini kini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya yang jernih bertukar kepada warna merah seperti sirap. Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air telaga sedalam 3.65 meter itu yang selama ini digunakannya untuk menghasilkan keropok secara kecil-kecilan mengalami perubahan tersebut sejak dua minggu lalu.

Lebih menakjubkannya, walaupun berubah warna sehingga dianggap aneh, air tersebut tidak berbau manakala rasanya tawar seperti air biasa. “Sudah lama saya gunakan air perigi ini yang sememangnya jernih dan sebab itu saya terkejut apabila warnanya tiba-tiba berubah. “Saya cuba menyedut telaga ini dengan pam untuk membuang air yang berwarna merah tetapi keadaan tetap tidak berubah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Berikutan kejadian itu, dia menggali telaga itu sedalam semeter lagi dengan harapan airnya akan kembali jernih tetapi ia tidak berlaku. Menurutnya, kerja-kerja menggali dan mengepam air perigi itu yang dilakukan sejak tiga hari lepas dengan bantuan penduduk kampung terpaksa dihentikan semalam kerana tiada perubahan. - Kosmo

April 27, 2012

Sepi Takkan Terjadi Lagi.........!




Wahhh...wahh.....darah jiwang menggelegak lagi dlm tubuh ku...(btol ke menggelegak?) Ahh..lantak la, aku bukan cikgu bahasa melayu pun. So, x kisahlah ayat btol ke salah. Jauh sekali cikgu sastera.....tapi, hari ni izinkn aku ~ meluah rasa hati yg terpendam, wpun bahasa dan ayatku lintang-pukang. Sebenarnya ayat aku ok jer, best jer. Puji diri sendiri pulokkk...

Alhamdulillah. Rezeki yg Allah SWT kurniakan. Kpd semua kakitangan gomen jgn lupa bersyukur dgn pemberian gaji baru dariNYA.Aku taulah korang dpt gaji baru kan? kan? Heee.....Well, Bukan gaji baru jer....aper² saja segala nikmat wajiblah kita syukuri.

Aku sering mendengar masalah teman², kdg² dorang suka berkongsi dgn aku.....meluah perasaan. Sebagai kawan, kakak angkat, dan org yg rapat dgn mereka, aku setia mendengar. Kerana sahabat yg baik pasti yg sedia mendengar wpun kepenatan dan sendiri byk masalah... Tue....kaunselor² tu sumer, ingat takder masalah ke? Mesti ada.......dah nama pun hidup. Tapi, dorang wat² jer takder masalah kerana mereka tahu semua org pun ada masalah.

Yg membezakan kita adalah CARA KITA MENERIMA & MENGHADAPI MASALAH tersebut.  Ada yg menerimanya sebagai masalah, ada pula yg menerimanya sebagai BUKAN MASALAH. Hidup ini adalah pentas ujian. Susah atau senang kedua²nya adalah ujian Allah SWT. Maka, sebagai hambaNYA terima sajalah dgn hati terbuka disamping tak henti mengadu & berdoa pdNYA. Habis.....nak mengadu pd siapa lagi? Hanya DIA Pendengar Terbaik!

So....'cik suzi, aper perkaitan dgn sepi terjadi lagi nie?' Sebenarnyer aku saja letak tajuk ni, kasi suspen jer. Lagi plak aku tengah 'jiwang' nie. Well...(baper byk kali well tah, itu jer aku tau) Nak sepi mendanyer? kalau hidup kita sentiasa dikelilingi insan² tsyg? Kita takkan terasa sepi atau sunyi jika kita tetap sentiasa bersyukur dgn aper yg kita miliki.........



Kpd mereka-mereka-mereka-diluar sana....jika anda merasa sepi, sunyi, 'kosong' mcm lagu adik najwa tue.....ingatlah....Allah SWT sentiasa bersama kita. Syukurilah segenap nikmat yg dikurniakan kpd kita. Dia tidak menciptakan kita utk menangis, meratap, dan bersedih hati menurut kekecewaan dan kesedihan hati. Tapi, DIA menciptakan kita utk sentiasa ingat padaNYA...dan bersyukur pdNYA..sekaligus mencintai hanya DIA........Insyaallah, sepi pasti takkan pernah terjadi.

Jiwa yg sibuk mencintaiNYA pasti tak pernah mengenal erti sepi dan kosong.

April 26, 2012

19 Anak ~ Keluarga Bahagia!

Antara pasangan yg menjadi tumpuan media dan dunia kerana mempunyai ramai anak............19 tue. Yg tulis 18 lam gambar tu adalah sebelum kelahiran bayi yg baru. Tak termasuk yg miscarriage, kalau campur dah 20 kot. Apa yg aku nk komen...? Errmm.....jap aku pk. No komen jer lah. Cuma ada nasihat sket kpd suami/isteri yg takot anak ramai, jgn risau....rezeki Allah SWT ada di mana²......tgk family ni, wpun berbelas-belas anak tapi kehidupan mereka sgt cukup makan & bahagia. Rumah pun cantik. Sesuai dgn jumlah mereka. "Ko ingat senang ke jaga anak? Cuba ko beranak ramai²!" Bisik hati pembaca terutamanyer para isteri yg menyampah ngan statement aku yg macam mudahhh jerrr beranak ramai.............! lol. Sorang kat umah tu pun tak larat nk jaga.....kata kakak aku. Camtu tak ramai la anak saudara aku..................




















http://duggarfamily.com/

Mesin Wudhuk Automatik

Dibawah adalah gambar Mesin mengambil wudhuk secara automatik. Memang canggih. Tue nampak uncle Najib buat² basuh tangan. Aku x berangan pun nak guna mesin ni. Apatah lagi memilikinya sekalipun aku mampu. Mana tau kot² aku jadi jutawan beli cincin 75 Jota hinggit?? Terlebih mampu nak beli mesin wudhuk ni. Oh tidakk.....lebih baik aku ambil wudhuk cam biasa jer, yg penting hati yg kotor menjadi bersih wpun cuma guna air pili biasa.

Duit utk membeli mesin yg amat canggih ni bolehla digunakan utk fakir miskin, yg lebih memerlukan makanan, minuman, dan perbelanjaan kehidupan mereka. Sejujurnya, Rasulullah SAW tidak suka sebarang pembaziran. Oleh itu ikutilah sunahnya, jgn berlebih²an dan melampaui batas sebagaimana yg disebut² dlm al-Quran dan hadis.










April 25, 2012

Applikasi ipad Untuk Kanak²

Mesti Cuba! Kepada ibu-bapa sekalian, pls check out applikasi ipad utk kanak2 yg terbaru ni. Dpt membantu anak² anda menambah pengetahuan.
Sedikit info: This app is targeted for the youngest children aged 3-10, a children's music video app, a sing along music video with 2D character-based animation that is sure to entertain with its whimsical music plot. It portrays the story of Chicky dad and Chicky mom, a married couple who lived happily with the other clan in a village called Chickyfox™. If you like this iPad app, you should pick it up on the App Store.

Untuk Isteri Solehah

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:

"Oo my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words" - (Imam al-Ghazzali).


Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut: "Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis" - (Imam al-Ghazali).

Solat: kelebihan Duduk Iftirash

Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambarrajah reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah dan tengah kaki.

Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!

Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize' utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, etc... iftirash Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya: “Aku melihat Nabi Muhammad saw…..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)…..” Hadith shohih riwayat Bukhri.



Pengajaran Hadith:

1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
 3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT 4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT. Selamat beramal dan menyampaikannya.

April 20, 2012

Suami Jual Isteri RM130

Hadoiilaa.......ada jugak suami mcm ni??Memang ada. Lelaki tidak waras dan tidak berakal semakin ramai semenjak-dua menjak ni. Mereka sudah tidak mampu berfikir dgn matang. Tindakkan diluar kawalan dan penuh emosi. Kalau tak bunuh anak, dikerjakan isterinya. TAPI, bukanlah semua.......masih ramai suami yg budiman dan baik² diluar sana. Kes begini hanya kes segelintir masyarakat yg telah rosak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM130.

“Saya ingatkan pemanggil tersebut tersalah nombor tetapi setelah beberapa kali menerima beberapa panggilan yang sama tujuannya, saya mula mengesyaki sesuatu.

“Perbuatan suaminya terbongkar apabila seorang rakannya memberitahu telah menerima SMS daripada suami saya yang menyatakan saya menyediakan perkhidmatan seks dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya,” dakwanya pada sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia di sini semalam. Turut serta Pengerusi Biro Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau.

Too yang hidup bersama tiga orang anaknya setelah ditinggalkan suami sejak tahun 2009 berkata, keadaan itu telah membuatkan dia hidup tertekan apabila ramai jiran turut bertanyakan mengenai perkara tersebut. - Kosmo

Curang? Pasangan Kekasih Maut

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Walau apapun yg terjadi, dan masalah apa pun yg menimpa rumahtangga kita carilah saluran yg betul utk menyelesaikan masalah tersebut. Bukan dgn cara 'meluah perasaan' atau berkongsi rasa dgn pihak ketiga yg mampu menggugat keimanan, agar tidak terdorong ke arah jln atau perbuatan yg dilarang.

Yg pasti gas beracun dari air cond memang bahaya. Sudah beberapa kes pasangan bermaksiat dlm kereta maut akibat terhidu gas tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit mati dalam sebuah kereta di Bukit Puchong pukul 1 petang tadi (semlm) akibat terhidu gas beracun dari alat penghawa dingin.

Seorang jurucakap polis berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun dan teman wanitanya berusia 26 tahun ditemui oleh ayah si lelaki tersebut dalam kereta yang diletakkan di dalam bengkel milik mangsa.

"Ayah lelaki tersebut terdengar bunyi enjin dan radio yang terpasang di dalam bengkel dan mengesyaki sesuautu yang mencurigakan membawa kepada penemuan kedua-dua mayat," kata jurucakap itu.

Kedua-dua mereka dikatakan sudah berkahwin dan sedang berhadapan masalah rumah tangga dengan pasangan masing-masing.

Ketua Polis Subang Jaya ACP Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - Sinarharian

April 19, 2012

Bayi Dibunuh Bapa Sendiri

Berita dari Bangalore, India. Bayi kecil berusia 3 bulan ini diberi nama Neha Afreen dibunuh oleh bapanya sendiri dgn cara menyumbat pakaian kedlm mulut bayi tersebut serta memukul dgn objek tumpul sehingga sawan/kejang lalu membawa maut kerana dilahirkan sebagai bayi perempuan, bukan bayi lelaki seperti yg diharapkan bapanya. Lelaki tersebut Farooq berusia 37 tahun adalah seorg pemabuk, ibunya Reshma Banu berusia 19 tahun memberitahu Farooq kerap memukulnya sejak anak perempuan mereka dilahirkan.

'Dunia semakin kejam, atau manusia semakin hilang akal..........................?!'

Gambar dibawah adalah saudara kpd bayi tersebut dan gambar berikutnya adalah ibu kpd bayi ini.



asiantown.net

Mimpi Berbogel

Maaf jika tajuk ini agak sensitif. Tapi, dah nama pun mimpi kan? Tiada sebarang hukuman atau dosa utk mimpi. Kalau merampok (ngomong Indonesia) atau membunuh sekalipun takkan berdosa.....dlm mimpi kot. Tak sangka mimpi ni bermaksud begini........nak tanya org, mungkin kita terasa malu. Kalau benar tafsirnya begitu, syukur alhamdulillah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perkongsian dari page Peminat Ustaz Azhar Idrus:

Baru pulang dari kuliah Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Beliau membuka kuliah degan satu pertanyaan. Adakah anda semua pernah bermimpi melihat diri anda berbogel?

Semua hadirin tersentak. TG meminta siapa yang pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat. TG beristighfar. TG menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil dari majalah arab. Dalam majalah itu menceritakan satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais.

Dalam wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja beliau tahu.

Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh menjawab : Masyaallah..masyaallah… Tafsir mimpi ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima. Umpama anak yg baru dilahirkan tanpa sebarang dosa.

Pemanggil itu bertanya: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya?

Sheikh menjawab: Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu.

Lantas pemanggil itu berkata: Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri. Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..

Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu.. Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima..

Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..

Posted @ www.isuhangat.net.

Padah Pakai Cincin Murah

Huhh....lepas ni kalau nk beli cincin pastikan cincin MAHAL ok...bertahtakn berlian zamrud bagai. Sesiapa nk hadiahkn aku cincin pastikan cincin mahal tak hingat² harganyer, cincin murah aku 'tak mao......ingat tu.' Belagak btoi.

Dibawah ada satu lagi artikel dari kaum India di Malaysia (dah nama pun satu Malaysia) aku kena lah pelbagaikn berita dari pelbagai bangsa........lepas ni mungkin berita 1Nigeria, 1Jepun, 1Bangladesh, 1Indonesia, 1England, 1Mesir, dan pelbagai 1 lagi...............! Senang ckp 1 Dunia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEBERANG JAYA: Seorang ibu terpaksa menahan sakit hampir tiga jam selepas cincin dipakainya gagal dikeluarkan sehingga menyebabkan jari tangan kanannya membengkak di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, A Devika, 22, menahan kesakitan selepas kakitangan hospital turut gagal membantunya sehingga mereka terpaksa minta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Devika berkata, dia memakai cincin itu sejak seminggu lalu sebelum jari telunjuknya membengkak empat hari kemudian.

“Selepas jari membengkak, saya cuba menanggalkan sendiri cincin itu dengan pelbagai cara tetapi gagal,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Sumber: Metro - Amboii metro, tajuk berita bukan main lagi...!! "Padah pakai cincin murah". Murah ke, mahal ke, tak jadi masalah kalau sesuai dan tak ketat sampai melekat dijari. Aku pun satu g copy tajuk metro ni kenapa.

Posted @ www.isuhangat.net.

April 14, 2012

Bayi Mati Dipijak Bapa

PILU...anggota keluarga menuntut mayat bayi berkenaan di HRPB, semalam.

IPOH: Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.

Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang.

Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.

Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.

“Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan,” katanya. - Mymetro

April 13, 2012

Lagu Berus Gigi.........!

Jom layan lagu berus gigi nieh yg dinyanyikan oleh Loius Amstrong....(iyolah tue...) Dengarkan.....***

"Aku nak belii.....berus gigi....ada yg BIRU...ada yg Purple.....Ada ada dimana² saja..." bla..bla.

Sesekali layan lagu camni OK gak, dari asyik layan lagu jiwang dan menyedihkan........!

April 10, 2012

Bayi Hanyut Di Mangkuk Tandas

Sadis & menyedihkan. Ibu mengandung yg TER melahirkan bayinya lalu ter flushed bayinya ke dlm tandas awam ketika suaminya menunggu diluar tandas. Anggota kecemasan terpaksa memecahkan tandas dalam operasi menyelamat. Pun begitu, bayi tersebut ditemui dalam keadaan kritikal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



A desperate emergency rescue was launched after a pregnant woman gave birth squatting above a public toilet, but in a horrifying twist, lost the baby when it was accidentally flushed away.

Rescue workers had to rip out the toilet and crack waste pipes to find the tiny newborn baby.

According to witnesses, the woman went into the toilet in Zhaoyang District, Beijing and asked her husband to wait outside.
But when she gave birth to a baby, hovering over the toilet, the baby dropped into the toilet and was accidentally flushed down by waste water.

At first the firefighters could not locate the baby, but as they tore up more of the tiled flooring, they located the tiny newborn fifteen minutes later.

The baby is currently in a critical condition. - Asiantown.net

Padah Sumbat Cili Dalam 'Anu'

Hurm........kenapa apakah??? Dah takder pekerjaan? Terlampau geram dan marah?? Semoga menjadi iktibar kpd kita semua. Kasihanilah anak² diluar sana wpun mereka bukan dari rahim kita, kerana mereka juga sama seperti kita 'ingin disayangi, dan bukan disakiti.'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KLANG: Seorang wanita bukan saja mendera anak teman lelakinya berusia 13 tahun dengan memukulnya dengan getah paip dan memberinya makan nasi berlaukkan garam, malah menyumbat batang mop dan cili padi ke dalam kemaluannya kerana enggan melakukan kerja rumah.

Lebih teruk lagi, wanita itu menyimbah mangsa dengan air panas sehingga menyebabkannya melecur kerana mengesyaki kanak-kanak itu berbohong.


Perbuatan kejamnya mendapat balasan apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku salah atas lima pertuduhan termasuk mencederakan dan memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa.

Hakim Siti Noraida Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Shalina Sundiri Abdullah, 42, dan memerintahkan ia berjalan mulai tarikh tangkap tertuduh iaitu pada 7 Mei 2011.

Manakala, bapa kanak-kanak itu yang juga pemandu lori berusia 40 tahun dipenjara empat tahun selepas mengaku salah menganiaya anaknya dengan cara memukul mangsa dengan menggunakan kayu di pangsapuri sama.

Mengikut pertuduhan, Shalina didakwa memasukkan cili padi dan batang mop ke dalam kemaluan mangsa di sebuah pangsapuri di sini, pada Mac 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Wanita itu didakwa atas dua pertuduhan mencederakan kanak-kanak itu dengan memukul mangsa dengan menggunakan getah paip dan kayu, di tempat sama pada 25 Mac 2010 dan sekitar Mac 2011.- Mymetro

April 09, 2012

Sorok Susu Dalam Pakaian

Mcm²......! Agaknyer dorang ni memang penggemar susu?? Entahlah. Yg pasti perbuatan ni mengundang fitnah dan pandangan negatif org ramai terhadap wanita yg bertudung labuh. Jgnlah jadikan pakaian anda sebagai 'alat' utk melakukan jenayah atau maksiat......pakaian anda tidak bersalah, yg bersalah adalah sikap anda sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KANGAR: Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka.

Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.


Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. - Mymetro