May 25, 2012

Dr. Aafia : Antara Seribu Derita

Tadi dengar ceramah ustaz Shamsuri Ahmad, tergerak hati aku utk mengenali lebih lanjut siapakah wanita yg disebutkan olehnya Dr. Aafia Siddiqui? Pakar dan pemegang beberapa ijazah dlm bidang neurology dr pelbagai university, dan satu²nya pelajar yg mendapat Ph.D dlm bidang Neurology dari University Harvard, US. Lahir di Karachi, Pakistan. Antara umat Islam yg disiksa tanpa mendapat sebarang pembelaan pihak berkuasa. Manakan tidak? Yg mendera dan meyiksa mereka adalah pihak berkuasa sendiri.


Wanita ini didera secara seksual n psikologi sehingga hilang ingatan. Sungguh menyedihkn. Tak hairanlah seluruh ulama dan pemimpin² yg memperjuangkan Islam didunia tmasuk negara kita mengutuk kekejaman Amerika, Israel, Yahudi, dan kaum² yg zalim sebagaimana disebutkan dlm Al-Quran dan Hadis. Yg hairan adalah apabila PM kita melawat pemimpin Amerika dan paderi besar mereka atas alasan lawatan mesra? Ingatlah petikkan hadis ini jika kita benar² beriman kpd Allah SWT........." Selemah² iman adalah membenci/menolak didalam hati." Tidak sempurna iman seseorg yg membiarkan atau merelakan saudara Islamnya menderita dan disakiti. Kisah selanjutnya boleh baca dibawah ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dr. Aafia Siddiqui Yang Tidak Mendapat Pembelaan

Pada bulan Mac 2009, dua orang wartawan wanita dari Amerika, Euna Lee dan Laura Ling, telah ditahan oleh tentera pengawal sempadan Korea Utara ketika sedang melakukan liputan untuk sebuah rancangan TV Terkini yang berpusat di California. Mereka kemudiannya dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana “berkelakuan biadab” dan memasuki Korea Utara secara haram. Ketika menjalani hukuman penjara, pihak Amerika telah berusaha keras untuk membebaskan kedua-dua wanita itu dan pada bulan Ogos 2009, bekas Presiden Amerika, Bill Clinton telah diutus untuk berbincang dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong II. Perjumpaan itu ternyata berhasil dan kedua-dua wartawan wanita itu kemudiannya dibebaskan.

Pada bulan Mac 2003, seorang wanita juga ditawan dan dipenjarakan. Wanita malang itu bernama Aafia Siddiqui. Sepertimana wartawan Amerika tadi, beliau juga seorang wanita, menerima pendidikan dan bekerja di Amerika dan ketiga-tiga anak beliau adalah warganegara Amerika. Namun, tidak seperti wartawan Amerika yang ditahan enam tahun selepas beliau itu, Aafia adalah seorang wanita Islam dan beliau tidak mempunyai pemimpin yang boleh menjaga serta menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Aafia Siddiqui dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2hb Mac 1972. Beliau merupakan salah seorang daripada anak-anak Mohammad Siddiqui, iaitu seorang pegawai perubatan yang mendapat pendidikan dan latihan kedoktoran di England. Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang cahayamata dan merupakan seorang penghafal al-Quran. Dr. Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram dan dirogol berulang-ulang kali, diseksa dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya. Satu laporan di dalam akhbar Pakistani Urdu pada ketika itu menyatakan bahawa Aafia dan anak-anaknya telah diculik oleh pihak berkuasa Pakistan dan dimasukkan ke pusat tahanan yang tidak diketahui.


Walaupun kehilangannya telah dilaporkan namun langsung tidak ada tindakan daripada pihak berkuasa Pakistan, malah sebaliknya seminggu selepas kehilangan beliau, bapanya telah didatangi oleh sepasukan ejen perisikan dan diugut agar tidak mendedahkan kehilangan Aafia kepada umum jika tidak mahu berdepan dengan risiko buruk. Moazzam Begg dan beberapa orang bekas tahanan Amerika yang lain melaporkan bahawa seorang tahanan wanita digelar ‘Tahanan 650’ telah dimasukkan ke Pengkalan Udara Bagram di Afghanistan. Yvonne Ridley, penulis cageprisoners.com telah menulis tentang Tahanan 650 (Aafia) yang menceritakan kisah penyeksaan dan penderaan ke atasnya di mana beliau telah dirogol berulang-kali selama lebih empat tahun. Tangisan dan raungan wanita tidak berdaya ini bergema (dengan jeritan kesakitan) di dalam penjara itu, sehingga mendesak para tahanan lain untuk melancarkan mogok lapar. Yvonne menggelar beliau sebagai ‘wanita seram’ kerana beliau sudah mirip seperti hantu di mana tangisan, rintihan dan raungannya terus menerus menghantui siapa sahaja yang mendengarnya. Hal seperti ini tidak akan pernah berlaku pada wanita Barat.

Kedua-dua pihak baik kerajaan Pakistan mahupun Amerika menafikan sebarang pengetahuan tentang kisah pemenjaraan dan penahanan Aafia sehinggalah kisah beliau terbongkar ke perhatian umum dan mendapat tumpuan pihak media. Fitnah dan pertuduhan serta merta direka terhadap beliau kononnya beliau telah terlibat dengan keganasan dan tuduhan tidak masuk akal terus dilemparkan bahawa beliau telah merampas senjata dari tangan seorang tentera Amerika dan menembak beberapa orang pegawai tentera Amerika.
 Pada 4hb Ogos 2008, pendakwaraya persekutuan di Amerika mengesahkan bahawa Aafia Siddiqui telah diekstradiksi dari Afghanistan ke Amerika di mana beliau telah ditahan sejak pertengahan bulan Julai 2008. Pihak pentadbiran Amerika mengatakan bahawa Aafia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Afghanistan di luar kawasan halaman Gabenor Ghazni dan memiliki beberapa buku panduan (manual) tentang letupan dan ‘bahan kimia merbahaya di dalam sebuah bekas yang bertutup’ bersamanya. Mereka seterusnya menuduh bahawa ketika ditahan reman, Aafia telah melepaskan tembakan kepada pegawai-pegawai pihak berkuasa Amerika (walhal tiada siapa pun di antara mereka yang tercedera) namun sebaliknya Aafia telah tertembak dirinya sendiri dalam kejadian itu.


Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan ke atas Aafia semasa beliau ditahan di bawah jagaan Amerika di mana salah satu dari buah pinggangnya telah dibuang, beberapa batang giginya telah dicabut, hidung beliau telah dipatahkan dan diperbetulkan semula dalam keadaan yang tidak sempurna, rambut beliau dicabut dengan cara yang menyakitkan dan luka tembakan beliau tidak dirawat dengan sempurna menyebabkan darah berterusan mengalir. Beliau juga sering dipukul dengan objek keras dan dipaksa berjalan di atas Al-Quran dalam keadaan bogel dan banyak lagi penyeksaan lainnya yang langsung tidak berperikemanusiaan. Pada 11hb Ogos 2008, akhbar Reuters melaporkan, Aafia muncul di mahkamah untuk dibicarakan dengan berkerusi roda dan peguamnya telah merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya. Elizabeth Fink, salah seorang peguam beliau berkata kepada hakim, “Dia telah berada di sini selama seminggu wahai Tuan Hakim, dan tiada seorang doktor pun yang merawat beliau, walaupun pihak berkuasa Amerika tahu bahawa beliau telah ditembak.”

Elizabeth Fink memberitahu hakim persekutuan di New York bahawa terdapat bukti yang menunjukkan Aafia telah dipenjarakan dan diperlakukan tanpa peri kemanusiaan dalam jangka masa yang panjang. Menurut dokumen yang diserahkan oleh Fink kepada mahkamah, Aafia telah memberitahu kakitangan penjara bahawa beliau sangat risaukan anak-anaknya terbiar kelaparan, kebuluran dan diseksa. Beliau seterusnya menyuruh mereka untuk membungkus makanan dari pinggannya dan menghantarkan kepada anaknya di Afghanistan. Seorang lagi peguam beliau, Elaine Whitfield Sharp berkata, “Kami tahu beliau pernah berada di penjara Bagram untuk jangka waktu yang lama. Ianya sangat lama. Menurut klien saya, beliau ditahan di sana beberapa tahun di dalam penjagaan pihak Amerika dan beliau diperlakukan dengan amat kejam.”

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan tahap kesihatan yang amat buruk. Beliau juga sering diperlakukan dengan cara yang memalukan, dibogelkan dan disiasat seluruh anggota badan dengan cara yang amat menghinakan selepas setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan menyatakan bahawa beliau berkemungkinan telah menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder). Laman web Justice For Aafia Coalition (JFAC) melaporkan bahawa kesemua anak Aafia juga diculik bersama ibu mereka dan berada di bawah tahanan Amerika secara berasingan dan nasib mereka tidak diketahui sehinggalah ke tahun 2008 apabila salah seorang anaknya, Ahmed Siddiqui dilepaskan dari tahanan AS selepas kesnya terbongkar. Sejurus dibebaskan Ahmed menceritakan bagaimana detik-detik dia diculik bersama ibunya dan adik-adiknya yang lain dan salah seorang dari adiknya yang bongsu yang masih bayi telah terbunuh. Ahmed juga menceritakan bagaimana dia diseksa oleh tentera Amerika bersama sebilangan kanak-kanak yang lain.


Sejak 2008 apabila kes Dr. Aafia ini didedahkan oleh Asian Human Rights Commision dan diketahui media dan di bawa ke mahkamah, AS terus-menerus membuat pendakwaan dan perbicaraan karut ke atas wanita malang ini. Setelah melalui siri perbicaraan yang panjang dan menjengkelkan, akhirnya, pada 23 September 2010 yang lalu, Dr. Aafia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun oleh Mahkamah Persekutuan AS di Manhattan, New York atas kesalahan cubaan membunuh. Satu hukuman yang langsung tidak masuk akal oleh sebuah negara yang kononnya bertamaddun dan memperjuangkan hak asasi manusia!

http://www.mykhilafah.com/sautun-nahdhah/2393-sn234-siapa-yang-akan-membebaskan-dr-aafia-siddiqui

May 24, 2012

Kisah Suami Yg Menyesal

Kpd suami, isteri dan bakal² pngantin...jadikn kisah ni antara pengajaran berguna buat kita. Menyakiti itu mudah, disakiti itu payah. Payah kerana perlukan kesabaran yg tinggi utk mengubati hati dan perasaan yg disakiti. Hanya insan yg benar² beriman dan bertakwa shj yg masih mampu tersenyum menerima ujian Allah dlm kepahitan. Smoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh isterinya dan sekalian saudara mukmin kita yg telah kembali kpdNya. Kpd suami wanita ini pula sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..........menitis air mata ku membaca kisah nie.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….


Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.


Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…


Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”


Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…



Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.


Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.


Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya


Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.


Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….


Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.


Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.


Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu. 


 

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.


Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.


Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever...
by richard marc


http://www.loveloveislam.com/2011/10/kisah-benar-suami-yang-menyesal.html

May 21, 2012

Balun Kepala Suami

Asal tak puas hati hempuk kepala suami. Tak pun pukul ......atau memaki hamun penuh dgn cacian dan mengungkit². Memang bagus idea ni bg isteri² derhaka.Tak faham ngan segelintir manusia, perkara yg boleh dibawa berbincang tapi akhirnya menjadi besar hingga pertumpahan darah. Itulah hasilnya bila hati kotor tak mampu mengawal kemarahan. Sebaliknya kemarahan yg mengawal diri kita lalu tak dpt membezakn lagi perbuatan syaitan atau perbuatan baik.
KUCHING: Hanya kerana mempersoalkan cara isteri menguruskan wang perbelanjaan harian, seorang suami menerima nasib malang apabila kepalanya dihentak dengan botol oleh wanita itu yang berang, menyebabkan tempurung kepala mangsa retak dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Matang, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian pada jam 11 malam, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan berbual dengan isterinya yang berusia 20-an di rumah, sebelum timbul isu wang perbelanjaan harian mereka, menyebabkan wanita itu mula naik angin. Menurut sumber, berasakan suaminya tidak mempercayainya lagi, wanita itu tiba-tiba berang dan bergegas ke dapur sebelum keluar semula ke ruang tamu sambil memegang botol. “Tanpa diduga, dia menghentak belakang kepala suaminya dengan botol itu menyebabkan tempurung kepala mangsa retak serta darah banyak keluar.

 “Bukan itu saja, isteri muda itu dikatakan hanya melihat suaminya meraung, sebelum seorang jiran yang menyedari jeritan itu datang ke rumah mangsa bagi memberikan bantuan,” katanya. -Metro

May 14, 2012

Lintah Masuk Dubur

Ishh.....macam². Besar dan panjang pulak tu lintah (gambar). Adik ni muka selamba saja, tak gementar pun. Alhamdulillah, tiada apa² kecederaan serius berlaku. Kalau budak perempuan confirm dah trauma. Tak payah tunggu budak kecil, aku pun geli dan trauma kalau lintah gigit kaki. Kepada adik² diluar sana jangan suka main kat sawah, paya, kolam atau tempat yg berlintah dibimbangi menyelinap masuk ke dalam tubuh anda.


KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah.
Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.

"Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur.
"Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.
"Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. - kosmo

May 11, 2012

Dera Anak Macam..??

Sedihnyer........mcm mental problem. Video ni ada luahan hati si perakam video ni jugak. Kawan kpd wanita pendera ni sendiri. Ramai org yg menyalahkan wanita ini sebb tak tolong baby ni....pun begitu, btol jugak ckp kakak ni kalau dia tak rakam camni mungkin perkara ini akan berterusan. Pengajaran kpd semua ibu² dan wanita diluar sana kasihilah anak² kita. Aku sygg anak² saudara aku yg dua org tue....Airil dan Ailin...x tergamak nak cubit pun....ni plak pukul mcm ni. Kesiannyer bayi ni..........apalah ko buat anak ko mcm ni! Suka tak kalau org sepak n pukul kepala ko mcm ko pukul kepala anak ko tu??