May 21, 2012

Balun Kepala Suami

Asal tak puas hati hempuk kepala suami. Tak pun pukul ......atau memaki hamun penuh dgn cacian dan mengungkit². Memang bagus idea ni bg isteri² derhaka.Tak faham ngan segelintir manusia, perkara yg boleh dibawa berbincang tapi akhirnya menjadi besar hingga pertumpahan darah. Itulah hasilnya bila hati kotor tak mampu mengawal kemarahan. Sebaliknya kemarahan yg mengawal diri kita lalu tak dpt membezakn lagi perbuatan syaitan atau perbuatan baik.
KUCHING: Hanya kerana mempersoalkan cara isteri menguruskan wang perbelanjaan harian, seorang suami menerima nasib malang apabila kepalanya dihentak dengan botol oleh wanita itu yang berang, menyebabkan tempurung kepala mangsa retak dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Matang, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian pada jam 11 malam, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan berbual dengan isterinya yang berusia 20-an di rumah, sebelum timbul isu wang perbelanjaan harian mereka, menyebabkan wanita itu mula naik angin. Menurut sumber, berasakan suaminya tidak mempercayainya lagi, wanita itu tiba-tiba berang dan bergegas ke dapur sebelum keluar semula ke ruang tamu sambil memegang botol. “Tanpa diduga, dia menghentak belakang kepala suaminya dengan botol itu menyebabkan tempurung kepala mangsa retak serta darah banyak keluar.

 “Bukan itu saja, isteri muda itu dikatakan hanya melihat suaminya meraung, sebelum seorang jiran yang menyedari jeritan itu datang ke rumah mangsa bagi memberikan bantuan,” katanya. -Metro

No comments: