April 28, 2012

Pelik: Air Telaga Bertukar Merah

Dah byk kejadian aneh air berubah menjadi merah. Sebelum ni air sungai, dan air laut dilaporkan menjadi merah tanpa diketahui puncanya di negeri dan negara lain. Hanya Allah SWT yg tahu akan rahsia disebalik peristiwa begini. Mungkin disudut sains ada jawapannyer. Memanglah kita rasa pelik, bayangkan anda buka pili atau shower di rumah tiba² air yg keluar berwarna merah...............?! Mesti terkejut badak. Pun begitu, yg lebih aneh dan pelik jika kita TIDAK merasa kagum pada Allah SWT, sesungguhnya Dia berkuasa utk menjadikan semua air berwarna merah, biru, coklat, purple, hatta merah jambu sekalipun!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ORANG ramai mengambil air berwarna merah dari sebuah telaga di Pasir Puteh, Kelantan semalam. 

PASIR PUTEH – Sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru dekat sini kini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya yang jernih bertukar kepada warna merah seperti sirap. Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air telaga sedalam 3.65 meter itu yang selama ini digunakannya untuk menghasilkan keropok secara kecil-kecilan mengalami perubahan tersebut sejak dua minggu lalu.

Lebih menakjubkannya, walaupun berubah warna sehingga dianggap aneh, air tersebut tidak berbau manakala rasanya tawar seperti air biasa. “Sudah lama saya gunakan air perigi ini yang sememangnya jernih dan sebab itu saya terkejut apabila warnanya tiba-tiba berubah. “Saya cuba menyedut telaga ini dengan pam untuk membuang air yang berwarna merah tetapi keadaan tetap tidak berubah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Berikutan kejadian itu, dia menggali telaga itu sedalam semeter lagi dengan harapan airnya akan kembali jernih tetapi ia tidak berlaku. Menurutnya, kerja-kerja menggali dan mengepam air perigi itu yang dilakukan sejak tiga hari lepas dengan bantuan penduduk kampung terpaksa dihentikan semalam kerana tiada perubahan. - Kosmo

No comments: