June 29, 2012

Tabur Duit Demi Wanita

Jom kita tengok bagaimana jutawan saudi ni mengabiskan duit? Habat Hebat bukan? Tabur duit kpd perempuan-perempuan pelayan ini. Inikah lagak manusia yg terlebih duit? Hakikatnyer beginilah. ~ Gambar tiada kena-mengena dgn jutawan tersebut, kecuali video.



Teringat satu hadis yg menyebut "Dua cemburu yg dibenarkan didlm Islam.

Pertama: cemburu kepada lelaki/wanita yg berilmu kemudian menyampaikn ilmu bermanfaat tersebut kpd org ramai.

Dan yg kedua: cemburu kpd Lelaki/wanita yg kaya dan menggunakan kekayaan tersebut kejalan Allah SWT."

Alangkah malangnyer manusia yg kaya tapi hidup dan matinya menempah neraka.

Bapa Humban Anak Menangis

Bapa jenis aper nie? Buat anak pandai, jaga anak malas. Kalau mcm nilah perangai takder bezanyer dgn binatang yg makan anak. Setengah haiwan kan makan anak? Tak aperlah, binatang takder akal. Dia pun tak kenal tu anak dia. Yg dia tau lapar.

Aku pernah jumpa bapak kucing makan anak. Aku rasa nak jer tempeleng, terajang, dan humban bapak mcm nie ~ bukan tempeleng kucing. Lebih baik jgn beranak kalau setakat nak dera anak.......kat luar sana ramai lagi org nak anak. Memang tak tahu dek untung, tak reti bersyukur dgn aper yg Allah bagi. Semoga kita semua menghargai dan belajar bersyukur pemberian Allah SWT.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


PENAMPANG: Seorang bayi lelaki berusia setahun yang menangis akibat kelaparan, bukannya dipujuk atau diberi susu, sebaliknya ditumbuk dan dihumban ke katil sehingga terjatuh ke lantai menyebabkan tulang belakangnya cedera.

Malah, siasatan turut mendapati bayi malang itu turut didera berdasarkan keadaan telinga dan kemaluannya yang cedera, selain terdapat beberapa kesan luka serta melecur di tapak kaki, dipercayai akibat dicucuh puntung rokok.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Tunoh, di sini, kira-kira jam 4 pagi, 10 Jun lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian ayah bayi itu yang berusia 24 tahun sedang tidur sebelum terjaga apabila terdengar tangisan anaknya yang mungkin kelaparan.

“Ibu mangsa berusia 20 tahun kemudian bangun daripada tidur dan terus ke dapur untuk menyediakan susu manakala bayinya ditinggalkan di sisi suaminya. - Metro

Buang Mayat Bayi Bilal Terkejut

Bilakah gejala pembuangan bayi ini akan berakhir? Perkara ini tidak akan terhenti disini selagi kita tidak kembali kpd Islam dan mempraktikkan larangan dan suruhannya sepenuhnya. Contohnyer, kalau nak suruh orang berhenti minum air kencing syaitan atau bermaksiat di kelab malam, kita kenalah haramkn penjualannyer dan menghentikan operasi kelab maksiat tersebut. Tak cukup dgn hanya mengambil tindakkan pada si peminum atau si kaki maksiat tersebut.


Apabila pemimpin tidak serius menangani gejala kejahatan ini dari akar-umbi maka akhirnya keluarlah anak luar nikah seorg demi seorg. Yg masih bersekolah dgn cara masih bersekolah, yg menganggur dgn cara mnganggur, yg belajar di pengajian tinggi dgn cara pengajian, dan yg berkerja dgn cara berkerja, masing² sibuk menggugurkan anak atau melahirkan anak luar nikah. Bapanyer lari entah kemana? Begitu jugalah dimana² pun jua atau aper pun perkara, semuanya mesti kembali kpd Islam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KAPAR: “Kebumikannya mengikut cara Islam.” Itu antara kandungan dalam nota yang ditemui di sisi mayat bayi lelaki dalam plastik hitam yang diletak di atas tangga Masjid Badariah, Kampung Batu 12, di sini, awal pagi semalam.

Mayat bayi terbabit yang masih bertali pusat ditemui bilal dan siak masjid berkenaan yang tiba di masjid itu untuk menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.30 pagi.




Nazir Masjid, Zulkifli Ayub, 50, berkata pada mulanya kedua-dua bilal dan siak terbabit menyangka bungkusan hitam yang diletakkan di atas tangga itu sampah, namun terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.

“Bilal itu hampir pengsan sebaik membuka bungkusan plastik itu apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi lelaki,” katanya.



Zulkifli berkata, mayat bayi itu hanya dibaluti kain lampin putih selain terdapat sekeping nota yang memintanya dikebumikan mengikut cara Islam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan daripada bilal masjid berkenaan berhubung penemuan itu pada jam 6.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat bayi terbabit yang belum diketahui bangsanya dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang masih bertali pusat.



“Siasatan awal mendapati bayi terbabit baru saja dilahirkan dan sudah meninggal dunia ketika pihak polis tiba di tempat kejadian. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat,” katanya. - Metro

June 28, 2012

Kemalangan Cyberjaya 27 Jun

Aku pun hairan kenapa byk hits keyword search 'Kemalangan/accident di Cyberjaya' di blog ni semlm dan hari ni. Dan ramai pengunjung yg masuk melalui berita kemalangan Februari lalu.

Rupa²nya ada satu lagi kemalangan maut di Cyberjaya semalam. Aku tahu pun sebb aku wonder kenapa ramai pengunjung yg masuk blog ni melalui perkataan 'kemalangan' tersebut, mesti ada kemalangan nie' bisik hati aku. So, aku cuba google dan ternyata dpt berita kemalangan ni dari Berita harian online.

Takziah kpd keluarga kedua² mangsa. Kpd semua pemandu termasuk diri aku sendiri sama²lah kita beringat dan berhati² ketika dijalanraya. Jgn disebabkn oleh kecuaian dan kesalahan kita menyebabkn orang lain yg tidak bersalah turut menjadi mangsa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Gambar carca-marba.blogspot

CYBERJAYA: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pacuan empat roda di simpang empat Persiaran APEC, di sini hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Foo Hong Kam, 55, maut di tempat kejadian manakala pemandu bas RapidKL, Ismail Ahmad, 54, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, DSP Zaldino Zaludin, berkata nahas dipercayai berlaku apabila bas yang dipandu Ismail melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.
"Bas tersebut turut melanggar sebuah motosikal, namun penunggang tersebut hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan kejadian dirakam kamera litar tertutup yang ditempatkan di situ. - BERNAMA

June 27, 2012

Misteri: Sungai Hijau Goldstream

Peristiwa ni pernah mgemparkan penduduk Victoria, Canada pd 29 Dec 2010 jam 3.00petang, dimana air sungai Goldstream Park bertukar menjadi hijau selama lebih-kurang sejam. Fenomena ni dianggap sebagai perbuatan nakal segelintir pemuda oleh pihak berkuasa (bomba).

Conclusion yg amat mudah dan malas. Terimalah hakikat bahawa Allah Maha Berkuasa menjadikan air ni color pink (mcm yg pernah aku sebut dlm salah-satu artikel sebelum), color purple, color kelabu, dan mcm² color lagi. Hatta warna berkilau seperti perak atau emas sekalipun...........kun fa ya kun. Kenapa menidakkan kuasa Allah?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












June 26, 2012

Mengapa Perempuan Banyak Cakap

Artikel dibawah memang byk benarnyer. Aku, kakak, dan adik² pmpuan memang suka berbual malah selalu menukar topik perbualan kami kemudian menyambung semula topik asal kami. Setiapkali abg ipar atau adik-beradik lelaki menyampuk kami akan jwb 'ni citer org pompuan.

Kalau kami cuba explain pun dorang confirm terkebil² tak faham ntah per benda kami bual dan ketawakan. Selalunyer kalau abg ipar aku menyampuk pun, kakak aku cepat² jwb kat suaminyer...'x payahla tau, u bukan faham pun.' Dulu abg angkat aku kat Melaka pun selalu terpinga² bila dengar kami berbual ketika keluar beramai². Kalau dia menyampuk pun dia blurr.




Baru hari kelmarin adik lelaki aku sound masa menonton tv 'ko ni byk ckplah, x dengar per dia ckp.' Haha....aku menahan gelak dlm hati..aku cuma citer pasal ikan keli jer. Ada org makan, ada org tak makan. Dia plak nk dengar per Zamani Slam ckp dlm rancangan Jgn Tidur Lagi.

Teringat buah hati sound aku byk ckp masa mula² kami bkenalan dulu..........tp, bukanlah selalu pun. Ikut mood aku.....dtg time malas bckp, memang aku diam jerr....sememangnyer diam tu lebih baik dan dituntut Islam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Oleh: Kucing Jantan - Arkib Utusan 

SELALU kita lihat wanita bercakap semasa menonton televisyen. Selalu juga kita lihat wanita masih terus-terusan menceceh dalam telefon dengan rakan karibnya walaupun baru menghabiskan satu minggu cuti bersama. Ada saja yang dibual dan digosipkan.

Sebab itu jika ada masalah lebih elok tidak diberikan kepada wanita. Nanti mereka akan terus bercakap dan bercakap mengenainya. Sebelum masalah diselesaikan, satu dunia sudah tahu masalah itu.

Ini kerana wanita cenderung bercakap untuk melepaskan beban masalahnya kepada orang lain, bukan mahu mencari penyelesaian mahupun rumusan terhadap masalah itu. Begitulah otak wanita bekerja sehinggakan jika ada lelaki yang suka bercakap dan bergosip, orang akan segera menegurnya 'kau ni macam perempuanlah'.



Menurut pakar, otak wanita tidak dapat menyimpan maklumat secara khusus contohnya, apa yang difikirkan di pagi hari akan terus berlegar-legar dalam fikirannya dan perlu diluahkan. Otak wanita menggunakan pertuturan sebagai cara meluahkan perasaan.

Berbanding otak lelaki mampu mengetepikan dan pada masa sama menyimpan maklumat. Mereka masih boleh relaks walaupun sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan. Masalah boleh disimpan untuk difikirkan pada waktu lain.

Jadi untuk wanita, kerana tidak mampu menyimpan maklumat, satu-satunya ruang mengetepikan masalah mereka ialah dengan cara bercakap mengenai masalah itu. Bercakaplah mereka sehingga selalunya tidak fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Inilah yang biasa kita lihat.

Oleh itu jika wanita dilabel banyak bercakap, jangan cepat melenting.



Banyak bercakap pun sebenarnya besar kelebihannya. Wanita selalunya menggunakan peluang bercakap untuk membina hubungan dan berkenalan. Contohnya, wanita menggunakan telefon untuk mengeratkan hubungan sebaliknya lelaki bercakap untuk menyampaikan fakta dan maklumat kepada orang lain.

Mengapa wanita cenderung banyak bercakap? Bayangkan semasa menonton televisyen pun mereka boleh bercakap, tentu sahaja mereka ada kelebihan tersendiri.

Kekuatan

Paling jelas, ini menunjukkan wanita berupaya melakukan banyak perkara atau kerja dalam satu masa. Bercakap sambil menonton, bercakap sambil memasak dan banyaklah pekerjaan yang mereka mampu lakukan serentak. Ini adalah salah satu kekuatan yang mereka miliki.

Jika diperhatikan, kebanyakan wanita juga mampu bercakap banyak perkara dalam satu masa. Malah bukanlah aneh wanita mampu memberitahu banyak perkara dalam satu ayat. Kalau mahu tahu, cuba gantikan tugas isteri mengurus anak dan rumah, kelam-kabut jadinya.

Yang juga selalu kita lihat ialah wanita mampu dengan serta-merta mengubah topik perbualan dan kemudian menyambung perbualan atas topik asal dengan baik sekali. Uniknya mereka dapat pula mengingati setiap butiran perbualan.



Mungkin ini jawapan mengapa wanita selalu diberi tugas sebagai pencatat minit mesyuarat. Selalunya apabila tugas itu diberikan kepada lelaki, tunggang-langgang jadinya.

Dan amaran kepada lelaki, jangan dekati wanita yang sedang asyik berbual sesama mereka. Tidak mudah untuk mengikuti pucuk pangkal perbualan mereka kerana topik perbualan selalunya melompat-lompat. Otak lelaki sukar menerima perlakuan seperti itu dan akhirnya mereka akan kebingungan sendiri.

Kerana begitu otak wanita bekerja, terus benarkan dan beri ruang untuk wanita bercakap. Jika tidak, kita juga yang susah nanti. Lihatlah punca utama perceraian atau hubungan renggang ialah kerana tiada komunikasi.

Secara purata wanita bercakap sebanyak 6,000 hingga 8,000 patah perkataan, 2,000 hingga 3,000 nada suara dan 8,000 hingga 10,000 pergerakan (tangan, muka, kepala dan bahasa badan lain) sehari. Suami yang bijak walaupun penat macam manapun tentu sekali akan meluangkan waktu untuk melayan isteri bercakap. Ini kerana fitrahnya wanita memang suka bercakap sehingga suami telah berdengkur pun, si isteri masih mahu juga bercakap.




Yang selalu menjadi masalah ialah wanita yang tidak bekerja, siapa yang mahu melayan mereka bercakap? Kuota kata-kata sehari (6,000 hingga 8,000 patah perkataan) perlu diluahkan. Jadi nasihat kepada lelaki yang isterinya tidak bekerja, ambillah sedikit waktu untuk mendengar celoteh mereka daripada nantinya hubungan jadi renggang.

Jangan diikut perilaku suami isteri dahulu kala yang jarang bercakap. Wanita dahulu tidak mengalami masalah ini. Selain ramai anak, akan sentiasa ada teman berbual dan tempat meluahkan perasaan dengan saudara mara dan jiran tetangga. Kalau suami tak layan cakap pun tidak mengapa.

June 25, 2012

Durian Lambatkan Penerbangan

Kpd penggemar tegar Durians, Penggemar durian mesti makan banyak durian...sebb tu ada S...durians..kira mcm singular and plural la nieh. hamboii...memang nak kena kutuk dgn pejuang bahasa. Dibawah adalah berita mengenai buah durian yg telah menyebabkan penerbangan lewat. Penumpang tak tahan bau busuk (busuk ke?) atau bahasa lembut bau yg agak ekstrem lalu memaksa pihak penerbangan Indonesia menyelesaikan dulu permasalahan tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


An Indonesian flight was delayed when the passengers demanded to get off the plane after the strong smell of durian filled the cabin.

Passengers on a Lion Air flight from Medan to Jakarta demanded the crew open the doors and let them off because of the stench.

“We were already sat on the plane but we wanted to get off because it smelled too bad,” said Abdullah Saleh, a passenger who later switched to a different flight. Ten passengers cancelled their flights.



Durian is banned from airplanes and hotel rooms in Indonesia because of its distinctive smell, which is offensive to some people and has been described as reminiscent of rotting vegetables or body odor.

All the passengers got off the plane until the crew removed the offending fruit from the cabin. The flight was delayed by about one hour.

Durian is dubbed the “king of fruits” and is grown throughout Southeast Asia. - Asiantown


Gay Mati Dibaling Batu

Dua lelaki gay ditangkap oleh orang ramai ketika asyik memadu asmara songsang. Salah seorang dari mereka berjaya meloloskan diri. Manakala seorg lagi tidak dpt menyelamatkn diri dan mati dibaling batu oleh orang ramai ~ yg mungkin jijik dgn perbuatan mereka. Sendiri cari penyakit............dahla seks luar tabii....buat plak di tempat awam. Bila jadi mcm ni siapa pun tak simpati, kecuali golongan mereka jugak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KENYA -- Two gay men were attacked by a mob after they were caught having sex in Kayole estate.

The two men were beaten by the mob on the night as they were caught in the act by passersby.

One managed to escape while the other died after being stoned by a crowd of people. - Asiantown

Bayi Dibuang Dihurung Semut

Gejala buang bayi bukan kisah baru. Dah berakar-umbi dan menjadi nanah dlm masyarakat kita. Gambar dibawah adalah gambar bayi yg mengalami nasib yg tidak jauh berbeza dgn bayi yg dilaporkan dlm berita dibawah. Bayi ini ditemui dlm tong sampah dan badannyer penuh dgn gigitan semut diluar negara. Dimana sifat belas dan penyayang seorg wanita mbiarkan zuriat mereka begini?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan tiga tidak menyangka satu bungkusan surat khabar yang disangkakan sampah berhampiran semak, rupa-rupanya seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dalam kejadian dekat Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Bayi seberat 2.25 kilogram (kg) itu ditemui kira-kira jam 7 pagi dalam keadaan masih bertali pusat dan dihurungi semut.

Pelajar terbabit, Mohamad Razie Zaid, 15, berkata, dia menemui bungkusan surat khabar berisi bayi itu ketika dalam perjalanan ke sekolah yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
Katanya, dia tergerak hati untuk melihat bungkusan surat khabar itu dan terkejut apabila mendapati seorang bayi di dalamnya.

“Saya sangkakan bayi itu sudah mati kerana tidak menangis, tetapi mujurlah dia masih hidup selepas melihat matanya bergerak,” katanya.

Mohamad Razie berkata, dia kemudiannya memanggil seorang jirannya bagi memaklumkan kejadian itu.

“Bayi itu diambil dan diletakkan di rumahnya sementara menunggu polis tiba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu. Katanya, bayi yang ditemui itu berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecacatan walaupun terdapat kesan gigitan semut.

“Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan lanjut. “Kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. - Metro

Sindiran Maut Facebook

Perbuatan yg amat bodoh dan sia². Membunuh jiwa yg tiada hak. Merosakkan masa depan sendiri. Sememangnyerlah jenayah bunuh mcm ni akan didakwa dibawah syeksen 302 Kanun Keseksaan yg boleh membawa kpd hukuman mati. Gunakanlah facebook utk tujuan ibadah dan kebaikkan sekaligus memperelokkan lagi akhlak, bukan sebagai medan kerosakkan, kemaksiatan, dan kejahatan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


BATU PAHAT (Johor): Berpunca daripada maki-hamun dan kata sindiran di laman sosial facebook, seorang remaja berusia 17 tahun dibelasah dan ditikam hingga mati oleh empat lelaki di Taman Flora, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, empat suspek berusia 17 hingga 20 tahun itu menemui mangsa, Aw Soon Ming di tempat letak kereta sebuah pasar raya dan bertanya mengenai lelaki bernama Kelvin yang dikatakan kawan mangsa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, keempat-empat suspek mencari Kelvin kerana tidak puas hati dengan kata sindiran yang ditulis di laman facebook.

“Berlaku pertengkaran sebelum suspek mengetuk kepala mangsa. Mangsa yang berang kemudian menghamburkan kata kesat, menyebabkan keadaan bertambah tegang sebelum mangsa dibelasah dan ditikam senjata tajam dipercayai pisau,” katanya.- Metro

Isteri Minta RM3 Upah Berasmara

RM3....?? Hurm...mcm². Si suami ni pun satu, keja malas..tau plak nak berasmara dgn isteri. Si isteri pun satu (berapa byk satu daa), mintak RM3. Mintaklah RM30...byk sket. Boleh beli ikan, ayam, sayur lauk utk seminggu. Semoga suami-isteri ni cari jln terbaik utk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka dan tak masuk Harian Metro mcm ni lagi...............!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KANGAR (Perlis): Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.


Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja.- Metro

June 22, 2012

Kucing Susui Tikus

Kucing dan tikus pun dah bleh bersahabat baik, kita bila lagi? Asyik bergaduh - bertelagah - bermasam muka ngan kawan², sedara mara, suami isteri, n jiran tetangga. Eloklah contohi kucing dan tikus ni kalau taknak contohi orang lain.............Nampaknyer selepas Puralan (glamer btol nama) melahirkan anak, jelas terserlah sifat keibuan dan sifat penyayangnyer...sehingga tak tergamak mencederakan tikus ni..lalu dilayan mcm anak sendiri. Ayat aku ni sebijik mcm penulis novel terkenal.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

RANAU (Sabah): Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang ‘menumpang’ manja bersama ibu kucing berkenaan. (Gambar)




Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu. “Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong ‘anaknya’ yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat.

“Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan.

2 ekor model samaran

“Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri. “Malah, ibu kucing dilihat melayan ‘anak istimewanya’ sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya,” katanya. Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai.

“Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah. “Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan,” katanya. Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan.- Metro

June 21, 2012

Berebut Isteri Dengan Buaya


SARATOK (Sarawak): Kasih mendalam terhadap isteri menyebabkan seorang lelaki sanggup menggadai nyawa bergelut dengan buaya sepanjang enam meter selama hampir 10 minit bagi membebaskan isterinya yang dibaham reptilia itu di Sungai Anak, Roban di sini, petang kelmarin.


Namun, usaha dilakukan Embol anak Asum, 43, gagal apabila isterinya, Siah anak Munsong (gambar), 42, ditarik haiwan itu ke tengah sungai sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada jaring, kira-kira jam 9.40 malam.

Sebelum kejadian, Siah bersama suaminya yang juga Tuai Rumah Panjang Sungai Anak itu mandi di sungai berkenaan sejurus selesai mencari rotan di hutan berdekatan, kira-kira jam 5.30 petang. Embol berkata, sebelum kejadian, dia berada di tebing sungai dan melihat isterinya seolah-olah ditarik sesuatu sebelum menjerit meminta pertolongan. - Metro (Gambar buaya- Bukan buaya sebenar)

Jom Kenali Sultan Kelantan....!

Pepatah menyebut 'Raja yg adil/baik raja disayangi rakyat, raja yg zalim lagi keji raja dibenci.' Peribahasa ni aku dah ubah.

Hari ni aku bercerita tentang sultan, sultan yg menjadi kesayangan rakyat....siapa lagi kalau bukan putera Sultan Kelantan yg sudah dinobat menjadi sultan Kelantan tidak lama dulu. Sebelum ni mana pernah aku kisah pun pasal sultan. "Hadoo aku kesahh?" Ahh..ganaznyer ayat aku.(Encemnyerrr masa muda Tuanku Faris ni).


Kenapa kelantan ek? Aku kan org pahang. Ceritalah sultan Phg ke, yg Dipertua Neg.Sembilan ke? At least atuk sebelah abah aku asal Negeri Sembilan? Tidak. Tidak. Aku takkan bercerita tentang sultan negeri lain, hatta negeri Pahang yg kecoh dgn kontroversi Lynas yg tidak mendapat pembelaan itu.

Jauh sekali nak cerita pasal sultan negeri Johor, Selangor atau mcm² negeri lain lagi. Hanya Sultan Muhammad v Kelantan yg bertahta dihati....... iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra yg ingin aku perkatakan. Kenapa? Sebab dia disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain termasuk aku.


...........banyak yg aku baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni...selain rajin imamkan solat...baginda jugak rajin melawat rakyat²nya.....sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.

Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu sultan.............!
.

Beruntungnya kelantan memiliki ulama² yg disegani seperti Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama dan guru² agama, begitu juga Sultan yg baru ini...penuh budi-pekerti merendah diri. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kasih-sygNya kpd para ulama dan sultan seperti baginda walau dimana jua berada.


Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October 1969.....wah 6 Oct. sama dgn kakak aku. Hensem plak tu. Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri. Baginda menukarkan laungan "Daulat tuanku" kepada "Allahuakbar" supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut.



(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).

Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warak, mesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal. - Ayat perenggan ni aku petik dari http://perakan.org.my/v2/?p=2001.














Setakat tu dulu info mengenai baginda, kalau ada aku tambah lagi. Bukan dah tak ada tapi penat so, nk berehat seketika bersama kit kat. Oh ya, baginda jugak suka pakai jubah. Yerlah...raja² ,anak raja, dan org² kebanyakkan macam kita mana suka selalu berjubah² ni. Aku tahu pun melalui apa yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti.

Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg keluarkan gambar tentang sultan yg aku ambil ni.....ramai, nak tulis pun tak larat (ayat cover - malas). Jangan tiru sifat ini.......

Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid

Update: Gambar terbaru baginda Sept 2014 menunaikan umrah. Fb.

Update: Dibawah adalah gambar yg aku baru upload hari ni 27 Dec 2014, sultan Kelantan mencemar duli dengan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar dibumi kelahiran baginda Kelantan. "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya." Itulah peribahasa yg paling sesuai untuk baginda. Membantu rakyat dalam kesusahan dan tanpa diiringi oleh pengiring2 dan pengawal peribadi sikitpun tidak menjatuhkan martabatnya. Malah dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat tidak kira dari negeri mana.





Baginda memandu sendiri kenderaannya dan membantu rakyat Kelantan yg ditimpa musibah banjir