April 19, 2012

Padah Pakai Cincin Murah

Huhh....lepas ni kalau nk beli cincin pastikan cincin MAHAL ok...bertahtakn berlian zamrud bagai. Sesiapa nk hadiahkn aku cincin pastikan cincin mahal tak hingat² harganyer, cincin murah aku 'tak mao......ingat tu.' Belagak btoi.

Dibawah ada satu lagi artikel dari kaum India di Malaysia (dah nama pun satu Malaysia) aku kena lah pelbagaikn berita dari pelbagai bangsa........lepas ni mungkin berita 1Nigeria, 1Jepun, 1Bangladesh, 1Indonesia, 1England, 1Mesir, dan pelbagai 1 lagi...............! Senang ckp 1 Dunia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SEBERANG JAYA: Seorang ibu terpaksa menahan sakit hampir tiga jam selepas cincin dipakainya gagal dikeluarkan sehingga menyebabkan jari tangan kanannya membengkak di Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, A Devika, 22, menahan kesakitan selepas kakitangan hospital turut gagal membantunya sehingga mereka terpaksa minta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Devika berkata, dia memakai cincin itu sejak seminggu lalu sebelum jari telunjuknya membengkak empat hari kemudian.

“Selepas jari membengkak, saya cuba menanggalkan sendiri cincin itu dengan pelbagai cara tetapi gagal,” kata ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Sumber: Metro - Amboii metro, tajuk berita bukan main lagi...!! "Padah pakai cincin murah". Murah ke, mahal ke, tak jadi masalah kalau sesuai dan tak ketat sampai melekat dijari. Aku pun satu g copy tajuk metro ni kenapa.

Posted @ www.isuhangat.net.

No comments: